Hari ini dalam sejarah!!!!
Gambar ini diambil selepas pulang dari kelas CVC. Baru lepas mandi dan susu sebotol. |
Dzariff ajak saya bermain playdoh....waaahhhhh.....mama rasa nak nangis!! Sebab sepanjang hayatnya dia dipaksa main playdoh untuk membaiki dan menguatkan otot tangan dan jarinya. Tak pernah dia secara sukarela mengambil playdoh sendiri dan main. Semuanya dipaksa barulah dia dengan geli geleman menyentuh playdoh. Dan dia ambil sendiri pensel dan buku kaler dan terus mewarna.
Tangan Cik Mat Gebu Junior. Ini bukan sesi menulis tapi sesi cubaan menikam playdoh ye puan-puan. Jom kita uli lagi sampai bantat! |
Sesi mencucuk playdoh dengan pensel |
Anak autisme secara cliche nya sukar diajak bermain. Mereka sanggup berbaring atau berangan (dalam kes Dzariff memandang ke tepi mata atau istilahnya corner eyes ataupun memusingkan kunci di atas lantai/permukaan) sepanjang hari dari bermain permainan yang ada. Sebab itulah dalam sesi homeschool, saya juga mengajar Dzariff bermain. Main sahaja apa-apa...main kereta, main lawan-lawan Ultraman dengan raksasa, main potong "sayur" (playdoh kaler hijau) dengan pisau free Enfakid, main teddybear..pendek kata hentamlah main apa pun. Kalau anak normal tak payah diajar, automatik terus aje main dan selalunya pelbagai versi permainan dapat dilaksanakan dengan satu objek. Berlainan dengan kanak-kanak autisme, untuk bermain pun perlu diajar dan ditunjukkan caranya. Kalau main bola kena berkali-kali tunjukkan cara menendang dan melempar bola. Saya masih ingat, tahun lepas, Dzariff tak boleh melempar, menangkap atau menendang bola. Jari-jemarinya akan tergenggam kemas, badan dikeraskan dan mukanya sentiasa dipalingkan ke arah lain setiap kali saya mengeluarkan bola untuk sesi SI yang dijalankan di rumah. Saya tak ingat bila, tapi pastinya tahun ini dia sudah berjaya mengatasi "bolaphobia" ini. Tidaklah terlalu suka, tapi sudah cekap melempar dan menangkap bola malah menjaringkan basketball juga semakin baik.
Tolong ye aunties semua, doakan semoga Dzariff will do well dan boleh menjadi senormal mungkin sebab hari-hari sebelum tidur mama selalu ceritakan plan mama tentang school dan masa depan Dzariff. Semoga Dzariff dapat berdikari, menguruskan diri sendiri dan bahagia dunia akhirat....aminnnnn!
3-4 tahun dulu, Abil pun ada 'bolaphobia' (hehe). Alhamdulillah, regular SI + consistent OT = no more 'bolaphobia', seronok tengok dia dah boleh baling/tangkap/tendang bola...best!
ReplyDeleteLepas ni sesi nak mengatasi basikalphobia pulak
ReplyDeletemereka selalu ada kejutan untuk kita.
ReplyDeleteAminn..auntie doakan yg terbaik sentiasa utk kawan2 hasif ni.. Sama2 membesar & jadi pandai ye..
ReplyDelete