Tuesday, May 31, 2011

Cuti Sekolah Part 1

Lama tak bukak blog. Hambatan kerja menyelesaikan markah peperiksaan pertengahan tahun pelajar, kerja rumah dan mengsettlekan Dzariff dan Enche Suami...semualah sekali sehingga saya selalu malas nak bukak blog. Bulan Mei, banyak peristiwa....Mother's Day, Teacher's Day and our 6th anniversary. Sambutan sederhana sahaja, ada sesi makan-makan di luar. Kemudian cuti sekolah bermula...yeahh!!!

Dzariff menyertai summer camp di CVC selama 3 hari bermula semalam. Semalam ada sesi baking cookies dan jalan-jalan ke GIANT pegi main games. Hari ini, pegi ke zoo, batik painting dan makan McDonalds. Esok ada swimming and movie kat cinema. Diorang tgk Kungu Panda 2. Apa yang saya dan suami buat sementara Dzariff ke summer camp? Semalam, kami pergi kedai aksesori kereta, tinted cermin depan dan pasang CD player baru. Hari ini pergi CS dan saya berjaya mengswipe credit card untuk sepasang kaca mata (saya tak ada kaca mata semenjak usia Dzariff 8 bulan...patah dikerjakan) dan potong and treatment rambut di Thomas and Guys. Kalau tunggu balik KB baru potong rambut, rasanya harganya murah separuh dari yang kena bayar tadi..tapi syok gak sekali sekala memotong rambut dengan aman damai dan tak kalut nak balik. Esok...taktau lagi plan apa.

Lusa, balik KB...yahooooo!!! Yang tu paling best.....lusa, cepatlah datang ye!

Sunday, May 15, 2011

Happy Teacher's Day Cikgu

Happy Teacher's Day, May 16th 2011.

Hidup saya dilingkungi guru-guru. Ma dan ayah saya cikgu sekolah rendah. Arwah bapa saudara saya juga cikgu sekolah rendah. Semasa saya berumur 7 tahun, ma saya mengambil option bersara awal untuk memberi perhatian kepada anak-anak yang masih bersekolah. Kemudian, saya dan abang saya pula meneruskan legasi keluarga menjadi guru. Sepupu-sepupu pun ramai yang bergelar guru. Saya juga bertemu jodoh dengan seorang guru muzik. Walaupun semasa belajar KPLI, saya duk la mengorat ustaz yang ambil kursus Al-Quran dan Tarranum...hahhahaha!!! 

Kenapa saya jadi cikgu? Saya sejujurnya berkelulusan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Sains Aktuari. Second Class Upper. Semasa batch saya tu, hanya 3 orang budak Melayu yang lulus Second Class Upper. Yang lain Second Class Lower atau Third Class. Kalau diikutkan chances saya, paling-paling koman pun saya dapat kerja yang setaraf sikit, gaji starting 2-3 ribu di insurance company...tapi saya suka mengajar. Jadi tetaplah saya mengajar di sekolah menengah, mengajar subject kritikal yang sering mendapat kritikan pentadbir kerana prestasi pelajar yang masih tak bagus walaupun dah macam nak mati cikgu bekerja. Dan disebabkan passion yang tak bertepi untuk mengajar, mulalah saya naik angin bila baca komen-komen parents pasal cikgu yang tak sesuaaaiii di laman blog, FB etc. Kenapa naik angin? Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang?? Ye...betull...ada cikgu yang sekadar mengajar ala kadar, tapi saya tahu, saya tidak begitu...saya sangat komited dengan students dan career saya. Dan saya ingin membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar supaya mereka lebih banyak pilihan kursus sewaktu di Universiti nanti. Sebab itulah saya mengajar bersungguh-sungguh. Supaya ajaran saya 'sampai' kepada anak murid dan mereka berjaya dalam peperiksaan. 

Hari guru tahun ni...saya sediakan beberapa hadiah kecil untuk teachers di sekolah Dzariff. Harga tak seberapa, yang penting ikhlas. Pengalaman saya hampir 10 tahun menjadi guru, setiap kali sambutan Hari Guru, bukannya hadiah yang dibanding-bandingkan sesama rakan, cukup sekadar ucapan Terima Kasih Cikgu....dan yang paling saya bangga bila ada bekas pelajar saya memberitahu saya dia dapat A untuk Add Maths dalam SPM dan kini menyambung pelajaran untuk menjadi Guru Add Maths kerana saya yang membuka mata dan mindanya dahulu...hihihi. Pelajar first batch yang saya ajar dulu, kini ada yang sudah hampir menamatkan pengajian perubatan, farmasi, engineering etc....dan yang saya tahu, setiap tahun pasti ada ucapan SMS dari mereka di Hari Guru. Itu hadiah yang lebih baik untuk saya. Wink..:p!!! Anak pelajar yang berjaya!!
Miniature perfumes untuk sesi bertukar hadiah guru-guru sekolah Enche Suami dan satu box untuk saya sendiri. Kategori beli hadiah untuk diri sendiri!


Certificate untuk teachers yang ajar Dzariff. Print, laminate dan lepas ni lekatkan riben.

Brooch yang akan dilekatkan atas certificate. Cikgu2 SIGS ramai yang beli brooch untuk diberi kepada cikgu-cikgu kat sekolah anak-anak.

Sunday, May 8, 2011

Angan-angauu!!!

Jom berangan...

Kereta yang ku idam-idamkan semenjak jadik mak orang dan duk jauh di perantauan ni adalah kereta yang besar-besar ala-ala 4W drive gitu...supaya senang anak-anak nak tido/bergasak dalam kereta otw balik kampung. Oitt mokcik,  macamlah anak ko sekerat padang bola????

KIA RONDO

Enche Suami yang perasan masih berjiwa muda tu nak kereta cam gini...

KIA FORTE


Itulah namanya berangan-angan. Hakikatnya sangat sayang dengan Che Satria saya ni. 

SIAPA KATA BARANGAN BUATAN MALAYSIA TAK BAGUS?
 CUBA DULU BARU TAU BAGUS KE TAK!!
~Francesca Peter dalam iklan kat SINAR~

Kereta saya dan suami dua-dua dah habis bayar. Teringin nak pakai kereta baru macam orang lain??? Teringin...kata hati kami....tapi kata otak kami....TAK PAYAH nak mengada-ngada. Elok lagi kan...pakai dulu. Duit buat bayar ansuran kereta tu terus potong gaji masukkan dalam Tabung Haji, ada rezeki nak jugak bawak Dzariff ke Mekah menunaikan umrah nanti...Insya ALLAH. 

Till then, i rest my case....

Thursday, May 5, 2011

Early Edition-Happy Mother's Day...because i really miss my mum

A tribute to all mothers....Happy Mothers' Day ...let's rock the world babe!!


Inila ma saya. Satu-satunya ibu saya di dunia ini. Yang tak pernah jemu bersama anak-anak di waktu senang dan susah, di waktu sihat dan sakit. Budinya tak ternilai, kasih sayang saya padanya mengatasi segala-galanya. Dan yang paling berkesan di hati setiap kali teringat, ibu tua ini sanggup tidur di atas lantai hospital yang sejuk beralaskan sleeping bag nipis, semata-mata menemani saya semasa melahirkan Dzariff. Juga menyiapkan air mandian saya dan Dzariff sepanjang tempoh berpantang, menyiapkan makan minum saya, walaupun dia sendiri tidaklah sesegar dan sekuat mana.

Saya tak berkesempatan merasai pengalaman bersama ibu mertuaku kerana sewaktu mengahwini Enche Suami, bondanya telah pergi selama-lamanya. Cuma mendengar cerita dari ipar duai sahaja. Apa pun, saya pasti dia seorang wanita tabah dan istimewa kerana berjaya membesarkan kesemua 11 anak-anaknya. 

Nordin & Raubah's clans




Dan seterusnya, to all my siblings...selamat meneruskan tugas menjaga dan mendidik anak-anak kita. Semoga usaha kita diberkati Allah...aminnnnn


Raya tahun ni, kita panggil pro photographer yek....kena buat family pic kaw-kaw!

Tak lupa juga...kepada che puan di bawah ni...


...dengan harapan dan doa teguhlah membesarkan, mendidik dan menyayangi anak dan suami tercinta. Semoga hidup sentiasa diberkati ALLAH...aminnnnn

Anak dah besar panjang pun masih nak dukung.....sila ingat pesanan cikgu CVC...Dzariff ada issue dengan disiplin, other than that he should be ok!! So mama must be a little bit strict and no more let mama do this for baby....huahuahuaaaa