Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru 2012....Teruskan perjuangan!

Dah agak lama tak menulis di sini. Sedar-sedar sudah Tahun Baru 2012. Mood back to school pun sudah menjelma. Tahun ni saya bertukar ke sekolah yang berdekatan dengan centre OT dzariff. Tapi saya mengajar di sesi petang, mengajar pun pelajar menengah rendah...dah 8 tahun tak mengajar menengah rendah, mesti kekok dan ada perasaan tak reti macam mana nak ajar budak kecik.

Tahun ni dzariff dah 6 tahun. Perkembangan semakin baik walaupun tak sama dengan kanak-kanak tipikal. At least sudah echolalia, agak bagus menggunakan komputer, dah boleh pegang pensel, menulis dengan bantuan. Fokus masih berterabur. Tahun ni saya bercadang nak hire seorang OT aide at school untuk dzariff. Tapi bukan mudah nak dapatkan...pening kepalaku. Kita tgkla 7hb ni ada interview...i update later. Kalau OT aide tak menjadik, saya akan teruskan di CVC sambil berkira-kira buat perancangan nak pindah KL. Nasom Titiwangsa dah call lagi bila nak daftar diri. Dalam kepala saya sebenarnya sangat berserabut nak pikir tentang sistem yang saya nak cuba laksanakan di Johor Bahru iaitu menyediakan shadow aide supaya dzariff belajar di aliran perdana. Saya tak dapat jangkakan penerimaaan guru-guru di sekolah rendah nanti. Saya cuma mampu berusaha, memujuk dan bertegas dengan keputusan saya. Kalau keadaan berlaku tidak seperti yang saya rancangkan, maka alternatif berpindah ke KL menjadi keutamaan keluarga kami. Nampaknya tahun 2012 ni, bukan hanya perlu memperbaiki mutu pendidikan dan mencapai objektif pendidikan dzariff, tapi saya juga mula perlu berperang, berbincang dan bermesyuarat dengan masyarakat di sekolah supaya memberi peluang kepada dzariff supaya dapat belajar di aliran perdana sama seperti kanak-kanak tipikal lain.

1 comment:

  1. Salam Dila- Saya Masni ibu kepada Aiden Sani baru nak masuk darjah 1. Saya terbaca anak Dila Dzariff dari blog. Anak saya Aspergers. Saya risaukan anak saya, saya cuma nak mencari jalan untuk mencari kawan untuk anak saya. Saya rasa tidak ada budak normal yg lain yg mahu berkawan dgn dia jadi saya fikir mungkin dengan berkawan dgn kawan yg sama seperti dia - perkembangan sosial dan percakapan dia mungkin boleh diperbaiki. Saya dgn kata lain - ingin mencari kawan dari golongan ibu bapa yg mempunyai anak2 istimewa ini. Harap Dila accept friend request ini. manalah tau sekiranya mereka berjumpa orang yg sama seperti mereka - perkembangan sosial menjadi lebih mudah buat mereka, di samping berkongsi cara dan strategi yg elok di praktikkan kepada anak2 ini. Terima kasih. Regards Masni

    ReplyDelete