Saturday, August 20, 2011

Update Ramadhan

Sudah lama tak update blog....sedar-sedar dah masuk 10 terakhir Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. Persiapan raya sudah hampir selesai. Baju raya Dzariff dah dibeli sehari sebelum Ramadhan, seluarnya dah hantar tailor untuk potong kaki seluar, baju Enche Suami dah beli minggu lepas, baju Puan Adilah dah beli dan tempah, dah siap pun....2 hari lepas,saya pegi ke Sutera Mall, memborong kasut raya Dzariff, dan kasut dan handbag saya. Rasanya dah lengkap semuanya. Tinggal minggu depan, nak amik beskut cap tunjuk.

Ada cerita tentang beli kasut raya saya. Debit card saya decline, so salesgirl tu swipe 3 kali, tapi still decline, so saya bayar aje pakai cash. Hari Jumaat, saya ke bank, cucuh duit dan sangat pelik kenapa tinggal sikit sedangkan Enche Suami dah masukkan sikit duit lagi untuk saya belanja-belanja. Rupanya yang decline 3 kali tu, masuk dalam sistem Maybank dan duit saya dalam bank kena tolak 3 kali. Hadoooiiiii...dah la nak raya ni. Malam tu saya buat report ke Maybank, so kena fakskan resit and particulars. So next time, kena guna cash aje la....buat tension je. Dahla nak dapat balik kena tunggu 45 hari bekerja...siotttt!

Pagi ni, saya menyusun atur perabot di tingkat bawah. Penat Enche Suami mengikut arahan mak mandur. Tak beli perabot baru pun...tukar-tukar susun letak saja. Lepas tu gantung langsir yang basuh dulu...tak tukar yang baru pun. Langsir yang ada tu elok lagi, tak yah beli. Lagipun tingkap kat bawah dengan tingkap bilik saya sama besar, tahun depan routed, yang atas bawak turun bawah...jimat!!

Wire extension berselerak
Bersepah giler...

Ruang makan baru


Esok cadangnya nak ke Kluang kejap, nak ziarah kubur arwah mak dan bapa mertuaku. Dah lama tak jenguk ke sana. Lagipun tahun ni beraya di Kelantan. Lepas tu hajatnya nak singgah Ayer Hitam, nak cari bunga ke sikit....

Sebenarnya sangat tak sabar nak balik kampungku!!! Hari sabtu, cepatlah datang!!