Monday, September 26, 2011

Latihan Vokal

Dzariff buat corner eyes. Satu lagi ciri autisme yang ada padanya. Apa yang dijeling dan dipikirkannya  pun tak tahu.



Selepas balik raya, jerit-jeritan high pitch Dzariff semakin sering kedengaran. Bingit, tension, stress, rasa nak baling je bantal kat dia. Bukannya kurang perhatian yang saya dan suami berikan untuk dia. Maklumlah...anak tunggal, nak belek apa lagi kalau bukan dia. Selalu juga dia jerit bila saya bersembang dengan orang lain. Yang tu comfirm sebab bengang mama tak pedulikan dia. Ada juga jerit-jerit bila tengok youtube terutama part video clip yang dia suka misalnya ultraman dan macam-macam aznil. Berulang kali dia repeat scene tu, maka berulang kali jugakla dia membuat lontaran suara. Yang part ni tak paham kenapa nak jerit. Satu lagi kalau tak dapat apa yang dia nak, atau tetiba datang angin nak marah-marah takde sebab, boleh je dia buat latihan vokal. 

Apa saya nak buat? Pakcik sebelah sedia maklum keadaan Dzariff, tapi saya tetap risau dengan jiran-jiran sekeliling. Ada kawan syorkan bawak ke Ustaz yang cerdik pandai, mintak tengok-tengokkan kenapa Dzariff jerit-jerit. Saya pulak spesis yang tak berapa dengan perubatan alternatif. Suami kata try aje la....mana tahu jadik. Okla....saya amik keputusan, try aje la...as long tak buat yang pelik-pelik, ubat pakai al-Quran dan solat hajat,okla kot....insya Allah. 

Sunday, September 4, 2011

Delayed post: Selamat Hari Raya Aidilfitri



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.
Syawal tiba lagi....Alhamdullilah.



Tahun ni giliran beraya di kampung saya. Kami bertolak pulang ke Kota Bharu pukul 3 pagi hari Sabtu, sebaik saja cuti sekolah bermula. Pukul 12.50 tengahari dah tiba di rumah Tok Ma dan Tok Ayoh Dzariff. Kali ni ada perubahan yang baik, Dzariff cuma ambil masa setengah hari saja untuk blend together dengan sepupu-sepupunya. Balik bulan 6 lepas, dia perlukan 3 hari baru ok nak berbaik dengan semua orang di kampung. Mama perhatikan Dzariff mula berkawan dengan sepupu yang lebih kurang sebaya. Dia selalu sebut nama Amar, Afiq dan Aisyah. Lagi satu, sepupu yang dah besar seperti Abe, Abe Mi(dipanggil A'a'a) dan Abe Bob juga menjadi kegemaran. Pak sedara kegemaran masih lagi dipegang oleh Papa Li. 

Dzariff masih tunjukkan tantrum bila ke rumah saudara-mara. Tapi kejap aje. Bila dah dapat makanan yang dia suka (e.g: mee kari, sate) terus hilanglah menangis-nangis tu. Masalah makan masih jadi cabaran buat kami. Dia sangat memilih apa yang dimakannya. Risau...takut dia lapar. Nasib baik di rumah saya juadahnya sate, roti cicah kari ayam. Bila ke rumah mak long di Bangi, dalam banyak-banyak juadah yang sedap tu, dia nak makan pizza Domino sampai 3 keping. Nasib baik Pak Long order pizza berkotak-kotak. 

Kami tiba di JB semalam pukul 1 pagi. 3 jam perjalanan dari Bangi....enche suami bawak laju sangat sampai saya takut nak tidor. Hari ni, operasi kemas rumah, basuh baju, pergi TESCO dan KIPMART restock semua bekalan. Puas hati tengok peti ais penuh. Kalau tetamu datang beraya mengejut pun tak panik. Bekalan mee kuning, udang, sotong dan ayam dah terisi siap nak campak dalam kuali saja. Bila buat semua kerja dalam satu hari, malam ni rasa nak demam la pulak. Tekak rasa sakit dan badan rasa bisa-bisa. Saya dah telan panadol dan clarinese tadi. Nak tunggu masa tido sambil-sambil update blog yang dah bersawang.