Semalam, Enche Suami tiba-tiba sahaja cakap "Apa kata mama amik je cuti tanpa gaji? Bila Dzariff darjah 1 nanti...kalau dia tak dapat NASOM Inclusion Programme". Wahhhh......aikkkk.....
Seriously, saya takut jugak nak amik cuti tanpa gaji ni, sebab rumah, saya yang bayar ansuran dari gaji saya, insurans saya dan dzariff....takut tak cukup duit. Suami kata dia rasa dia boleh cover semua tu, tapi taklah senang macam sekarang sangat hidup nanti..kena jimat-jimat sikit. Saya memang nak masukkan Dzariff di kelas mainstream dan saya sangat sedar masalah yang bakal timbul nanti jika tak masukkan dia di Pendidikan Khas. Dr Hasnah Toran juga menasihatkan saya masukkan Dzariff dalam aliran mainstream. Begitu juga beberapa kawan-kawan yang juga punya anak autisme. Tapi setakat masa ini, saya tak yakin Dzariff boleh dilepaskan sendiri di kelas mainstream. Jadi saya berpendapat, sekiranya Plan Nasom tak berjaya, saya akan jadi teacher aide Dzariff. Maybe saya boleh buat MOU dengan sekolah untuk jadi pembantu guru sukarela di kelas Dzariff selama setahun. Logik ke idea ni??? Tak tau....takut pentadbiran sekolah taknak and guru-guru cuak dengan saya nanti. Apapun try dulu, Dzariff masih ada setahun setengah sebelum memasuki darjah 1. harapnya semua akan ok dan saya tak perlu risau lebih-lebih macam sekarang. Penatla risau-risau ni.
Macam mana dengan perbelanjaan? Kerana saya juga menyumbang separuh dari perbelanjaan keluarga. Hmmmm....yang terfikir sekarang ialah saya akan amik offer ngajar tuisyen. Rasanya dengan pengalaman 9 tahun mengajar Add Maths dan Maths SPM....peluang untuk cari duit dengan tuisyen lebih banyak. Tak pun saya buat tuisyen sendiri macam Kak Syida. Boleh work from home. Saper nak hantar anak tuisyen, carikla saya ye! Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini.....aminn!!!
Salam...
ReplyDeletemmg everytime bila pikir psl anak & his future plan, rasa jantung berdegup extra kan? at least u still have ample time, mcm i ni besok lusa my Ummar dh nk masuk darjah 1 but tis mommy blom settle lg psl placement. hadoi..
psl berenti/cuti kerja...i think tht's a good option for the time being. maybe nnti u'll have some other choice, inshaAllaaah...
sekadar berkongsi my experience :
dulu i keje, until end of 2008. i decided to stop (actually masa tu rasa nk stop sekejap abt 1-2 yrs nk refresh, kononnya) tp masa tu kitorg blom tahu tht my Ummar is autistic tho masa tu mmg nmpk dia delay byk benda but we tot due to his past medical prob. Shortly later he's diagnosed with autism, so i pun still tak keje until now sbb nk concentrate utk dia. Allah Maha Mengetahui, semua yg terjadi tu ada hikmahnya kan. walapun mula2 i tak plan nk berenti sbb nk fulltime jaga dia, but now it turns out tis way.
Financially, mmg rasa lain. bila dulu double income, now single income. Mula2 dulu i cuak jgk, segala serba serbi rasa kn budget, dulu masa keje i tak fikir byk kalau nk spend, boleh dikatakan boros. apa yg terlintas almost semua i bleh dapat. but bila dh budget skrg, slowly i rasa i bley accept and im happier. bcs now i dh tak membazir. and i appreciate better even just small little things. syukur byk2...
so in ur case, i think u'll do good inshaAllaah...u boley buat tuition etc..and above all u bley spend time for ur precious dzariff..
:))
thanks ery for ur comment. huhuhu...setakat nak rancang jadi teacher aide dia kat school memang no prob..yang risaunya boleh tak cikgu-cikgu dia terima, since i cikgu sekolah menengah...takut diorang cuak ngan i. alang cikgu praktikal pun cuak gile bila i observe diorg...muka aku ni garang sangat ke? semalam ada jumpa a mother(teacher jugak anak dia GDD) kat centre OT, dia bagitau kawan dia amik pencen option..(which i can't since baru 10 tahun keje...lambat lagi nak pencen). and dia pun jadi teacher aide kat school anak dia until darjah 3. dia banyak bantu setkan makmal komputer, library etc so that sekolah tu rasa ok je dia nunggu anak dia. should i be like that too?
ReplyDeleteDila, whatever your option will be, all the best to u. ok jugak sbnrnya idea amik unpaid leave tu. as long as dapat kebenaran utk jd 'tchr aide' dzariff kat sekolah, i rasa berbaloi2 usaha u amik cuti. benda2 lain tu secondary. bab surviving on single income is minor kalau nak dibandingkan dengan masalah nak cope dengan dzariff masuk mainstream nanti. buat tusyen is absolutely great. lagi pulak cikgu dila kan cikgu maths tersohor. mesti masyuuukkk insyAllah :)
ReplyDeletedont worry too much. in life, sometimes u hv to REDAH aje. nak pindah ke KL, pindahhhh. nak stay in jb pun, no problem...
take whatever chances u hv. at least anak u sorang aje. cuma nak pikir hal dia and hal korang berdua, as parents. macam i ni, banyak sangat benda nak pikir, anak ada 3. suamiku tunggal, kebajikan PIL lagi..hihi yg penting, happy :)
assalamulaikum kak
ReplyDeletesalam perkenalan dari syerah.semoga Allah permudahkan urusan akak sefamily yer.sy jgk salah seorang ibu yang mempunyai anak autism.baru je sy dpt tahu.semoga kita diberi ketabahan membesarkan anak kita.insyaAllah.
wsalam syerah. nice to know u...insyaAllah, kita sabar
ReplyDelete