Friday, July 8, 2011

Bengang

Minggu ini emosi saya terganggu gara-gara sang boss besar yang rasanya diri sangat besar sampai hilang sudah rasa hormat padanya. 

Sebagai seorang guru, kami cuma dapat 7 hari cuti rehat khas sahaja setahun. Bila tiba cuti sekolah, kami bercuti seperti pelajar. Itu pada nama sahaja. Hakikatnya 1/3 dari tempoh cuti, pentadbiran sekolah boleh memanggil kami ke sekolah untuk berkhidmat. Dan sentiasa membawa timbunan kertas peperiksaan untuk disemak....jadi cuti sekolah takde lah cuti sangat. 

OK...balik kepada cuti rehat, saya dah ambil 1 hari cuti sebab Dzariff demam. Jadi plan nak amik another day so that saya boleh ke KL dan daftar Dzariff ke NASOM. Baru bukak mulut nak apply cuti, terus dicantas oleh boss besar. Direct aje dia cakap anak awak sakit, jadi dah banyak kelonggaran diberi...tak boleh cuti lagi nanti orang lain bising. 

"Excuse me puan! Anak saya tak sakit ok!! dia cuma autistic plus semua kerja saya bereskan tepat pada masanya. Result students saya terbaik...dan sukatan pelajaran untuk tahun ni semua dah saya habiskan. Even, saya menolong kawan-kawan lain menghabiskan sukatan. Kelas tambahan cuti sekolah semua saya sapu.....saya cuma nak cuti 1 hari sahaja supaya anak saya berpeluang bersekolah di tempat yang lebih baik. Dan awak, che puan, tak ada hak untuk menghalang anak saya yang autistic tu mendapatkan pendidikan yang terbaik yang boleh dan mampu saya berikan. Plus cuti rehat tu saya punya....ikut suka hati sayalah nak buat apa dengan cuti saya. Apa awak sebukk....saya taknak jadi macam awak yang pukul 1-2 pagi pun still tak tidor duk pikir macam-macam cara nak beat sekolah laki awak. "  Tapi tu dialog dalam hati yang sakit dan pedih amat kerana dia berpendapat saya menggunakan anak saya untuk kepentingan diri saya. Itulah nasib saya, guru DG41 yang dianggap muda dah bodoh( wehhhh...kalau aku bodoh aku tak score SPM tau...aku tak grad Actuarial Science tau...and aku tak jadik cikgu add maths yang macam nak pecah otak ngajar budak-budak, ko ada????) Takpe...hari ni hari ko berkuasa, kenkonon boleh ko nak arah itu ini kat cikgu ko, boleh la ko nak tunjuk veto ko tu ...ko ingat sekolah tu jalan ke kalau ko sorang je kat situ?? Dunia bulat jer wehhh...kejap je ko kat atas. Till then, peace....!!! 

2 comments:

  1. wahhh marah betul dila nih...tulah yg cikgu punya nak istimewa mcm kita ni rasa...CRK 7 hari tu disimpan bak emas...kadang2 rasa guru ni tak byk keistimewaan berbanding kakitangan awam yg lain...cuti mereka 30 hari setahun...tu tak termasuk EL lagik...blh ambik half day...kita g skjp pun dah kira cuti...time sleep pun dah tak diiktiraf...

    ReplyDelete
  2. Hmmmm Kak Nani, dila bukan apa la kak. geram betulla. kita cakap baik-baik belum sempat habis pun dah dicantas berapi-api. macamla kita saja taknak datang sekolah. tapi yang part paling menyayat hati sedap2 dia cakap dzariff sakit....huhuu...aku paling bengang orang cakap anak aku sakit/tak betul/ terencat ke....gerammm!! Tak reti ke differentiate sakit dengan situasi? lagipun ada ke budak-budak istimewa ni mintak keadaan diorg macam ni? Ingatkan terer sangat boleh jadik Pengetua cemerlang, teraju cluster school....hati dan kebajikan staff pun tak reti nak jaga.

    ReplyDelete