Friday, December 31, 2010

Bye-bye 2010, Hello 2011!!!!!

Selamat tahun baru 2011...semoga tahun 2011 ini membawa kebahagian, kerahmatan, kejayaan dan segala kebaikan terhadap kita semua.

Apa yang perlu saya lakukan untuk tahun ini. Saya kira perkara pertama adalah membeli laptop baru..aduiii..abislah pitihku.. dimaklumkan laptop saya yang saya beli tak sampai 2 tahun lepas telah kongggg!!! dan tak boleh diselamatkan lagi..budak kat kedai repair tu kata kalau nak beli spare part baru dia anggar kos dalam RM800++. Gila mahall...baik beli yang baru aje. Kali ini, saya nak beli laptop kecik tu aje, dan saya tahu Enche Suami mesti kata kecik sangat, tak best dan bermacam-macam komen yang akan keluar. Tapi, sebagai seorang isteri yang degil..hihii..saya nak jugak. Alasan: senang masukkan dalam handbag bila saya nak jalan-jalan di shopping complex lepas sekolah. Haaaa...baguskan alasan saya ni!!

Apa yang saya lakukan pada hari terakhir 2010?

Let's see...
1. Bangun lambat dekat pukul 10 pagi
2. Kelam kabut ke swimming pool sebab teddy bear ada swimming class pukul 10.30. Sempat saya pot-pet kat Enche Suami sebab tak kejutkan saya lebih awal...bagus kan saya...sendiri salah pun boleh pot pet lagi..sorry la yang.. you know me..
3. Berazam nak pegi KIPMART untuk beli stok bahan basah tapi tak pergi pun..plan ini akan ditangguh ke esok hari.
4. Bawa dzariff ke playground di Taman Sutera..serius, taman ni memang best!!
5. Dinner kat kedai mamak dengan gembiranya. Mamak semua dah tak kisah bila Dzariff tiba-tiba jerit-jerit...semua dah kenal. Regular customer maaa......

Hari ni saya masih berikan Ritalin kepada Dzariff supaya saya boleh melihat sendiri kesannya. Hasilnya, memang Dzariff fokus, coach Benny pun komen Dzariff is more relax, calm and focus. Sesi jerit-jerit kat rumah kembali seperti biasa, terkawal dan aman-damai. Aman damai means ada jerit tapi tak melampau... walaubagaimanapun, repeat appointment masih perlu ye..!!

Okey, semua orang dah selamat tidor, tinggal saya aje yang ngadap laptop laptop Enche Suami...so jelesla.
chowww!

Thursday, December 30, 2010

Ritalin oh Ritalin!!

Pening kepala ku!!! 4 days straight...meeting..meeting..meeting....boring..boring...boringggg!! i hate meetings. Kalau lah ditakdir Allah suatu hari nanti saya jadi boss, saya buat meeting paling lama pun satu jam aje. More than that...staffs sudah hilang fokus, mengantuk, boring, menyampah dan mula bukak cerita boss gila microphone.

Mari bercerita tentang pujaan hatiku...si tembam teddy bear mama!

First day ke daycare di tadika, selepas hampir sebulan lebih mengadap mama aje bila bangun tidur, dzariff taknak turun dari kereta..taknak put on shoes, taknak carry bag sendiri, semua taknak!!! Macam biasa, mama kan keras hati...tinggalkan dia juga dengan teachers selepas beberapa kali sesi lari semula ke kereta. Saya tinggalkan pesan pada teachers untuk tengok-tengokkan sesi buang air dzariff sebab dia tak ke tandas sendiri,cuma pegang bird nya, petanda bladder dah penuh, perlu ke tandas dengan kadar segera. Juga tengok-tengokkan ada tak dia terkejut-kejut, petanda Ritalin yang diberi tidak sesuai dengannya. Bila pergi ambil, rupanya dia sudah terkencing dalam seluar tapi teachers tak jumpa  di mana..hihihhi. Tak apa lah..lagipun teachers sibuk dengan urusan pendaftaran tahun 2011.

Saya juga mendaftarkan Dzariff untuk sesi persekolahan tahun 2011. Dan RM 845 telah terbang melayang-layang dari poket Enche Suami..haihhh!! sengkek!! Nasib baik beg sekolah, baju dan sport attire masih ok.. jadi saya cuma tambah sepasang baju dan sepasang sport attire, takut ketat..teddy bear sangat cepat besar. Tahun 2011, saya berazam untuk control pemakanannya.. McDonalds dan KFC tu memang la faveret..takleh jadi nih..kena cut, coklat Kitkat juga mesti cut, air Coke saya haramkan Enche Suami beli sebab Dzariff pun jadi macam papa, suka carbonated drinks.

Dan satu lagi yang mengganggu saya hari ni, kesan Ritalin. Teachers cakap hari ni Dzariff banyak termenung, corner eyes. Dan jeritannya juga lebih bingit dari biasa. Tapi dari segi fokus semasa membuat aktiviti mewarna hari ni, bertambah baik. Dzariff berjaya mewarna keseluruhan gambar yang diberi. Semalam, saya dan Enche Suami juga perasan Dzariff kuat sangat menjerit. Arahan yang kami beri, dapat diikuti dengan betul. Saya risau..Dzariff is not like his own self.. minggu depan saya akan repeat appointment dengan child psychiatrist. Sangat bimbang dose Ritalin itu......

Cik ayam oh cik ayam...kalerful betul u ni!!!



Sunday, December 26, 2010

Hi Tea

Hari ini kami memenuhi jemputan minum petang kawan saya yang dah lama tak jumpa, Merlyn Hashim. Saya mula berkawan dengan Merlyn sewaktu menghadiri kelas tuisyen semasa Tingkatan 2 dan 3. Alih-alih jumpa di JB. Banyak cerita -ceriti zaman remaja saya dengan Merlyn dulu. Termasuklah al-kisah admire kami hihihi..

Lasagna yang dihidangkan....sedap!! 2 thumbs up... Amazingly Dzariff nak makan, selalunya dia sangat berkira nak makan di rumah orang.

Us after 16 years....muka tetap sama...:p

Sebenarnya ada cerita di sebalik reunion ini...suami Merlyn mencadangkan saya menyambung pengajian sarjana di UKM dalam bidang autisme. Yes!!!!! Peluang yang dah lama dicari-cari, baru sekarang Allah Taala menemukan saya dengan jalan ini. Pelbagai perkara yang dibincangkan termasuk yuran pengajian (semestinya kerana saya sangat memerlukan ongkos untuk pengajian, belanja harian dan yang paling utama, keperluan Dzariff). Enche Suami sangat-sangat menggalakkan saya mengambil peluang ini dan kami juga membincangkan tentang kerjaya saya sekarang. Masih belum ada kata putus, lagi pula saya perlu menyelesaikan banyak perkara sebelum boleh mendaftar (kalau UKM nak terima saya lagi laa) ..perlu berjumpa dengan pensyarah berkenaan dan sebagainya.


Semoga saya dibimbing Allah untuk membuat keputusan yang tepat. Kalau diikutkan hati, dah malas untuk belajar lagi, sudah selesa dengan kehidupan sekarang. Namun, saya kira perlu untuk saya lakukan ini untuk saya lebih memahami dan merancang pendidikan teddy bear kami. Ya Allah, mudahkanlah jalan yang telah Engkau berikan ini..amin!!

Friday, December 24, 2010

Toilet Train

Dzarif dah mula menunjukkan kemajuan bila nak buang air kecil. Bila dia rasa nak kencing, dia akan bagi tau kita.... tapi tak cakap la...cuma dia pegang kita dan tunjuk dia nak kencing....hihihi..


Gambar di atas adalah latihan yang dijalankan.... tapi yg ini ...kira outdoor train...hihihi

Gambardirakamkan di Puteri Harbour Nusajaya......


Toilet Training Anak Anda 
Bila saya harus mulai toilet training anak saya?Jangan mulai toilet training sampai kedua anda dan anak anda siap. Anda sedia apabila anda dapat mencurahkan masa dan tenaga yang diperlukan untuk menggalakkan anak anda pada sehari-hari.

Tanda-tanda bahawa anak anda sudah siap meliputi:

  •     Anak anda isyarat bahawa popok nya basah atau kotor.
  •     Anak anda kelihatan tertarik pada kerusi tandas atau toilet.
  •     Anak anda mengatakan bahawa dia ingin pergi ke tandas.
  •     Anak anda memahami dan mengikuti petunjuk asas.
  •     Anak anda merasa tidak selesa jika lampin nya basah atau kotor.
  •     Anak anda tetap kering selama tempoh 2 jam atau lebih pada siang hari.
  •     Anak anda bangun dari tidur siang dengan popok kering.
  •     Anak anda boleh menarik seluarnya atau ke bawah dan kemudian naik lagi.
Anda mungkin mula melihat tanda-tanda ini ketika anak anda adalah 18 hingga 24 bulan usia. Namun, tidak biasa bagi seorang anak untuk tetap berada di popok pada 2 dan setengah hingga 3 tahun.

Bagaimana seharusnya saya menyiapkan anak saya untuk toilet training?Biarkan anak anda untuk hadir ketika anda pergi ke bilik mandi dan membuat anak Anda merasa nyaman di bilik mandi. Biarkan anak anda untuk melihat gerakan urin dan usus di toilet. Biarkan anak anda amalan membilas toilet.
Sebelum toilet latihan anak anda, tempat pot dalam hidup normal anak anda dan tempat bermain, sehingga anak anda akan menjadi terbiasa dengan toilet. Pertimbangkan menempatkan kerusi tandas di setiap tingkat rumah jika anda tinggal di rumah bertingkat. Biarkan anak anda untuk mengamati, menyentuh dan menjadi akrab dengan kerusi tandas.


Beritahu anak anda bahawa pot adalah kerusi nya sendiri. Biarkan anak anda untuk duduk berpakaian lengkap di kerusi tandas, seolah-olah itu adalah kerusi biasa. Biarkan anak anda untuk meninggalkan kerusi tandas bila-bila masa. Jangan memaksa anak anda untuk menghabiskan masa duduk di kerusi.
Setelah anak anda telah menjadi digunakan untuk kerusi tandas dan duduk di atasnya secara teratur dengan nya atau pakaian di atas, cuba memiliki anak anda duduk di toilet tanpa mengenakan celana dan popok. Biarkan anak anda menjadi selesa dengan duduk di toilet tanpa mengenakan celana dan popok.
Langkah seterusnya adalah untuk menunjukkan anak anda bagaimana kerusi tandas digunakan. Tempat tahi dari popok kotor ke kerusi tandas. Biarkan anak anda untuk mengamati transfer buang air besar dari pot ke toilet. Biarkan anak anda menyiram tandas dan menonton buang air besar menghilang ke tandas.

Bagaimana saya mengajar anak saya untuk menggunakan toilet? 

Setelah anak anda menjadi selesa dengan menyiram toilet dan duduk di kerusi tandas, anda boleh mula mengajar anak anda untuk pergi ke bilik mandi. Jauhkan anak anda dalam longgar, seluar mudah tanggal.
Letakkan anak anda di kerusi tandas setiap kali dia isyarat keperluan untuk pergi ke bilik mandi. ekspresi wajah anak anda mungkin berubah bila ia merasa perlu untuk buang air kecil atau buang air besar. Anak anda mungkin menghentikan aktiviti apapun ia terlibat dalam ketika dia merasa perlu untuk pergi ke bilik mandi.


Sebahagian besar anak-anak buang air besar sekali sehari, biasanya dalam satu jam selepas makan. Kebanyakan anak buang air kecil dalam satu jam selepas minum besar.
Selain mengawasi isyarat bahawa anak anda harus buang air kecil atau buang air besar, tempat anak anda di toilet secara teratur. Ini mungkin sesering setiap 1 setengah hingga 2 jam.


Tinggal dengan anak-anak anda ketika ia berada di kerusi tandas. Membaca atau bercakap dengan anak-anak anda ketika ia duduk di toilet boleh membantu anak anda santai. Pujilah anak anda ketika dia pergi ke bilik mandi di kerusi tandas, tetapi tidak mendedahkan kekecewaan jika anak anda tidak buang air kecil atau buang air besar di toilet. Bersabar dengan anak-anak anda.


Setelah anak anda telah belajar untuk menggunakan kerusi tandas, anak anda boleh mula menggunakan kerusi over-the tandas dan bangku langkah-up.

Bagaimana dengan seluar latihan? 

Doktor tidak bersetuju tentang apakah menggunakan seluar latihan sekali pakai. Sebahagian orang berpendapat bahawa seluar latihan boleh mengelirukan anak-anak dan membuat mereka berfikir itu boleh saja menggunakannya seperti popok. Hal ini dapat melambatkan proses toilet training. Lain berfikir seluar latihan dapat merupakan langkah kepada ketika anda sedang melatih anak anda. Kadang-kadang, seluar latihan digunakan pada malam hari, ketika itu lebih sukar bagi seorang anak untuk kawalan pundi kencing nya.

Bagaimana jika anak saya mengalami accident? 

Anak anda mungkin mengalami accident sesekali bahkan setelah dia belajar cara menggunakan tandas. Kadang-kadang, anak-anak terlalu terlibat dalam aktiviti-aktiviti dan lupa bahawa mereka perlu menggunakan bilik mandi. Cadangan perjalanan rutin ke bilik mandi dapat membantu mencegah beberapa accident.
Jika anak anda tidak mengalami kemalangan, tetap tenang. Jangan menghukum anak anda. Cukup mengubah anak anda dan terus mendorong anak anda untuk menggunakan kerusi tandas.
 

Berapa lama waktu yang diperlukan untuk melatih anak saya toilet?
 Setiap anak berbeza. Ini mungkin memakan masa selama 3 hingga 6 bulan untuk anak anda untuk terlatih dengan toilet pada siang hari. Mungkin masa yang lebih lama untuk mengajar anak anda untuk menggunakan tandas pada malam hari ketika kawalan pundi kencing nya berkurang. Penting bagi anda untuk bersabar dan menyokong. Jika setelah beberapa bulan, anak anda masih menolak atau menghadapi kesulitan dengan latihan tandas, bercakap dengan doktor keluarga anda. Alasan paling mungkin anak anda tidak belajar untuk menggunakan tandas adalah bahawa anak anda belum bersedia untuk toilet training.


Sumber
http://familydoctor.org

Hobi pun sama.....

Sewaktu bangun dari tidur pagi ini, saya rasa sangat pelik. Kenapa?? Sebab teddy bear saya senyap aje...mulut tak riuh rendah seperti biasa, tiada pula aksi wrestling untuk good morning kiss mama and tiada sesi peluk-peluk mama and papa pagi-pagi buta. Saya dan Enche Suami dah rasa pelik semacam aje...demam ke budak ni? Tiba-tiba...kong-kong-kong.....laaaa....dah batuk, dan ada cairan hingus di hidung teddy bear..badan pula terasa dedar sahaja.  Automatik, trip ke KL hari ni terpaksa dibatalkan. Bimbang demam selsemanya makin melarat.




Saya menelefon ayah di rumah Lina, maklumkan tentang rancangan ke KL terpaksa dibatalkan. Kami merancang untuk melawat Kak Shida (kakak ipar saya) yang baru menjalani pembedahan tumor di SJMC dan menyertai family gathering saya di rumah Lin dan Mail sempena ma dan ayah saya datang ke KL. Semuanya kena cancel..

Apa yang teddy bear tengah buat sekarang? Tuuuuuu...tengah makan Milo..mulut comot. Itu kegemaran dia sejak seminggu dua ni. Tapi tak  pulak sembelit. Bila saya beritahu adik beradik saya, semua pakat gelak...dah mama Dzariff masa kecik-kecik dulu pun suka makan Milo ...sama lah dengan anaknya yang seorang ni...hihihihii....

Wednesday, December 22, 2010

Hello doctor

Pagi ini Dzariff ada temujanji dengan Pakar Psikiatri Kanak-kanak di Pusat Perkembangan Kanak-kanak dan Remaja. Kami tiba seawal jam 8 pagi dan Dzariff dapat angka giliran yang pertama.

Kali ini, saya dan Enche Suami lebih tenang dan terbuka. Tidak seperti temujanji yang lepas, saya dilanda tsunami dan banjir kilat sebaik Tuan Haji Dr Ramli menulis preskripsi Ritalin untuk Dzariff. Sungguh sedih mengenangkan teddy bear saya terpaksa makan ubat supaya dia boleh fokus dan belajar di tadika. Kali ini, saya telah menerima hakikat ini, dan telah membuat sedikit research tentang Ritalin. Kami mengambil keputusan untuk meneruskan pengambilan Ritalin sehingga masa yang akan ditentukan kelak. Nampaknya, Ritalin memberi kesan positif ke atas Dzariff. Di samping itu, kami tetap akan memberikan Fish Oil dan lain-lain supplement yang sesuai.

Ada insiden yang agak mengganggu saya semasa di klinik tadi. Seorang ibu berlagak ala-ala reporter, kononnya tahu semua perkembangan setiap pesakit dan siap buat komen sendiri dengan suara yang agak kuat. Nampak gaya dia tak hiraukan langsung perasaan ibu bapa dan pesakit lain yang dianggapnya "tak betul"  dan berpenyakit ni.. Ada juga dia bertanya hal Dzariff tapi saya jawab ala kadar saje...malas dengan sikapnya tak reti hormat orang lain. Harapnya saya tak akan terserempak dengan dia lagi lain kali...tak kuasa i dengan mentaliti minah keypoh ni lagi! 

Kemudian, kami ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, ambil borang untuk kad OKU.  Borang masih lagi di atas meja, belum lagi saya isi. Tengoklah malam-malam nanti, bila mood rajin menulis dah sampai. Dr. Ramli pun menyokong niat saya buatkan kad OKU untuk pastikan Dzariff dapat pencen terbitan kami nanti. Katanya, selagi boleh latih Dzariff menjadi senormal kanak-kanak biasa, simpan saje kad itu. Gunakan bila tiba masanya nanti...itulah rancangan saya dan Enche Suami

Tuesday, December 21, 2010

Cognition and behavior: Vocabulary similar in autism, language delay

Toddlers with autism take longer to build their vocabulary than do those who have only language impairment, according to a study published online in November in The Journal of Developmental Disorders. When matched by vocabulary level, however, the two groups use the same types of words and have the same grammatical skills.

Researchers compared the language ability of 40 toddlers with autism and 40 late-talkers — children who have language delay, but no other signs of developmental disability. Toddlers with autism are on average five months older than late-talkers with the same level of vocabulary, the study found.

At the same vocabulary level, however, both groups of children use similar numbers of words from different categories, such as toys, food, helping verbs or asking questions. Late-talkers use more words referring to clothing, the only difference between the two groups.

The two groups also use the same number of words to convey thoughts and emotions, the study found. By contrast, previous studies have reported that children with autism use fewer of these kinds of words, which are believed to be involved in 'Theory of Mind' — the ability to understand other people's thoughts. This difference could be because the new study does not take into account how often the children use these words and in what context. Both groups of children are also equally likely to combine words, an indication that they understand grammar, the researchers found.

These results suggest that although the reasons for language delay may be different between the two groups, the nature of their speech and vocabulary is the same.

A limitation of the study is that it relies on parents' reports of their children's word usage from a limited selection of available categories. The authors intend to pursue larger studies across different age groups.

Wajah kesayangan hamba

Inilah keluarga kecil saya!!

Monday, December 20, 2010

Jom berkenalan dengan teddy bear

Siapa nak kenal teddy bear saya, angkat tangan!!!

ha..nampak tak budak montel kat atas sekali tu.. itulah anak saya, permata cinta saya dengan Enche Suami, budak yang suka buat saya geram...grrr.....budak yang saya mesti nak peluk tiap-tiap malam, Ahmad Dzariff Imran bin Ahmad Nazri. Umur dah 4 tahun lebih, tahun 2011 nanti 5 tahun.


Cinta hati saya ni istimewa...dia anak autisme. Kali kedua saya bawa berjumpa Pakar Psikiatri Kanak-kanak, dia didiagnos sebagai mild autisme+hyperaktif. Mulanya saya tak percaya, sebab bukannya Dzariff suka panjat sana sini macam yang kita selalu lihat pada anak hyper. Tapi lepas dapatkan maklumat sana-sini...baru saya faham. Sekiranya dia mengalami kesukaran untuk fokus, duduk diam dan belajar, maka ia juga dipanggil hyperaktif.

Tak apala..autisme pun autisme laaa..hyper pun hyper la...yang penting saya dan Enche Suami sangat-sangat sayangkan dia. Dan dia punya keluarga besar kami yang juga sayangkan dia dan tidak sisihkan dia. Asalkan kami boleh berusaha untuk memberikan dia kehidupan yang baik, melatihnya supaya dia boleh menjadi senormal yang boleh dan tidak sesekali membiarkan dia sendirian, itu sudah bagus.

Harapan saya, dia boleh menjalani kehidupannya dengan baik dan sempurna, boleh ke sekolah, belajar seperti kanak-kanak lain, mempunyai cita-cita dan mencapainya serta apa-apala yang mak bapak lain harapkan untuk anak mereka. Senangkan!! Senang tulis aje..tapi hakikatnya semuanya perlukan usaha kuat dan semangat juang yang tinggi. Jadi di sinilah saya dan Enche Suami teguh berdiri, memberikan pendidikan dan kasih sayang yang paling baik untuk anak autisme saya yang sangat saya cintai ini.

Saya pun nak jugakkk...

Semua orang dah ada blog, saya pun nak jugak...hihihihi. Inilah blog saya, bercerita-ceriti tentang hidup saya di samping Enche Suami, yang dipanggil Papa dan teddy bear saya yang sangat comel dan istimewa, Ahmad Dzariff Imran. Saya bukanlah pandai menulis itu ini, begitu begini, tak pernah pula menjadi sang pencerita apa lagi sang penglipur lara setakat tukang bebel dalam kelas (erk...saya seorang guru Add Maths di SIGS, JB), jadi dah tentulah saya suka membebel bila markah students saya aiyaaakkkk...(ada orang kena round padang lagi!!). Saya sangat suka bercakap, mungkin sebab itu lah saya jadi guru dan bukannya doktor (saya sangat tak suka dengan darah..pinggggsaaannn) dan saya sangat suka shopping walaupun fulus saya bukannya banyak. Jadi pandai-pandailah ye...