Monday, November 26, 2012

Planning plans...

We are planning something for Dzariff and friends.....
An educational centre for special autistic kiddos to be exact...
Banyak benda dalam otak mama, papa, aunties and uncles...
Satu demi satu dapat dirungkaikan dan diadakan...
Jangan bimbang anakku...
Mama tahu kenapa Allah memilih mama...
Insya Allah, untuk Dzariff, mama papa terus kuat...
Tak berapa hari lagi...



Thursday, November 15, 2012

Legoland Malaysia





Legoland dekat sangat dengan rumah kami...dalam 10 minit dah sampai. Legoland lebih dekat jika nak bandingkan dengan playground Hutan Bandar Mutiara Rini yang saya sangat suka pegi. Sebab tu la Enche Suami belikan annual pass untuk kami. 

Hari ni kami ke Legoland lagi. Sebelum pegi, makan siap-siap kat rumah. Legoland sangat sesuai untuk kanak-kanak seusia Dzariff dan seangkatan dengannya. Kalau dah besar sikit, mesti rasa Legoland agak boring, dan mesti nak USS. 


First time pegi Legoland masa birthday Dzariff. Second time pegi dapat main 2 jenis permainan sebab lepas tu hujan. Third time pegi ( hari ni), kami main semua game yang mengecutkan perut. Mak apak anak semua main pastu semua kecut.....Nasib baik takde sakit jantung. Cameno nak naik roller coaster yang hebat-hebat ni....main kat Legoland pun dah kecut? Kami risau Dzariff tak mo naik, tapi amazingly semua dia naik...dan sangat gembira....horreeyyyyy....autistic kid pun nak mengenjoykan diri jugak.




Jumpa makwe baru ni....baik pulak nak tangkap gambar tengok kamera.




Anak orang lain dari kecik suka main lego. Anak saya tak suka main lego. Mak apaknya je yang beria beli...pastu yang main ialah anak kawan-kawan yang datang ke rumah. Yang kat atas ni kami sedang taking turn nak build lego. Bagus sebenarnya...boleh ajar dia bersabar and taking turns. Dzariff takde masalah menunggu giliran dah sekarang. Dengan patuhnya dia tunggu turn untuk naik rides atau main game. Satu lagi perkembangan Dzariff di usia 6 tahun.


Di hujung hari, dia request nak mandi. Banyak kali mintak nak terjun dalam kolam-kolam kat situ...akhirnya dapat jugak berguling atas lantai main air pancut kaler-kaler ni. Mula-mula segan jugak maknya, tapi bila tengok ramai budak-budak Cina tengah mandi sama, masuk je la Dzariff oii...Dia nak bukak baju seluarnya, mak tak kasik. Dzariff dah besar. Nasib baik bawak baju seluar spare. Kalau lupa bawak, ada mesin untuk keringkan badan..tapi kena bayar RM5.

Hari ni duit belanja kat Legoland:

RM 30 - gambar masa main kereta roller coaster
RM 5 - air coke botol kecil
RM 10 - popcorn
 
Itu sebab dah pakai annual pass dan siap-siap makan kat rumah sebelum pergi. Makanan agak mahal (bagi saya la sebab poket saya kecil je)

Lama Menghilang....

Saya memang sangat degil kan....
Beribu-ribu kali ingatkan diri untuk taip sesuatu untuk dijadikan rujukan kemudian hari..
Macam-macam alasan yang saya bagi...
Memang degil ini budak kan!

Sudah lama sangat tidak menulis..
Otak beku, tangan kaku...
Lepas ni rajin-rajin la dila si mama dzariff...
Awak ada banyak tanggungjawab nak dilunaskan..
Menulis blog pun satu tanggungjawab jugak!


Sunday, July 15, 2012

Dzariff Sports Day

 Hari ni Hari Sukan untuk Tadika Elit Ceria dan Tadika Khalifah Elit. Dah berminggu-minggu Dzariff practise acara bawak pundi kacang dalam sudu. Hehehhehe....cam gempak je kan! Semalam berjaya tidor awal sikit, takut terbabas pagi ni memandangkan setiap hari pun terbabas, sekolah mula pukul 8.30, cik abe kita pukul 8.30 la dia baru nak bukak mata. So selepas bersiap ala kadar, kita pun pegi breakfast kat kedai mamak dulu.


Good morning world.

Roti telor sama milo suam...kejap lagi nak lari ni.

Apesal mama buat peace pakai 3 jari????
Hari ni cuaca sangat panas sebelah pagi..bagus! Semalam hujan satu hari, Teacher Anny dah cuak, kot hujan hari ni sah-sah buat sukan atas astaka. Mama mengoffer diri jadik volunteer..tolong budak-budak prepare, hidang drinks and foods. We got lots of sponsored foods.. Domino Pizza, donuts, air milo etc..Alhamdulillah rezeki budak-budak. 
Hubby saya selalu amik gamba gini

Penyambut tetamu


Memperkenalkan teacher aide Dzariff, Teacher Najwa

This is Dzariff's teacher aide, Najwa. She is an OT cum teacher aide at school. Setiap hari Teacher Najwa akan assists Dzariff at school, bring him back to centre Indebrain and do all the therapies and stuffs with him. They bonded very well...jangan sampai Dzariff mengambil alih tampuk pemerintahan sudaaaahhhh!!







Nampak saya? Tu yang pakai topi oren. saya jadik volunteer hari ni



Getting ready for opening ceremony



Mak Pengantin a.k.a Teacher Anny Kassim





Before acara



Video Acara Dzariff

I won first prize
Dzariff behaves well today. Dia dah boleh beratur duduk dalam khemah sehingga acara seterusnya. Of course with Teacher Najwa's guide. Better than last year, duk lari sana sini. Habis je acara, cikgu dia pass dia kat kami. Tahun ni, dah ok banyak daahhhh....lepas habis amik hadiah, papa bawak dzariff terjun kolam.  Fuyooooo....sampai berbelang sakan.

Mama dah siap kemas-kemas kat khemah dengan teachers, Syikin calls, suh singgah KFC Setia Tropika. Lunch pulak...
Teacher syikin belanja KFC



Jom balik titonnn
 Balik rumah, bukannya Dzariff terus tido pun. Hyper betul la...tapi mama zzzz....penat tahap gaban. sedar-sedar dia ngan papa dah tidor kat atas katil dzariff. Malam ni kena keluar, all juice and drinks dah habis. Kena top up pantry.

Monday, July 2, 2012

Melayan anak teruna




Habis je jalan-jalan di Aquaria, kami pun pegi la memburningkan kalori di playground KLCC...mak aiii...besarnya playground. Nak main yang mana pilihla...lama jugak melayan budak ni kat sini, sehinggalah tiba-tiba dia mendengar bunyi air..walaupun Dzariff buat-buat dek je...namun jika hal yang berkaitan dengan air dia akan menyiasat laksana Detektif Conan.


Suka suki pilih gelongsor mana nak

Wuhuuuu....berjaya menakluki kolam KLCC. Walaupun air takat betis, namun gaya mesti ada...

Seksi boy....manala mama tau kamu nak jadik Detektif Conan. Pakai ajela seluar tecik tu ye nak. Ini habit dia main sembur-sembur air. Bila ntah nak hilang perangai cantik yang amat ni.

Dengan kehadiran pokok krismas ni, korang boleh agakla kan berapa lama saya peram cerita basi ni.

Kalau tak sebab hujan, takdenya anak bertuah ni nak naik dari bersiram. Since tak bawak baju spare, maka swimming suit diganti dengan spender je la. Nak lap dia pun pakai tisu je. Berlari-lari kitaorang carik tempat teduh. Pastu apa lagi..operasi lunch kali kedua di KFC...energy sudah habis main playground and swinmming ala-ala menyertai olimpik gitu. Otw back, Dzariff zzzz dalam kereta. Penat mak!!!

Sunday, July 1, 2012

A trip to Aquaria KLCC


Salam to me and all
Penyakit malas saya tak hilang-hilang. Tapi saya kena buat sesuatu...saya perlu mendokumentasikan semua events kami dan Dzariff supaya saya boleh flash back semuanya di masa akan datang. Kami bawa Dzariff ke Aquaria, KLCC bila kami mula sedar dia memahami tentang ikan dan hidupan laut. Lagipun Dzariff kan memang gila air. It was a fun and nice trip. No shouting, no tantrums...dia pun enjoy je...Mula-mula masuk pun mulut dah bebel small fish, big fish...echolalia apa yang saya sebut.

Tengok piranha sambil tunggu papa beli tiket.
Butterflies...dzariff pronounces as fly..amik yang ujung je.
Albino snake....dia suka sangat!
Small fish....

Big fish....gulp!! masa ni dia dah terkejut pegang tangan mama papa kuat-kuat.
Our small family....masih tak mo tengok kamera

Lunch with cousins

Monday, May 14, 2012

Kisah saya sambil sapu sawang



Salam to all...

Lama benar tak sapu sawang kat blog...i am being pemalas. Ngaku je la...senang cerita. Banyak benda dah berlaku dalam masa ni. Yang pertama: Autisme Malaysia, Indebrain OT centre dan Tadika Khalifah Elit telah bekerjasama mengadakan Autism Workshop di JB. Kami telah berjaya membawa Dr Hanah Toran of UKM ke JB selama 2 hari. Hasil penat lelah berbaloi-baloi...mengena kumpulan sasaran dan akan diusahakan supaya ada next series..Insya Allah. Namun saya sedikit terkilan kerana tidak dapat berada dalam kursus ini sepenuhnya pada hari pertama. Sekolah ganti beb...gua tak dibenarkan mc ataupun cuti rehat...kesiannnn....organizer..tapi tak ada di tempat kejadian.
Star of the day
Souvenier



Name tag Cik Puan Boss


Yang ke-2 : Saya telah berjaya mendapatkan teacher aide cum therapist untuk Dzariff. Bermula dari bulan April, Teacher Najwa yang menemani sekaligus mengambil alih kerjaya part time saya di tadika. Tengahari, balik ke center dan teruskan dengan pengurusan diri dan terapi serta belajar. Saya berharap program inclusion ala-ala NASOM ni berjaya diaplikasikan. Sekarang, di center inclusion Indebrain, bilangan peserta sudah 4 orang dengan 4 teacher aide. Teacher aide dipilih berdasarkan karektornya dan kesesuaiannya dengan peserta. Harap-harap Teacher Najwa ngam hooo dengan Tuan Dzariff.


Yang ke-3: Budak hitam saya a.k.a Satria DAR 8010 sudah tidak lagi berkhidmat dengan saya. Sudah kena jual. Sedis......saya sayang budak hitam saya tu....saya drift dengan dia tetiap hari selama 8 tahun. Dah sampai masanya dia dapat tuan baru. Saya ingat pagi Khamis semasa kemas-kemas dia untuk kali terakhir, air mata menitis sambil beri pesanan terakhir...huhuhuhu. Macam anak saya dah budak hitam tu. Sekarang saya bawak budak putih...takleh drift drift lagi...sopan je. 

Bye bye budak hitam...be good boy okehh. Remember, mama will always love u.


Say hello to budak putih...kan dah kata...sopan di jalan raya.  Yang penting minyak jimat.

Sekian sahaja, saya berharap janganla saya malas-malas update blog. Sebab update blog ni penting...saya nak baca bila tua-tua nanti.