Wednesday, October 5, 2011

Pelangi selepas hujan

My new born special Dzariff


Hujung minggu lepas, kami ke Kuala Lumpur, menghadiri kenduri doa selamat Abang Andak dan Kak Milah sempena kepergian mereka ke Tanah Suci. Dalam pada itu, sempat singgah ke Nilai International School memandangkan ada kawan-kawan FB yang mencadangkan Inclusion Programme di situ. Bila baca website, wah...macam nak aje sekolahkan Dzariff kat situ. Diorang ada collaboration dengan Autistic School dari Australia, dan cikgu yang mengendalikan Inclusion Programme khas untuk anak ASD dan Asperger pun minah salleh yang berpengalaman hingga 20 tahun mengendalikan kes-kes autisme. Semuanya macam ok, menarik dan tertarik, hinggalah pagi tadi saya menerima e mail dari mereka. Terduduk bila membaca untuk Inclusion Programme saya terpaksa membayar tambahan yuran RM8000 per term. Huhuhuhuhu....saya hanyalah guru sekolah menengah, suami juga begitu, walaupun Dzariff anak tunggal, tapi sungguh...kami tak mampu. Kalau setakat yuran untuk normal kid, boleh jugak gagah-gagah kami kumpul duitwalaupun terpaksa cut banyak perbelanjaan. Tapi yang ni dah sangat-sangat di luar kemampuan saya. Sepanjang pagi saya agak down saja....sedih...tak mampu sekolahkan anak di tempat yang baik. Dalam hati terdetik, kenapalah saya ni tak kaya-raya, duit berkoyan-koyan mampu nak sekolahkan anak saya?

Dalam hati kewalahan, saya teruskan tugas macam biasa. Tengok di hp ada miss call dari Kak Marina Ariff, rakan FB yang juga punya anak autisme. Katanya NASOM dah panggil Dzariff untuk sesi Januari 2012. Ya Allah, Tuhan menguji hati saya pagi tadi...kini Dia datangkan khabar gembira buat kami. Tapi masalahnya, tarikh tutup permohonan tukar antara negeri dah tamat. Sekolah Seni di KL juga belum buka...saya call pengurusan NASOM, maklumkan saya terima offer ini tapi terpaksa tangguh dulu sehingga kami bertukar ke KL. Dan Teacher Mano di NASOM bersetuju bila saya maklumkan Dzariff memang dalam Inclusion Programme di TEC dan menghadiri EIP di CVC. Dia kata he is on the right track. Mulai sekarang, kena set perancangan baru. We are looking forward for NASOM Titiwangsa!!!