Monday, April 18, 2011

Cerita TEC

Jom jengok aktiviti Dzariff di TEC pulak. Asyik-asyik duk cerita pasal CVC aje. TEC juga memainkan peranan penting dalam pembentukan jati diri seorang budak bernama Dzariff ni. Dzariff join lawatan ke GIANT bersama kawan-kawan AMAZING CLASS. Teacher Anny bagitau mama dia masukkan Dzariff dalam troli...ni mesti sebab ada mamat yang tak reti duk diam, nak lepas bebas aje. Tak kesahla...janji dia join semua aktiviti sekolah. Bila disuruh ambil buah dan benda-benda berkhasiat taknak..yang nak ice cream dengan coklat aje...ish ish ishh...patutla tembam aje badannya. Bila teacher nak bayar hasil bershopping, sempat dia sambar Kitkat kat kaunter. 

Teacher Su, nak yang tu la......Mama kita selalu beli yang tu.

Ini saya yang punya....huahuahuaaaa!!


Lepas tu, last week, Dzariff berjaya jadik chef. Mentang-mentangla rancangan kegemarannya Iron Chef, asal bab masak, makan aje...number 1 la jawabnya. Teachers ajar chef-chef muda buat beskut Gingerbread Cookies. Mama pun tak pernah buat beskut ni. Tapi sedapnyaaa.....sebab anak sendiri yang buat..

Saya berikrar akan menjadik seorang Iron Chef yang terer. Supaya dengan senangnya dapat mengalahkan mama saya dalam urusan masak-memasak nanti...aminnnn!!!

Tadaaaa......Yummylicious!

Saya suka TEC. Dan saya rasa saya sudah buat pilihan yang tepat sekolahkan Dzariff di sini. Teachers are wonderful dan sentiasa menerima keadaan Dzariff yang istimewa. Aktiviti pula banyakkkkkk.....toys banyakkkk...books banyaakkkkkk....

2 comments:

  1. rasa macam nak hantar zarif ke situ la next year...tapi cam jauh..penat dah hantar 2 orang askar ku sekolah jauh2 huhu..pening.pening.

    ReplyDelete
  2. mana-mana pun ok la kak. yang penting nak pegi sekolah aje

    ReplyDelete