Salam siaran tertunda. Dah 5 minggu tak update blog. Macam-macam cerita, macam-macam hal, lagi-lagi nak hujung tahun nak habis sekolah ni.
Taktau nak tulis apa sebab dah lama tak merepek meraban dalam blog yang saya sendiri tulis dan saya sendiri jadik tukang baca.
1.Mula-mula, laptop comel kaler pink saya dah selamat dikerjakan oleh Dzariff. Dengan penuh kebestannya dia tuang milo atas laptop. Bila bawak ke kedai, dah jadik gone case, baik beli yang baru. Huhuhuhu...sampai sekarang belum gantikan lagi. Tapi Raya Haji hari tu, kami ke KL, sempat singgat Loyat beli satu laptop untuk Dzariff. Bajet 1000 aje dapatla RM1100.
2. Saya dah dapat pindah ke sekolah lain. SMK Seri Perling bermula Januari 2012. Tapi sebenarnya saya nak pindah SMK Damansara Aliff. Nanti nak ke PPD bertanyakan boleh pindah ke tak. Perasaan nak tinggalkan SIGS...PLAIN...takde apa apa perasaan. SIGS is a great school. Saya sangat sangat sangat suka dan sayangkan kawan-kawan dan pelajar-pelajar tetapi saya tak tahan dengan long working hours dan activities. Lagipun nak ngajar berdekatan sekolah Dzariff.
3. Hari Konsert Tadika Elit Ceria on Nov 12th, 2011. Dzariff jadi The Lion King. Hihihihi...gambar will be upload later. Next year me and hubby nak jadik volunteer pulak.
4. Dzariff kena muntah-muntah and demam on Nov 14th. Since semua air keluar balik, maka saya bawak ke Kempas Medical Centre. So kena tahan wad, masuk air etc..esoknya dia makin ok. So petang saya request balik, sebab nak kena pegi sekolah settle macam-macam. Malam tu temperature shoot up balik, bagi dia voltaren...ok sampai pagi and papa tak pegi keje jaga anak. Today dia dah ok. Selera makan masih tak ok...tapi dah tak muntah dan tak demam. Malam tadi saya grill ayam and kentang favorite dia. Yang tu dia nak makan.
5. Saya dah mula start rasa nak demam dan sakit tekak. Masih cuba bertahan sebab kerja berlambak-lambak kat sekolah. Tadi parents datang terima duit RM100. Tapi sebelum bagi duit tu, kenala dulu bayar pelbagai jenis hutang piutang. Bijakkan sekolah saya! Ada parents yang bebel sekolah kenakan tax..tapi dah awak tak jelaskan yuran anak awak dari awal tahun, ni dah hujung tahun...sendiri mau ingatla yek.
Dah..lain kali merepek lagi....
No comments:
Post a Comment