Wednesday, February 23, 2011

Cerita dahulu kala


Yahooo!!!! Dapat baby baru! Iyolah tuuu.....dalam perut tu ada suku-sakat lemak dengan baby cacing je..berangan aje la nak ada baby. Tapi bukan mission impossible kan? Ntah kenapa, angin kus-kus saya malam ni dah sampai. Boleh pegi tanya kat Enche Suami nak baby lain tak? Sang Big Boss jawab kalau ada ok, kalau takde pun takpe...kita dah ada baby besaaaarrrr tuuuu.....




Wink!!! Ni gambar Dzariff yang terawal. Masa tu dah Day 2. Day 1 dia duk dalam NICU sebab masa dalam labour room saya demam. So nurse kata mesti asingkan baby dari ibu untuk tempoh 12 jam dulu...taknak ada apa-apa komplikasi. Saya turutkan aje la...beranak sulung...manalah i tahu apa-apa. 


Tembamnya Dzariff, dari kecik membawak ke besar. Saya kena tahan 3 hari dalam wad sebab melahirkan Dzariff ikut "tingkap". Mula sampai hospital pukul 2 pagi...dah sakit perut kategori tak ingat...rupanya jalan belum terbuka, contraction sudah ada. So masuklah dalam wad dulu, Subuh tu dah keluar tanda, sakit pun Ya Allah...dalam hati taknak dah beranak lagi..hihi..hari tu hari Jumaat, pukul 10, doktor check jalan...saya biasala drama queen ..boleh aku pegi jerit sekuat-kuatnya. Dr kata kena pakai epidural la...saya ok aje...Sakit rupanya kena cucuk kat belakang tu...bila dah terasa kesan epidural, sengih-sengih tak sakit dah. Dari Subuh ke Zuhur ke Asar, jalan terbuka cuma 4 cm. Saya dah kehabisan tenaga. Bila Maghrib, saya mula demam dan tiada suara untuk bercakap apa lagi tenaga. Enche Suami sentiasa di sisi menemani saya. Pukul 10 malam, doktor cadangkan C-Section. Saya terus setuju, aku dah tak daya dahhhhh...epidural pun makin nak habis. Bila dah nak start OT, saya boleh rasa dr hiris  perut saya, tapi tak sakit langsung. Saya bagitau dr...and dia kata kena bius semua. Dia suh bilang 1, 2......saya dah gone...zzzzzzzz!


Bila sedar, saya nampak muka suami, ma ayah and abang  saya. Soalan pertama anak ok? and the, suami cakap baby boy. BOY?? Bila scan kata girl...hentam sajala...
Malam tu, ma temankan saya di wad...saya ingat meminta air, tapi nurse tak kasi. Masa tu rasa macam kat Padang mahsyar dah....dahaga yang amat...saya merayu kat ma....huhuhu...ma dalam dilema...dia pegi cakap ngan nurse nak bagi saya sikit je air..so bolehla saya minum pakai penutup botol mineral...sedihnya time tu...


Esoknya pukul 12 saya boleh jumpa Dzariff untuk kali pertama...Perasaan?? Serius...saya rasa macam tengok alien...hihihi. Dahla besar(paling besar antara baby lain) and paling putih. Macam dah umur 3 bulan je....apa taknya dia lahir pun dah 3.8kg. Lepas tu bermulalah kehidupan saya sebagai mama...dan sungguh seronok. Sekiranya saya diberi peluang memilih siapa baby saya, 1000 kali pun saya akan tetap memilih anak ini. Biarpun dia autisme, manja dan nakal terlebih...after all he is our sunshine and our love for him is beyond infinity.....



Saturday, February 19, 2011

Membebel aje kejanya!

Saya tak suka kena kerja hari Sabtu...sebab banyak kerja rumah yang wajib kena settlekan hari Ahad..menciii...tahu tak penat bila dalam sehari semua kena siap? Minggu depan , hari Sabtu ada Koko pulak. Saya teringin nak pergi PSG yang diadakan di Klinik Kempas...dah hancur berkecai harapanku dengan adanya koko ni. Bulan Februari ni, setiap Sabtu mesti ke sekolah. Mana dasar Sabtu pertama dan ketiga mesti cuti tu? Kalau bukan sekolah yang arahkan, PPD/JPN yang arahkan hadir ke sekolah untuk KOKO atau meeting.  NUTP, tulunglah kami!!! kami kena dera ni!!

Pagi tadi ke Simpang Renggam lagi. kali ni 2 kawan Dzariff di CVC pun ikut serta dan keluarga Mr Tee, PK KO sekolah Enche Suami. Ahli-ahli tetap yang lain, Kak Syida, Kak Ros, Kak Zara pun ada sama. Lepas tu, kami pegi breakfast, balik JB, singgah potong rambut anak bujang dan bapaknya sekali, balik rumah, vacuum, mop, kemas dan sidai karpet, masak lunch yang sempoii..dan sekarang mata saya ngantuk.. huahuahua!

Sekolah Ganti Hari Sabtu

Hari yang sangat penat...

Saya bangun pagi pukul 615 pagi tadi. Alamak!!! Dah lambat sebab hari ni sesi sekolah ganti...selepas kiss-kiss and bye-bye Dzariff and Enche Suami, kami pun bergerak ke sekolah masing-masing. Tiba-tiba nampak gerai jual nasik tepi jalan di Kampung Pasir...berhenti kejap untuk tapau 2 nasi kerabu ayam goreng...marvellous! Satu kasik kat tablemate ku yang baru, Zubaidah...sedapkan Zu...!

Lepas rehat, ada sambutan Maulidurrasul di sekolah. Penceramah sangat boring okey..apa kena lah Ustazah Sherry ni jemput orang muda. Takde ketawa-ketawa langsung. Baru 10 minit dia berceramah, saya dah zzzzz...banyak betul setan atas mata..:p. Pastu takleh jadik ni, terus keluar menjalankan tugas packing bungkusan makanan guru. Hari ni menu nasik beriani yang sedap!

Sampai di TEC, dah pukul 2. Semua budak lain dah balik, saya amik Dzariff dan bagi 2 bungkus nasi kepada teacher Dzariff. Pastu balik....Dzariff minta nak makan nasik, suapkan, pastu papanya balik, main-main geletek dengan papa and Dzariff pun tido 2 jam.

Bila bangun jom Mcdonalds, sebab mama malas masak. Mama dan Papa makan nasik beriani, dzariff makan nugget+fries...(bukannya takde dalam peti ais pun...memang tgh malas yang amat). Esok nak pegi Simpang renggam lagi..saya ngantuk..nak titonnn...bye-bye

Thursday, February 17, 2011

Hari ini dalam sejarah Part 1

Hari ini dalam sejarah!!!!

Gambar ini diambil selepas pulang dari kelas CVC. Baru lepas mandi dan susu sebotol.

Dzariff ajak saya bermain playdoh....waaahhhhh.....mama rasa nak nangis!! Sebab sepanjang hayatnya dia dipaksa main playdoh untuk membaiki dan menguatkan otot tangan dan jarinya. Tak pernah dia secara sukarela mengambil playdoh sendiri dan main. Semuanya dipaksa barulah dia dengan geli geleman menyentuh playdoh. Dan dia ambil sendiri pensel dan buku kaler dan terus mewarna. 

Tangan Cik Mat Gebu Junior. Ini bukan sesi menulis tapi sesi cubaan menikam playdoh ye puan-puan. Jom kita uli lagi sampai bantat!

Sesi mencucuk playdoh dengan pensel

Anak autisme secara cliche nya sukar diajak bermain. Mereka sanggup berbaring atau berangan  (dalam kes Dzariff memandang ke tepi mata atau istilahnya corner eyes ataupun memusingkan kunci di atas lantai/permukaan) sepanjang hari dari bermain permainan yang ada. Sebab itulah dalam sesi homeschool, saya juga mengajar Dzariff bermain. Main sahaja apa-apa...main kereta, main lawan-lawan Ultraman dengan raksasa, main potong "sayur" (playdoh kaler hijau) dengan pisau free Enfakid, main teddybear..pendek kata hentamlah main apa pun. Kalau anak normal tak payah diajar, automatik terus aje main dan selalunya pelbagai versi permainan dapat dilaksanakan dengan satu objek. Berlainan dengan kanak-kanak autisme, untuk bermain pun perlu diajar dan ditunjukkan caranya. Kalau main bola kena berkali-kali tunjukkan cara menendang dan melempar bola. Saya masih ingat, tahun lepas, Dzariff tak boleh melempar, menangkap atau menendang bola. Jari-jemarinya akan tergenggam kemas, badan dikeraskan dan mukanya sentiasa dipalingkan ke arah lain setiap kali saya mengeluarkan bola untuk sesi SI yang dijalankan di rumah. Saya tak ingat bila, tapi pastinya tahun ini dia sudah berjaya mengatasi "bolaphobia" ini. Tidaklah terlalu suka, tapi sudah cekap melempar dan menangkap bola malah menjaringkan basketball juga semakin baik. 

Tolong ye aunties semua, doakan semoga Dzariff will do well dan boleh menjadi senormal mungkin sebab hari-hari sebelum tidur mama selalu ceritakan plan mama tentang school dan masa depan Dzariff. Semoga Dzariff dapat berdikari, menguruskan diri sendiri dan bahagia dunia akhirat....aminnnnn!

Wednesday, February 16, 2011

Tentang homeschool lagi

Hari ni homeschool Dzariff diteruskan seperti biasa. Saya dan Enche Suami sudah nampak perkembangan yang baik ada Dzariff sejak dia memasuki CVC. Setiap malam mesti ada homework dari CVC. Buat masa sekarang selalunya 2 helai latihan dibekalkan, latihan tracing and colouring. Kalau dulu, Dzariff cuma asal buat nak bagi cepat siap, taknak mama and papa naik suara. Jadi hasilnya hmmm....tak elok. Sekarang, dia sudah menunjukkan kemahuan membuat tracing dengan sedikit bantuan. Dan kemahiran mewarna yang semakin baik. Saya notice grip pensel pun lebih kuat dan betul. Dan bila saja pensel ter'slip' dari jarinya, lantas dibetulkannya semula...:) seronok mama dan papa! Alhamdulillah.


Kalau dulu dia buat dek aje bila saya menunjukkan anggota badan dalam usaha mengajar tentang my body, kini sudah boleh mengikut (imitating) pergerakan saya...dari ear ke nose ke aye ke teeth ke mouth ke head dan lain-lain. Syukur Ya Allah....tak sia-sia saya mengorbankan masa rehat saya berkejar ke sekolahnya dan mengajarnya sendiri di rumah. Semoga semakin banyak perkembangan dan kemajuan yang akan ditunjukkan oleh Dzariff.

 "We are very lucky to have him as our son which he was born is actually a gift sent to both of us by Allah, no matter what and how difficult steps both of us had faced and took.
 Never under estimate my Dzariff ♥"

Monday, February 14, 2011

Satu pagi di hari cuti Maulidurrasul

Pagi ini, kami berkonvoi lagi ke Simpang Renggam. Ke rumah Apek Soon, tukang urut si Dzariff. Sangat meriah kali ini kerana kami berkonvoi bersama 4 buah keluarga lain. Kak Syida & Abil satu keluarga, Kak Ros & Irfan satu keluarga, Kak Nazlin, Farik & Zafir dan Kak Zara& Irfan sekeluarga. Semuanya punya satu similarity...kami punya anak autisme dan kami sedang berusaha mencari jalan "memulihkan" anak kecintaan kami ini. Tempat berkumpul ialah Tol Simpang Renggam dan selepas itu, Enche Suami mengetuai konvoi ke rumah apek. 

Kali ini, sesi urut dimulakan dengan Abil sebab dia yang paling behave, diikuti dengan our 2 Irfans, pastu barulah Dzariff and last sekali si Zafir Khan. Dzariff ada jugak buat cubaan melarikan diri dan mula nak nangis tapi better than hari Ahad lepas. Yang paling hero ialah Zafir Khan. Sampai 3 orang pegang baru boleh urut. Abinya, Farik, pegang tangan, uminya pegang punggung dan saya pegang kaki. Satu jam berada di rumah apek, kami pun beransur pulang. Kak Syida dan Kak Zara terpaksa terus pulang ke JB. Jadi kami 3 keluarga singgah makan pagi.. sedap!! And thanks to our Farik Khan yang menaja makan pagi kami hari ini. Mommies...Ahad ni kita pegi lagi yekk! 

Monday, February 7, 2011

Chesire Home & Snoezelen Room

Short entry for today!

Dzariff ter uk-uk dalam seluar kat TEC. Nasib baik ada letak baju lain. Semalam dia tak uk-uk. Saya dah agak dah mesti membuang kat TEC. Tapi yang tak best teacher pakaikan pampers siapa ntah...agaknya takut terbuang lagi dah takde seluar kot.

Petang tadi SIP cancel, Teacher Boon Hai bawak Dzariff and Irfan plus mamas pegi Chesire Home. First time masuk snoezelen room..best!! Dzariff sangat suka tapi tadi tak bawak camera. HUH! Rugiiiii.....Dia punya enjoy lompat sini sana sampai berpuluh-peluh. Tapi rasanya yang paling best bagi Dzariff ialah naik van besar tu...hihihi! Balik rumah makan roti cicah kuah sup ayam sampai 5 keping, susu setengah botol and terus lena....zzzzzzz!! Penat sangatla tu!

Ginilah lebih kurang snoezelen room tu! Amik dari Pokcik Google







Saturday, February 5, 2011

Terapi Tradisional

Hari ini kami bermula seawal selepas Subuh. Usai mandi dan solat, kami terus bersiap dan destinasinya adalah Simpang Renggam. Bermula cerita semalam, semasa menemani Dzariff ke swimming pool. Ada 2 orang kanak-kanak normal turut serta dalam kelas Dzariff. Selesai kelas, ibu kanak-kanak tersebut menggamit saya dan bertanyakan keadaan Dzariff yang istimewa. Rupanya anak lelakinya yang saya lihat normal itu juga penghidap autisme. Sumpah!!! Tak nampak langsung! Memang saya ingat kanak-kanak normal. Ibu itu, Mala namanya, memberitahu saya dia telah membelanjakan RM20K untuk brain therapy anaknya. Tapi tiada kesan. Sehinggalah seorang kenalan mencadangkan dia membawa anak itu berurut dengan seorang cina tua di Simpang Renggam, Mr Soon. Sudah setahun anak itu dibawa ke sana seminggu sekali dan hasilnya kini, the best student in his school. Apa lagi...bersinar mata saya...terus mendapatkan nombor telefon dan Mala berjanji akan sms alamat Mr Soon malam itu. 

Pagi tadi, kami bertolak jam 630 pagi. Sesampai di tol Simpang Renggam berhenti seketika untuk mandikan anak bujang saya. Kemudian berpusing-pusing mencari rumah Mr Soon di tengah-tengah perkampungan cina tu. Nasib baik jumpa. Rupanya Mr Soon biasanya memulakan rawatan pukul 9 pagi..namun disebabkan kami dah sampai, maka ok ajelah. Uncle Soon urut di ibu jari kaki, belakang, perut, leher dan kepala Dzariff. Sekejap sahaja urutnya kerana kali pertama disentuh orang tak dikenali Dzariff merengek dan menangis takut. Uncle Soon suruh bawak lagi untuk diurut dan dia memberi nasihat supaya selalu berbuat baik sesama manusia. Kalau jumpa anak istimewa lain, jangan sedap mulut je nak cakap apa-apa dan jangan tengok dia macam tak pernah jumpa orang. Jangan buruk sangka dan underestimate orang lain. Tak baik!!! Rupanya dah 41 tahun dia mengurut, bila nak diberi sedikit upah dia taknak terima...katanya untuk kanak-kanak percuma. Itu pesan gurunya. Baik sekali Uncle ini...cakapnya tersusun mencerminkan diri orang berbudi dan beragama. 

Alang-alang dah jauh berjalan, kami terus ke Kluang. Saja...nak breakfast kat Stesen Keretapi Kluang. Sedap sekali dapat minum kopi Kluang dan makan roti bakar+nasi lemak+mihun+telor separuh masak....marvelous betul! Esok dah mula kerja..tak dapatlah lagi tido lambat bangun lambat. 



Friday, February 4, 2011

Cuti yang boring.....

2 hari lagi sekolah akan bermula kembali selepas seminggu bercuti Tahun Baru Cina. Ke mana kami cuti seminggu? Tak ke mana-mana. Tak ada bajet dan malas. Dan Dzariff juga ada kelas dan OT di awal minggu. Jadi kami cuma makan, tido, jalan-jalan keliling JB yang "super besar" ni.

Bulan Februari nanti ada sekolah ganti pada hari Sabtu dan ada larian perdana. Huhuhu!!

Habislah cuti hari Sabtu saya....tak best!!

Oh ya! Sepupu saya, Adik Yin selamat melangsungkan perkahwinan pada Hari Tahun Baru Cina yang lalu. Sorry ye..tak pulang meraikan bersama-sama. Nanti Kak Mc see ya around. 




And i kinda missing my favourite uncle...ayoh Ne...


Cuti sekolah bulan Mac nanti pun saya tak dapat balik. Dzariff ada beberapa sesi appointment dengan Child Psychiatrist dan Audiologist. Huhuhu!! Missing my parents, my siblings, extended families, hometown and the FOODS!

Wait aaa cuti sekolah bulan 5....i'm going back to KOTA BHARU

Yeaaahaaaa!!!

Wednesday, February 2, 2011

Homeschool Dzariff

Sudah lama tak update blog. Sibuk, malas, tak sempat, takde idea....saya mengaku!
Cuti Tahun Baru Cina minggu ini, TEC bercuti selama seminggu, CVC pula 3 hari bermula hari ini. OT pula diawalkan dari hari Jumaat ke hari ini. Saya dan Enche Suami mula merancang apakah pengisian yang perlu untuk teddy bear memandangkan kami tak ke mana-mana. Lagipun cuaca tak baik sepanjang minggu dan sebahagian tempat di Johor dilanda banjir. Dari duduk di rumah tanpa buat apa-apa lebih baik saya mengajarnya seperti di sekolah.

Minggu ini tema yang dipilih adalah MY BODY and COLOURS. Jom tengok apa yang saya sediakan untuk Dzariff belajar...




Saya mengajar Dzariff body parts dengan menggunakan free gift yang saya dapat dari susu Dutch Lady. Dah lama sebenarnya free gift ni, saya simpan sahaja dalam laci...sebenarnya tak tahu nak guna bila. Tiba-tiba dapat idea untuk menggunakannya bersama flash card yang saya memang gunakan sekarang. Best jugak bila ajar dia fill in the blanks with correct letters. Dia kena matchkan letters dengan flash cards dulu, barulah boleh letak di tempatnya.


Kemudian, ajarkan match colour dengan correct picture. Saya mulakan dengan satu colour sahaja dulu. Setiap kali dia buat dengan betul, dapatla satu bijik coco crunch sebagai reward. Wahh!!! Sungguh suka hati bila dapat coco crunch...kadang-kadang, Dzariff bantai match aje sebab nak dapatkan reward. So saya pastikan dia fokus dan buat dengan betul dulu.

Isnin lepas, saya dan Kak Zara (mama Irfan di CVC) ke Sutera Mall sementara anak-anak menghadiri kelas EIP. Pertama kali saya terjumpa dengan buku latihan khas untuk kanak-kanak pendidikan khas dan pemulihan khas. Ada banyak subjek: Maths, BM, BI, Sains, etc...saya beli 5 buah sahaja. Level 1 semuanya. Buku ni bagus kerana pengisian yang sesuai untuk Dzariff...ada sambungkan titik, tulis ABC..semuanya ada.  Beza dari buku biasa, yang ini lebih sesuai ikut kemampuan anak kita... Ni saya tepekkan buku tersebut. Harga pun murah aje..RM2.50 sebuah, beli di Popular. Agak terlindung sebab buku ni berada di kawasan rak buku Cina. Ntah kenapa saya terajak Kak Zara tengok buku Cina time tu. Allah nak jumpakan saya dengan buku ni agaknya.




Semuanya harga RM2.50, kecuali yang ABC tu aje RM3.90...buku ni tebal and separate capital letters dengan small letters. Jadi berbaloi! Sebab biasanya yang saya beli, 2 baris untuk capital letters, 2 baris yang bawah untuk small letters. Lepas tu saya beli gunting yang cantik2 corak guntingan tu. RM24.90 untuk 10 bilah. Kongsi dengan Kak Zara, dapatlah 5 bilah..nanti kami tukar-tukar. Jadi banyaklah kerja Dzariff sebab saya juga tengah ajarnya menggunting. Syikin pesan suruh dia gunting plastesin, untuk kuatkan otot jari sebab bila gunting plastesin, kena kenakan lebih tekanan berbanding gunting kertas. Akan dilaksanakan....