Thursday, May 5, 2011

Early Edition-Happy Mother's Day...because i really miss my mum

A tribute to all mothers....Happy Mothers' Day ...let's rock the world babe!!


Inila ma saya. Satu-satunya ibu saya di dunia ini. Yang tak pernah jemu bersama anak-anak di waktu senang dan susah, di waktu sihat dan sakit. Budinya tak ternilai, kasih sayang saya padanya mengatasi segala-galanya. Dan yang paling berkesan di hati setiap kali teringat, ibu tua ini sanggup tidur di atas lantai hospital yang sejuk beralaskan sleeping bag nipis, semata-mata menemani saya semasa melahirkan Dzariff. Juga menyiapkan air mandian saya dan Dzariff sepanjang tempoh berpantang, menyiapkan makan minum saya, walaupun dia sendiri tidaklah sesegar dan sekuat mana.

Saya tak berkesempatan merasai pengalaman bersama ibu mertuaku kerana sewaktu mengahwini Enche Suami, bondanya telah pergi selama-lamanya. Cuma mendengar cerita dari ipar duai sahaja. Apa pun, saya pasti dia seorang wanita tabah dan istimewa kerana berjaya membesarkan kesemua 11 anak-anaknya. 

Nordin & Raubah's clans




Dan seterusnya, to all my siblings...selamat meneruskan tugas menjaga dan mendidik anak-anak kita. Semoga usaha kita diberkati Allah...aminnnnn


Raya tahun ni, kita panggil pro photographer yek....kena buat family pic kaw-kaw!

Tak lupa juga...kepada che puan di bawah ni...


...dengan harapan dan doa teguhlah membesarkan, mendidik dan menyayangi anak dan suami tercinta. Semoga hidup sentiasa diberkati ALLAH...aminnnnn

Anak dah besar panjang pun masih nak dukung.....sila ingat pesanan cikgu CVC...Dzariff ada issue dengan disiplin, other than that he should be ok!! So mama must be a little bit strict and no more let mama do this for baby....huahuahuaaaa

4 comments:

  1. adik beradik enche nazri 11 orang? wahhhh ayahku 10 orang, ingatkan dah cukup ramai...dila tak nak ikut jejak langkah bonda enche nazri ke? plg koman pun ikut ma awak..hehe tambahkan askar 1-2 lagi, confirm mama dzariff jadi lebeh strict ;p

    ReplyDelete
  2. adik beradik saya 9 orang, nazri's 11 orang...anak kami 1 orang...wakakkakaka.....nawaitu memang ada tapi belum jadik lagi la...sabarrrrrrr

    ReplyDelete
  3. 11 org..perghh cukup pasukan bola sepak.. selamat hari ibu utk awak juga:)

    ReplyDelete
  4. Thanks Maya. Selamat Hari Ibu untuk maya juga.

    ReplyDelete