Sunday, July 15, 2012

Dzariff Sports Day

 Hari ni Hari Sukan untuk Tadika Elit Ceria dan Tadika Khalifah Elit. Dah berminggu-minggu Dzariff practise acara bawak pundi kacang dalam sudu. Hehehhehe....cam gempak je kan! Semalam berjaya tidor awal sikit, takut terbabas pagi ni memandangkan setiap hari pun terbabas, sekolah mula pukul 8.30, cik abe kita pukul 8.30 la dia baru nak bukak mata. So selepas bersiap ala kadar, kita pun pegi breakfast kat kedai mamak dulu.


Good morning world.

Roti telor sama milo suam...kejap lagi nak lari ni.

Apesal mama buat peace pakai 3 jari????
Hari ni cuaca sangat panas sebelah pagi..bagus! Semalam hujan satu hari, Teacher Anny dah cuak, kot hujan hari ni sah-sah buat sukan atas astaka. Mama mengoffer diri jadik volunteer..tolong budak-budak prepare, hidang drinks and foods. We got lots of sponsored foods.. Domino Pizza, donuts, air milo etc..Alhamdulillah rezeki budak-budak. 
Hubby saya selalu amik gamba gini

Penyambut tetamu


Memperkenalkan teacher aide Dzariff, Teacher Najwa

This is Dzariff's teacher aide, Najwa. She is an OT cum teacher aide at school. Setiap hari Teacher Najwa akan assists Dzariff at school, bring him back to centre Indebrain and do all the therapies and stuffs with him. They bonded very well...jangan sampai Dzariff mengambil alih tampuk pemerintahan sudaaaahhhh!!







Nampak saya? Tu yang pakai topi oren. saya jadik volunteer hari ni



Getting ready for opening ceremony



Mak Pengantin a.k.a Teacher Anny Kassim





Before acara



Video Acara Dzariff

I won first prize
Dzariff behaves well today. Dia dah boleh beratur duduk dalam khemah sehingga acara seterusnya. Of course with Teacher Najwa's guide. Better than last year, duk lari sana sini. Habis je acara, cikgu dia pass dia kat kami. Tahun ni, dah ok banyak daahhhh....lepas habis amik hadiah, papa bawak dzariff terjun kolam.  Fuyooooo....sampai berbelang sakan.

Mama dah siap kemas-kemas kat khemah dengan teachers, Syikin calls, suh singgah KFC Setia Tropika. Lunch pulak...
Teacher syikin belanja KFC



Jom balik titonnn
 Balik rumah, bukannya Dzariff terus tido pun. Hyper betul la...tapi mama zzzz....penat tahap gaban. sedar-sedar dia ngan papa dah tidor kat atas katil dzariff. Malam ni kena keluar, all juice and drinks dah habis. Kena top up pantry.

Monday, July 2, 2012

Melayan anak teruna




Habis je jalan-jalan di Aquaria, kami pun pegi la memburningkan kalori di playground KLCC...mak aiii...besarnya playground. Nak main yang mana pilihla...lama jugak melayan budak ni kat sini, sehinggalah tiba-tiba dia mendengar bunyi air..walaupun Dzariff buat-buat dek je...namun jika hal yang berkaitan dengan air dia akan menyiasat laksana Detektif Conan.


Suka suki pilih gelongsor mana nak

Wuhuuuu....berjaya menakluki kolam KLCC. Walaupun air takat betis, namun gaya mesti ada...

Seksi boy....manala mama tau kamu nak jadik Detektif Conan. Pakai ajela seluar tecik tu ye nak. Ini habit dia main sembur-sembur air. Bila ntah nak hilang perangai cantik yang amat ni.

Dengan kehadiran pokok krismas ni, korang boleh agakla kan berapa lama saya peram cerita basi ni.

Kalau tak sebab hujan, takdenya anak bertuah ni nak naik dari bersiram. Since tak bawak baju spare, maka swimming suit diganti dengan spender je la. Nak lap dia pun pakai tisu je. Berlari-lari kitaorang carik tempat teduh. Pastu apa lagi..operasi lunch kali kedua di KFC...energy sudah habis main playground and swinmming ala-ala menyertai olimpik gitu. Otw back, Dzariff zzzz dalam kereta. Penat mak!!!

Sunday, July 1, 2012

A trip to Aquaria KLCC


Salam to me and all
Penyakit malas saya tak hilang-hilang. Tapi saya kena buat sesuatu...saya perlu mendokumentasikan semua events kami dan Dzariff supaya saya boleh flash back semuanya di masa akan datang. Kami bawa Dzariff ke Aquaria, KLCC bila kami mula sedar dia memahami tentang ikan dan hidupan laut. Lagipun Dzariff kan memang gila air. It was a fun and nice trip. No shouting, no tantrums...dia pun enjoy je...Mula-mula masuk pun mulut dah bebel small fish, big fish...echolalia apa yang saya sebut.

Tengok piranha sambil tunggu papa beli tiket.
Butterflies...dzariff pronounces as fly..amik yang ujung je.
Albino snake....dia suka sangat!
Small fish....

Big fish....gulp!! masa ni dia dah terkejut pegang tangan mama papa kuat-kuat.
Our small family....masih tak mo tengok kamera

Lunch with cousins