Sudah lama tak update blog. Sibuk, malas, tak sempat, takde idea....saya mengaku!
Cuti Tahun Baru Cina minggu ini, TEC bercuti selama seminggu, CVC pula 3 hari bermula hari ini. OT pula diawalkan dari hari Jumaat ke hari ini. Saya dan Enche Suami mula merancang apakah pengisian yang perlu untuk teddy bear memandangkan kami tak ke mana-mana. Lagipun cuaca tak baik sepanjang minggu dan sebahagian tempat di Johor dilanda banjir. Dari duduk di rumah tanpa buat apa-apa lebih baik saya mengajarnya seperti di sekolah.
Minggu ini tema yang dipilih adalah MY BODY and COLOURS. Jom tengok apa yang saya sediakan untuk Dzariff belajar...
Saya mengajar Dzariff body parts dengan menggunakan free gift yang saya dapat dari susu Dutch Lady. Dah lama sebenarnya free gift ni, saya simpan sahaja dalam laci...sebenarnya tak tahu nak guna bila. Tiba-tiba dapat idea untuk menggunakannya bersama flash card yang saya memang gunakan sekarang. Best jugak bila ajar dia fill in the blanks with correct letters. Dia kena matchkan letters dengan flash cards dulu, barulah boleh letak di tempatnya.
Kemudian, ajarkan match colour dengan correct picture. Saya mulakan dengan satu colour sahaja dulu. Setiap kali dia buat dengan betul, dapatla satu bijik coco crunch sebagai reward. Wahh!!! Sungguh suka hati bila dapat coco crunch...kadang-kadang, Dzariff bantai match aje sebab nak dapatkan reward. So saya pastikan dia fokus dan buat dengan betul dulu.
Isnin lepas, saya dan Kak Zara (mama Irfan di CVC) ke Sutera Mall sementara anak-anak menghadiri kelas EIP. Pertama kali saya terjumpa dengan buku latihan khas untuk kanak-kanak pendidikan khas dan pemulihan khas. Ada banyak subjek: Maths, BM, BI, Sains, etc...saya beli 5 buah sahaja. Level 1 semuanya. Buku ni bagus kerana pengisian yang sesuai untuk Dzariff...ada sambungkan titik, tulis ABC..semuanya ada. Beza dari buku biasa, yang ini lebih sesuai ikut kemampuan anak kita... Ni saya tepekkan buku tersebut. Harga pun murah aje..RM2.50 sebuah, beli di Popular. Agak terlindung sebab buku ni berada di kawasan rak buku Cina. Ntah kenapa saya terajak Kak Zara tengok buku Cina time tu. Allah nak jumpakan saya dengan buku ni agaknya.
Semuanya harga RM2.50, kecuali yang ABC tu aje RM3.90...buku ni tebal and separate capital letters dengan small letters. Jadi berbaloi! Sebab biasanya yang saya beli, 2 baris untuk capital letters, 2 baris yang bawah untuk small letters. Lepas tu saya beli gunting yang cantik2 corak guntingan tu. RM24.90 untuk 10 bilah. Kongsi dengan Kak Zara, dapatlah 5 bilah..nanti kami tukar-tukar. Jadi banyaklah kerja Dzariff sebab saya juga tengah ajarnya menggunting. Syikin pesan suruh dia gunting plastesin, untuk kuatkan otot jari sebab bila gunting plastesin, kena kenakan lebih tekanan berbanding gunting kertas. Akan dilaksanakan....
tq for dropping by. cute n chubby si dzariff ni...! good boy!
ReplyDeletethanks for visiting us here!
ReplyDeletego mummy dila, go!
ReplyDelete