Friday, March 16, 2012

Gedangsa Part 4

Nota untuk diri sendiri:

1. Dzariff mula muntah lepas dibalut kepala pada Rabu lepas otw balik. Mama ingat sebab papa bawak laju jalan bengkang bengkok.

2. Hari ni (Jumaat), Dzariff muntah lagi otw back home walaupun papa diwarning bawak slow. Nasib baik sempat tadah pakai plastic bag. Harum semerbak kereta. Hari ni dia muntahkan susu strawberry je sebab mee sup tak mo makan. Sampai kat rumah mak itam, dia muntah sekali lagi...kata parents kat Gedangsa and Autisme Malaysia, muntah lepas balut tu bagus menunjukkan rawatan nak mula tunjuk hasil. Dzariff still drama king kat rumah Kak Raw tadi.

Wednesday, March 14, 2012

Gathering Kali ketiga Autisme Malaysia di Taman Rekreasi Komanwel Selayang

Pada 10/3/2012, group FB Autisme Malaysia mengadakan Gathering rasmi kali pertama untuk tahun ini dan kali ketiga sejak penubuhannya dikembangkan ke KL. Yang JB dah banyak kali. Diadakan di taman Rekreasi Komanwel di Selayang dengan disertai lebih 20 keluarga. Sebenarnya kami hampir2 tak dapat hadir kerana memberi laluan untuk aktiviti sekolah seni, namun ditangguhkan. Bolehlah kami lepak kat sini...best sangat sangat!!!!

Dalam dewan..tak formal pun

Dr Hasnah Toran



Lunch...menu: nasi, kari daging, ayam goreng, sayur, buah, air sirap





Meninjau tapak

Aku mesti menakluk sungai ini....mestiii!!!

Tokey tempat ni duk bagi ceramah keselamatan naik kuda

Siap-siap first rider

Amazingly, dzariff tak ngamuk bila pakaikan helmet...ini lepas sekali rawatan kak raw...Alhamdulillah

Papa kena jadi pegawai pengiring.


Muka serius



Sempat buat jelingan manja



Dah dalam air...


BBQ..Thanks to Enche Dolbear



Meeting halatuju Autisme Malaysia



Malam tu singgah ke gedangsa-part 2

Perangai cantik anak saya

Lentok dalam kereta..kepenatan..aktiviti hari ini sungguh padat

Kak Raw di Gedangsa

Hari ketiga di Pusat Rawatan Alternatif Kak Raw

**Maaflah...banyak benor gambarnya..sebenarnya Enche Suamiku sayang yang post tanpa pengetahuan dindenya...dia nak clearkan memory card. Habis semua dilambakkan**

Cuti sekolah kali ini, kami bawa Dzariff ke Felda Gedangsa mencuba perubatan alternatif dengan Kak Raw....Kami cadang nak buat 5 kali dalam cuti sekolah ni dan akan disambung pada minggu-minggu akan datang bergantung kepada jadual sekolah dan jadual kewangan...harap-harap murahlah rezeki nak ke sini lagi...jauh tu...ongkos pun banyak!!


Say bye bye to Kitkat, Koko crunch, beskut teddy, and air coklat. Tak dilupakan roti tabur milo



Kak Raw cuma tetapkan bayaran RM 2 untuk pengurusan. Kalau nak bagi lebih, hulurlah seikhlas hati masa kita bersalam lepas rawatan.

Baru sampai...tak bukak pun lagi. Ada surau dekat rumah Kak Raw..boleh tumpang sembahyang maghrib dan jamak qasar Isya

Makan malam sebelum rawatan.

Ngadap i pad kak ira...Mama kena simpan duit beli i pad pulak




Sesi ramah mesra

Ada budak kena bungkus


Tangan pun...

Dah sampai rumah mak itam...lepas amik pic sebagai bahan bukti, budak bungkus dah ngantuk...zzzzzzzz...bukak bungkus pukul 8 pagi esok hari. Minima masa bungkus ialah 4 jam.