Pernah dengar istilah teacher aide atau shadow aide?? Well...now i'm doing this part time job with my little bam bam dzariff. Bermula pada hari pertama persekolahan, tanpa dirancang pun...saya terjebak dengan aktiviti ini sewaktu hantar dzariff ke Tadika Khalifah Elit. Mula-mula, sekadar saja -saja nak naik tingkat atas tengok classroom...alih-alih saya dah duduk situ dan mula jadi teacher aide dia. Apa perasaan? Sangat seronok sebab saya nampak semua yang dia belajar, menari dan menyanyi. Esok dan esoknya saya terus menjadi teacher aidenya.
Masalahnya, bila saya terpaksa ke sekolah untuk sesi petang. Penat yang amat....Lebih kurang 11 jam saya bekerja satu hari mengalahkan buruh kasar la pulak...Tapi seriously, memang nampak keberkesanan menggunakan teacher aide untuk anak autisme. Jadi saya dan suami decide..mesti sediakan satu OT cum teacher aide peribadi dzariff. Ada yang bagitau saya tak perlulah...biar cikgu kat tadika@school aje yang handle dia. Tapi tahun ni, aim saya adalah untuk school readiness. Kalau tahun-tahun lepas saya mensasarkan perkembangan sosial dan tingkahlaku, tahun ini adalah tahun akademik. Cabaran mencari calon teacher aide??? SANGAT BESAR! Saya perlu cari calon yang berpengetahuan dan suka mendidik anak autisme kami. Juga sayangkan dia tapi a big no no untuk pampering and manja-manja too much. Dzariff sangat pandai manipulate adults..mesti berhati-hati and let him know who's the boss! Setakat hari ni ada satu calon yang sangat berkenan di hati..tapi kami menunggu hujung minggu ni, kerana ada satu lagi sesi temuduga akan dijalankan. Harap-harap teacher aide will be able by early February.
No comments:
Post a Comment