Friday, July 29, 2011

Perancangan masa depan Dzariff

Semalam, Enche Suami tiba-tiba sahaja cakap "Apa kata mama amik je cuti tanpa gaji? Bila Dzariff darjah 1 nanti...kalau dia tak dapat NASOM Inclusion Programme". Wahhhh......aikkkk.....


Seriously, saya takut jugak nak amik cuti tanpa gaji ni, sebab rumah, saya yang bayar ansuran dari gaji saya, insurans saya dan dzariff....takut tak cukup duit. Suami kata dia rasa dia boleh cover semua tu, tapi taklah senang macam sekarang sangat hidup nanti..kena jimat-jimat sikit. Saya memang nak masukkan Dzariff di kelas mainstream dan saya sangat sedar masalah yang bakal timbul nanti jika tak masukkan dia di Pendidikan Khas. Dr Hasnah Toran juga menasihatkan saya masukkan Dzariff dalam aliran mainstream. Begitu juga beberapa kawan-kawan yang juga punya anak autisme. Tapi setakat masa ini, saya tak yakin Dzariff boleh dilepaskan sendiri di kelas mainstream. Jadi saya berpendapat, sekiranya Plan Nasom tak berjaya, saya akan jadi teacher aide Dzariff. Maybe saya boleh buat MOU dengan sekolah untuk jadi pembantu guru sukarela di kelas Dzariff selama setahun. Logik ke idea ni??? Tak tau....takut pentadbiran sekolah taknak and guru-guru cuak dengan saya nanti. Apapun try dulu, Dzariff masih ada setahun setengah sebelum memasuki darjah 1. harapnya semua akan ok dan saya tak perlu risau lebih-lebih macam sekarang. Penatla risau-risau ni. 


Macam mana dengan perbelanjaan? Kerana saya juga menyumbang separuh dari perbelanjaan keluarga. Hmmmm....yang terfikir sekarang ialah saya akan amik offer ngajar tuisyen. Rasanya dengan pengalaman 9 tahun mengajar Add Maths dan Maths SPM....peluang untuk cari duit dengan tuisyen lebih banyak. Tak pun saya buat tuisyen sendiri macam Kak Syida. Boleh work from home. Saper nak hantar anak tuisyen, carikla saya ye! Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini.....aminn!!!

Wednesday, July 27, 2011

Reunion Autism Families in JB

Mari sapu sarang labah-labah dekat blog ni....hihihihi..Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera...
lama benar tak menulis merepek meraban di blog ini. Ketandusan idea bercampur sikap MALAS membantutkan niat menyerikan diari kehidupan bersama Che Mamat Tembam dan Enche Suami di dalam blog mama ni. Apa perkara yang menarik minggu ini?? Well....kami, keluarga istimewa autisme di JB ni dikunjungi oleh Superstar Umar Hasfizal, Puan Marina Ariff, Enche Hasfizal dan Brian Lim. Tak kenal Umar??? Dia seorang remaja autisme, hensem gitu....dan dia sangat pandai menyanyi dan sering mengadakan pertunjukan pentas untuk membuktikan remaja autisme pun BOLEH!! Caya laaa....jom layan gambar yang diamik dari kamera Kak Syida Yep sexy, Che Zamri macho dan Kak Marina jelita. Mana gambar dari kamera saya...well...disebabkan terlebih reti, maka saya telah terdeletekan pics yang saya amik....kuangkuangkuang....

Fatastic four :Abil, Hariz, Dzariff and Umar encem

Mama ketawa...kuangkuangkuanggg

Operasi makan...nyumnyum

Family Enche Zamri Macho and Kak Nora cute+mama+Dzariff bambam+Umar encem

We are supermoms and we are proud of our sons

Saturday, July 9, 2011

TEC Sport Day 2011

Pagi  ini, Tadika Elit Ceria mengadakan Hari Sukan di Kompleks Sukan Mutiara Dato' Onn. Kami tiba di sana jam 9.10 pg. Kemudian ada nyanyian, dance..pastu start acara sukan. First event acara sukan Dzariff. Acara lari bawak blog giant macam lego tu, pastu susun....Start aje event, DJ pasang lagu bob the builder. Apa lagi, che mamat pun terkedek-kedek menari dan bukan berlari...kuangkuangkuangggg.......beria-ia mama dengan papa suruh lari, dia ingat suruh menari. Anyway, Dzariff dapat number 4 dari 4 kumpulan...hahhahah....tu la, orang suh lari dia menari, sape suruh....cute aje!! Takpe...semua dapat medal.








Pastu terus terjun kolam, swimming dengan Teacher Benny for 1 1/2 hours. Naik je budak hitam terus terkam bekal nugget makan 4 keping, pastu makan nasi+ayam goreng and milo ais satu gelas. Pukul 12.15 pm balik...

Friday, July 8, 2011

Bengang

Minggu ini emosi saya terganggu gara-gara sang boss besar yang rasanya diri sangat besar sampai hilang sudah rasa hormat padanya. 

Sebagai seorang guru, kami cuma dapat 7 hari cuti rehat khas sahaja setahun. Bila tiba cuti sekolah, kami bercuti seperti pelajar. Itu pada nama sahaja. Hakikatnya 1/3 dari tempoh cuti, pentadbiran sekolah boleh memanggil kami ke sekolah untuk berkhidmat. Dan sentiasa membawa timbunan kertas peperiksaan untuk disemak....jadi cuti sekolah takde lah cuti sangat. 

OK...balik kepada cuti rehat, saya dah ambil 1 hari cuti sebab Dzariff demam. Jadi plan nak amik another day so that saya boleh ke KL dan daftar Dzariff ke NASOM. Baru bukak mulut nak apply cuti, terus dicantas oleh boss besar. Direct aje dia cakap anak awak sakit, jadi dah banyak kelonggaran diberi...tak boleh cuti lagi nanti orang lain bising. 

"Excuse me puan! Anak saya tak sakit ok!! dia cuma autistic plus semua kerja saya bereskan tepat pada masanya. Result students saya terbaik...dan sukatan pelajaran untuk tahun ni semua dah saya habiskan. Even, saya menolong kawan-kawan lain menghabiskan sukatan. Kelas tambahan cuti sekolah semua saya sapu.....saya cuma nak cuti 1 hari sahaja supaya anak saya berpeluang bersekolah di tempat yang lebih baik. Dan awak, che puan, tak ada hak untuk menghalang anak saya yang autistic tu mendapatkan pendidikan yang terbaik yang boleh dan mampu saya berikan. Plus cuti rehat tu saya punya....ikut suka hati sayalah nak buat apa dengan cuti saya. Apa awak sebukk....saya taknak jadi macam awak yang pukul 1-2 pagi pun still tak tidor duk pikir macam-macam cara nak beat sekolah laki awak. "  Tapi tu dialog dalam hati yang sakit dan pedih amat kerana dia berpendapat saya menggunakan anak saya untuk kepentingan diri saya. Itulah nasib saya, guru DG41 yang dianggap muda dah bodoh( wehhhh...kalau aku bodoh aku tak score SPM tau...aku tak grad Actuarial Science tau...and aku tak jadik cikgu add maths yang macam nak pecah otak ngajar budak-budak, ko ada????) Takpe...hari ni hari ko berkuasa, kenkonon boleh ko nak arah itu ini kat cikgu ko, boleh la ko nak tunjuk veto ko tu ...ko ingat sekolah tu jalan ke kalau ko sorang je kat situ?? Dunia bulat jer wehhh...kejap je ko kat atas. Till then, peace....!!!