Petikan Harian Metro |
Autisme bukan beban==> kata-kata perangsang dan sebagai motivasi untuk ibu bapa yang punya anak autisme. Tapi hakikatnya, tanyalah sesiapa sahaja, kalau diberi pilihan, pasti semua memilih anak normal yang tidak ada kepelikan dan kekurangan. Sama sahaja dengan rakan sebaya yang lain. Apabila hati mula mengeluh susah dan sukarnya menjaga dan menangani anak autisme kita, maka tetapkanlah di dalam hati dan minda, satu ketika dahulu, di awal kehadirannya dalam rahim kita, anak inilah yang memberikan sejuta harapan dan kegembiraan. Saat lahirnya dia ke dunia ini, anak inilah menjadi nyawa, intan payung ,permata hati kita. Saat dia disahkan penghidap autisme, janganlah disisihkan anak ini, jangan berkurang sedikit pun kasih sayang dan cinta kita padanya, dan jangan dinafikan haknya sebagai anak kita. Insya Allah, anak autisme inilah yang akan membimbing tangan kita di akhirat nanti. Saat itu, orang sekeliling sudah tidak akan memandang kita dengan pandangan berbeza, kasihan dan sinis...malah berkata untunglah kita mempunyai anak yang boleh membantu ibu bapa di Hari Pembalasan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI AUTISME SEDUNIA
2 APRIL 2011
****delayed post****
No comments:
Post a Comment