Tuesday, November 22, 2011

A simple entry..yang tak simple pun

A simple entry...
Untuk dijadikan ingatan...
Dzariff dah pandai tiup..yahooo!!!! Perkara kecil bagi anak lain tapi tidak bagi anak istimewa saya. Dah 2 tahun saya beli benda ni.. iaitu semasa Dzariff pertama kali membuat assessment bersama OT Syikin, dan keputusannya Dzariff mungkin menghidap mild autism. Pada waktu tu, saya dan suami membelanjakan wang yang agak besar, apa aje yang Syikin ada untuk sesi terapi Dzariff, kami akan beli walaupun barang cinonet harga dekat ratus-ratus pun kami beli jugak. Konon-konon bila beli semua tu Dzariff akan pulih. Sebenarnya bukan macam tu ye puan-puan sekalian, beli-beli jugak, tapi mesti kena buat latihan dan terapi berulang kali dan berterusan. Autism bukan setakat boleh baling bola, ataupun balancing atas titi, bukan juga boleh buat straight line dan lukis bulatan. Autism is a spectrum. Biasanya kanak-kanak autisme akan mengalami masalah focusing and concentration, lack of eye hand coordination, behaviour problems, and social and communication problems. Jadi masalah autisme takkan boleh diselesaikan sekelip mata, 2-3 bulan, ataupun dengan beli barang2 mahal. Apa yang penting KERJASAMA antara suami isteri dan ahli keluarga lain untuk memahami apa itu AUTISME dan  sama-sama buat latihan terhadap anak. Tak dilupakan sesi terapi yang banyak-banyak dan sekolah serta guru yang sesuai.



Berbalik kepada benda alah ini...atau namanya ialah wisel yang biasa kita nampak untuk birthday party tu. Umur benda alah ni dah 2 tahun, dukla terjeruk dalam plastik, siap ada label harga toys r' us. Masa beli dulu Dzariff takleh langsung tiup. Bukan ni aje, nak tiup bubble buih sabun tu pun tak boleh. Tapi minggu ni bersempena sesi belajar secara agresif sempena cuti sekolah, dia dah berjaya meniup benda alah ni. Yeaaahaaaa.......yabedabeduuuu....Dalam masa 2 hari, satu dah rosak sebab selalu sangat kena tiup (air liur berkumpul). Layan aje la. Dia pun happy je dapat tiup secara tak langsung ni dijadikan reward bila dia berjaya siapkan tugasan. Dah happy naik ke langit bila dapat tiup.

Yang kedua, dalam mama habis duit sebab bulan ni pegi beli banyak-banyak educational items untuk Dzariff kat KSL dengan Teacher Syikin, mama still lagi sempat menghabiskan duit-duit terakhir kat Danga City Mall sempena Popular Mega Sale membeli ini.....




dan hasilnya malam ni.....






Bukan flash card tu..yang tu beli kat KSL...yang laminate tu la...!! Dah lama berhajat nak beli..kali ni aku tak kira, ada duit ke takde duit ke...aku nak jugakkk!!!


Banyak menda dah diplankan sepanjang cuti sekolah ni, harap-harap semuanya menjadik!

Wednesday, November 16, 2011

Pot pet mama versi ke ntahhh...

Salam siaran tertunda. Dah 5 minggu tak update blog. Macam-macam cerita, macam-macam hal, lagi-lagi nak hujung tahun nak habis sekolah ni.

Taktau nak tulis apa sebab dah lama tak merepek meraban dalam blog yang saya sendiri tulis dan saya sendiri jadik tukang baca. 

1.Mula-mula, laptop comel kaler pink saya dah selamat dikerjakan oleh Dzariff. Dengan penuh kebestannya dia tuang milo atas laptop. Bila bawak ke kedai, dah jadik gone case, baik beli yang baru. Huhuhuhu...sampai sekarang belum gantikan lagi. Tapi Raya Haji hari tu, kami ke KL, sempat singgat Loyat beli satu laptop untuk Dzariff. Bajet 1000 aje dapatla RM1100.

2. Saya dah dapat pindah ke sekolah lain. SMK Seri Perling bermula Januari 2012. Tapi sebenarnya saya nak pindah SMK Damansara Aliff. Nanti nak ke PPD bertanyakan boleh pindah ke tak. Perasaan nak tinggalkan SIGS...PLAIN...takde apa apa perasaan. SIGS is a great school. Saya sangat sangat sangat suka dan sayangkan kawan-kawan dan pelajar-pelajar tetapi saya tak tahan dengan long working hours dan activities. Lagipun nak ngajar berdekatan sekolah Dzariff.

3. Hari Konsert Tadika Elit Ceria on Nov 12th, 2011. Dzariff jadi The Lion King. Hihihihi...gambar will be upload later. Next year me and hubby nak jadik volunteer pulak.

4. Dzariff kena muntah-muntah and demam on Nov 14th. Since semua air keluar balik, maka saya bawak ke Kempas Medical Centre. So kena tahan wad, masuk air etc..esoknya dia makin ok. So petang saya request balik, sebab nak kena pegi sekolah settle macam-macam. Malam tu temperature shoot up balik, bagi dia voltaren...ok sampai pagi and papa tak pegi keje jaga anak. Today dia dah ok. Selera makan masih tak ok...tapi dah tak muntah dan tak demam. Malam tadi saya grill ayam and kentang favorite dia. Yang tu dia nak makan.

5. Saya dah mula start rasa nak demam dan sakit tekak. Masih cuba bertahan sebab kerja berlambak-lambak kat sekolah. Tadi parents datang terima duit RM100. Tapi sebelum bagi duit tu, kenala dulu bayar pelbagai jenis hutang piutang. Bijakkan sekolah saya! Ada parents yang bebel sekolah kenakan tax..tapi dah awak tak jelaskan yuran anak awak dari awal tahun, ni dah hujung tahun...sendiri mau ingatla yek. 

Dah..lain kali merepek lagi....