Thursday, June 30, 2011

Guru Pembimbing

Dzariff ponteng SI class 3 days in a row. And thanks to mama and her kursus guru pembimbingnya. Saya sudah tak boleh lagi mengelak kursus sebegini yang mengganggu jadual kelas Dzariff. Tersepit antara tanggungjawab terhadap karier dan pendidikan sang anak. Namun beralah juga kerana karier kerana selalu sangat saya dikecualikan oleh majikan atas alasan sekolah anak. 

Layakkah saya bergelar guru pembimbing? Ada 2 orang guru praktikum KPLI akan hadir di sekolah saya dan saya dpilih untuk menjadi guru pembimbing mereka. Layakkah saya?? Selepas hampir 10 tahun mengajar dan sering juga menjadi pakar rujuk kawan-kawan, kali ini giliran saya pula...masalahnya, saya rasa saya pun masih perlu dibimbing, camne pulak nak bimbng orang lain ni. Harapnya semua akan ok aje. 

Tuesday, June 14, 2011

Back to our routines

Anak sape la ni

Minggu ini bermula kembali rutin harian saya, Enche Suami dan Dzariff selepas 2 minggu bercuti. Tapi perubahan yang tak best adalah kegemaran Dzariff yang suka jerit-jerit high pitch yang sebelum ini dah semakin berkurang, dah kembali semula. Bingit telinga dengar dia menjerit bila kemahuan tak dituruti. Terutama bila taknak buat exercise dan sengaja nak tarik perhatian kami. Apa nak buat ni, saya bertanya kepada cikgu CVC dan ibu-ibu di sana. Jawapan mereka, budak-budak ini, selalunya kelakuan berulang-ulang mereka akan kembali terjadi selepas 'sembuh' buat beberapa lama. Kemudian akan hilang semula. Macam tu lah lebih kurangnya. Jadi kata kuncinya ialah BERSABARLAH WAHAI MAMA DZARIFF. Sentiasa ingatkan/marah lembut/marah betul/babab sekali sekala bila dia mula perangai jerit-jerit pekak telinga kita ni. Harap-harap janganlah episod jerit-menjerit ala-ala tarzan ni berpanjangan.

Hujung minggu lepas, tempahan baju melayu Dzariff dan suami dah siap. Dah ambil dan belikan samping sekali. Dzariff pun saya tempahkan jugak sebab selalu tension cari baju melayu yang ngam saiz dia...RM60 jugak upah baju budak. Tinggal lagi t-shirt dan seluar aje yang belum. Sikit-sikit prepare untuk raya. Tak terasa sangat nanti.

Wednesday, June 8, 2011

Cuti Sekolah Part 2

Salam siaran tertunda. Berikut adalah tentatif dan aktiviti kami sepanjang cuti sekolah:

2 Jun 2011
4.15 pagi: Bertolak dari JB. Enche Suami mandi dulu, saya dan Dzariff terus heret selimut masuk dalam kereta dan sambung tidur.
5.58 pagi: Singgah masjid Sungai Lalang untuk solat Subuh
9.30 pagi: Berhenti mandi di Masjid Al Muktafibillah
1.45 petang: Yahoooo....sudah sampai rumahku yang terchenta. Terus pegi makan kenduri rumah Abe Mud

4 Jun 2011
Hari ni ada jemputan kenduri untuk 5 buah rumah. Kami pergi ke semua rumah. Malam tu saya sakit perut, muntah-muntah sampai 3 kali and terus demam terketar-ketar.Lepas telan panadol 2 bijik dan urut perut oleh tok bomoh angin a.k.a Enche Suami baru ok.

7 Jun 2011
9.00 pagi: Bye-bye KB.
2.30 petang: Hello Bukit Gambang Resort City. The counter officers were lousy and too damn slow...sighhh!!.The room was ok. We should opted for family apartment instead of studio. The air-cond unit was not capable to cool the entire studio but still doing fine. The swimming pool....another sighhh....keruh and gatal kulit den...tapi Dzariff syok aje...
7.30 malam: Dinner...sedaaaappppp and sedaaappppp.. Nasib baik! Lepas tu gi merayap kat arked main game
Sesi memanaskan badan. Kenkonon cuak la nak main air.

The spacious studio with unpaid model
Bukit Gambang Waterpark. Gelang hijau mama tu sebenarnya kunci loker.
Budak lapar...kat dalam waterpark nak main air aje, makan taknak. Kat luar baru kebulur
Bodyguard cum driver
Tram nak balik ke resort. Dzariff dah tak daya lagi nak zzzzz.....

8 Jun 2011
8.30 pagi: Breakfast....sedaaaappppp!
10.30 pagi: Waterpark....the besttttttt! We spent RM 336 for room, meals and tickets for 2 to the Waterpark. Bought another child ticket for Dzariff for RM14.90 and another RM50 for foods and drinks in the park. The tram cost us RM1 each.
2.45 petang: Bye-bye Waterpark
7.00 malam: Hello JB
** Ni aje tempat yang cool and menepati kriteria ketinggian Dzariff. Tu pun dah 4 jam weh main kat sini**