Welcome Monday, the beginning of a new week! Hari ini pergi ke sekolah dengan muka yang berseri-seri (tegur kawan-kawan semasa perhimpunan pagi tadi). Battery sudah recharge sebab kaum kerabat datang berkunjung ke rumah.
Mari bercerita tentang anak bujang saya yang sememangnya dikenali sebagai "buat hal sendiri" tu di kalangan sepupu sepapatnya. Cousins Dzariff, Afiq (6 y.o) dan Aisyah(4 y.o) juga datang berkunjung ke rumah kami. Afiq dan Aisyah tinggal di KB bersama ayah, Tok Ma, Tok Ayoh and Cik Ta. Mamanya masih dalam proses rayuan bertukar ke Kelantan. Sebaik sampai di rumah kami, dua beradik ni tak putus-putus ajak Dzariff main sama-sama. Tapi tuan rumah buat dekkk aje. Sabarjela. Dzariff tak kisah pun cousins main dengan segala mainan, buku, basikal, scooternya. Malam tu, semasa dinner, saya nampak Dzariff pegang tangan Aisyah. Tapi lepas tu, back to "cold mood" balik. Petang semalam, barulah Dzariff nak main-main dengan cousins dalam playroom sambil tengok CD Magic English. Dan malamnya main kejar-kejar sekeliling rumah. Juga join kami semua berborak-borak sebelum tidur. Jangkamasa yang diperlukan untuk dia get along dengan strangers adalah 2 hari setengah!! Fuyooooooo!!!! Marah betul dia bila saya suruh naik atas dan tidur. Pagi ni, kena ke tadika pulak, dan tetamu di rumah juga akan pulang. Kesian Dzaiff, balik nanti rumah dah sunyi sepi macam biasa.
Begitulah masalah komunikasi dan kesukaran bersosial yang dihadapi oleh penghidap autisme. Bukannya berlagak sombong, tapi mereka tak mampu untuk excellent dalam bersosial. Kalau mamanya, bagi 5 minit pun dah boleh pot-pet macam kenal 10 tahun. Tak apalah Dzariff, kayuh pelan-pelan...nanti oklah tu kan!
|
Afiq - masa mula-mula belajar main air...sangat penakut! |
|
Aisyah - comel budak ni. Ala-ala Jepun! |
|
First time beli swimming suit. Segala alat-alat keselamatan dipakai. |