Friday, April 8, 2011

Klinik Audiologi dan One Happy Family

Pagi hari ini bermula dengan temujanji Dzariff di klinik audiologi HSI. Kami tiba seawal jam 730 pagi dan mendapat giliran pertama. Sebenarnya saya ni kelam kabut yang amat orangnya. Saya pening/takut/risau kalau datang lambat untuk temujanji. Adakah itu tanda-tanda autistik??? Entah...saya taktau jawapannya. Tapi saya memang begitu. Tapi ujian audiologi tak dapat dijalankan kerana Dzariff masih batuk-batuk. Ubat pun dah habis.  Kalau diteruskan juga, comfirm telinga kiri akan mengalami masalah pendengaran yang mild. Jadi dinasihatkan tangguhkan dahulu sehingga dia betul-betul sihat. Dan diberi pesan menitiskan eardrops ke telinga untuk mencair dan membersihkan tahi telinga tanpa menggunakan cotton buds. Dzariff juga dibekalkan ubat batuk dan selsema.

Kemudian, kami ke Airport Senai menjemput Su Na Dzariff dari KL. Singgah untuk breakfast di McDonalds yang baru dibuka di sana sebelum pulang ke rumah, amik kereta dan bergegas ke sekolah. Saya juga ada mesyuarat Jabatan hari ini sehingga jam 2 petang. Lepas tu, bergegas amik Dzariff dan pulang ke rumah kerana ma, ayah, kak ta, afiq dan aisyah akan sampai sekejap lagi. Sungguh best!!! Dalam keributan itu dan ini, orang tua saya masih sanggup mengharungi perjalanan 12 jam dari KB-JB untuk menjenguk cucu istimewa dan anak menantu. Malam ni, kami dinner di Restoren ZZ di Setia Tropika. Adik-beradik saya, kalau sampai di JB, wajib cari mee rebus tulang/sup tulang ZZ...kenyang makan malam ni. Esok pagi, saya akan menghantar kak ta ke stesen teksi kerana dia perlu ke National University Hospital, Singapura untuk kursus. Yang lainnya akan berada di rumah saya sehingga Isnin. Minggu ni banyak main masak-masak sebab ramai orang boleh jadi tukang makan....bestnya bila keluarga ada di sekeliling kita. Hidup terasa sungguh sempurna!!








1 comment:

  1. wahh...meriah! selamat menjamu keluarga...get well soon dzariff! ;)

    ReplyDelete