Monday, May 14, 2012

Kisah saya sambil sapu sawang



Salam to all...

Lama benar tak sapu sawang kat blog...i am being pemalas. Ngaku je la...senang cerita. Banyak benda dah berlaku dalam masa ni. Yang pertama: Autisme Malaysia, Indebrain OT centre dan Tadika Khalifah Elit telah bekerjasama mengadakan Autism Workshop di JB. Kami telah berjaya membawa Dr Hanah Toran of UKM ke JB selama 2 hari. Hasil penat lelah berbaloi-baloi...mengena kumpulan sasaran dan akan diusahakan supaya ada next series..Insya Allah. Namun saya sedikit terkilan kerana tidak dapat berada dalam kursus ini sepenuhnya pada hari pertama. Sekolah ganti beb...gua tak dibenarkan mc ataupun cuti rehat...kesiannnn....organizer..tapi tak ada di tempat kejadian.
Star of the day
Souvenier



Name tag Cik Puan Boss


Yang ke-2 : Saya telah berjaya mendapatkan teacher aide cum therapist untuk Dzariff. Bermula dari bulan April, Teacher Najwa yang menemani sekaligus mengambil alih kerjaya part time saya di tadika. Tengahari, balik ke center dan teruskan dengan pengurusan diri dan terapi serta belajar. Saya berharap program inclusion ala-ala NASOM ni berjaya diaplikasikan. Sekarang, di center inclusion Indebrain, bilangan peserta sudah 4 orang dengan 4 teacher aide. Teacher aide dipilih berdasarkan karektornya dan kesesuaiannya dengan peserta. Harap-harap Teacher Najwa ngam hooo dengan Tuan Dzariff.


Yang ke-3: Budak hitam saya a.k.a Satria DAR 8010 sudah tidak lagi berkhidmat dengan saya. Sudah kena jual. Sedis......saya sayang budak hitam saya tu....saya drift dengan dia tetiap hari selama 8 tahun. Dah sampai masanya dia dapat tuan baru. Saya ingat pagi Khamis semasa kemas-kemas dia untuk kali terakhir, air mata menitis sambil beri pesanan terakhir...huhuhuhu. Macam anak saya dah budak hitam tu. Sekarang saya bawak budak putih...takleh drift drift lagi...sopan je. 

Bye bye budak hitam...be good boy okehh. Remember, mama will always love u.


Say hello to budak putih...kan dah kata...sopan di jalan raya.  Yang penting minyak jimat.

Sekian sahaja, saya berharap janganla saya malas-malas update blog. Sebab update blog ni penting...saya nak baca bila tua-tua nanti.