Monday, September 26, 2011

Latihan Vokal

Dzariff buat corner eyes. Satu lagi ciri autisme yang ada padanya. Apa yang dijeling dan dipikirkannya  pun tak tahu.



Selepas balik raya, jerit-jeritan high pitch Dzariff semakin sering kedengaran. Bingit, tension, stress, rasa nak baling je bantal kat dia. Bukannya kurang perhatian yang saya dan suami berikan untuk dia. Maklumlah...anak tunggal, nak belek apa lagi kalau bukan dia. Selalu juga dia jerit bila saya bersembang dengan orang lain. Yang tu comfirm sebab bengang mama tak pedulikan dia. Ada juga jerit-jerit bila tengok youtube terutama part video clip yang dia suka misalnya ultraman dan macam-macam aznil. Berulang kali dia repeat scene tu, maka berulang kali jugakla dia membuat lontaran suara. Yang part ni tak paham kenapa nak jerit. Satu lagi kalau tak dapat apa yang dia nak, atau tetiba datang angin nak marah-marah takde sebab, boleh je dia buat latihan vokal. 

Apa saya nak buat? Pakcik sebelah sedia maklum keadaan Dzariff, tapi saya tetap risau dengan jiran-jiran sekeliling. Ada kawan syorkan bawak ke Ustaz yang cerdik pandai, mintak tengok-tengokkan kenapa Dzariff jerit-jerit. Saya pulak spesis yang tak berapa dengan perubatan alternatif. Suami kata try aje la....mana tahu jadik. Okla....saya amik keputusan, try aje la...as long tak buat yang pelik-pelik, ubat pakai al-Quran dan solat hajat,okla kot....insya Allah. 

1 comment:

  1. iskhh..ingatkan latihan vokal apa tadi..hihi..
    Semoga kesabaran sentiasa bersama Dila ye..

    ReplyDelete