Happy Teacher's Day, May 16th 2011.
Hidup saya dilingkungi guru-guru. Ma dan ayah saya cikgu sekolah rendah. Arwah bapa saudara saya juga cikgu sekolah rendah. Semasa saya berumur 7 tahun, ma saya mengambil option bersara awal untuk memberi perhatian kepada anak-anak yang masih bersekolah. Kemudian, saya dan abang saya pula meneruskan legasi keluarga menjadi guru. Sepupu-sepupu pun ramai yang bergelar guru. Saya juga bertemu jodoh dengan seorang guru muzik. Walaupun semasa belajar KPLI, saya duk la mengorat ustaz yang ambil kursus Al-Quran dan Tarranum...hahhahaha!!!
Kenapa saya jadi cikgu? Saya sejujurnya berkelulusan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Sains Aktuari. Second Class Upper. Semasa batch saya tu, hanya 3 orang budak Melayu yang lulus Second Class Upper. Yang lain Second Class Lower atau Third Class. Kalau diikutkan chances saya, paling-paling koman pun saya dapat kerja yang setaraf sikit, gaji starting 2-3 ribu di insurance company...tapi saya suka mengajar. Jadi tetaplah saya mengajar di sekolah menengah, mengajar subject kritikal yang sering mendapat kritikan pentadbir kerana prestasi pelajar yang masih tak bagus walaupun dah macam nak mati cikgu bekerja. Dan disebabkan passion yang tak bertepi untuk mengajar, mulalah saya naik angin bila baca komen-komen parents pasal cikgu yang tak sesuaaaiii di laman blog, FB etc. Kenapa naik angin? Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang?? Ye...betull...ada cikgu yang sekadar mengajar ala kadar, tapi saya tahu, saya tidak begitu...saya sangat komited dengan students dan career saya. Dan saya ingin membuka peluang seluas-luasnya kepada pelajar supaya mereka lebih banyak pilihan kursus sewaktu di Universiti nanti. Sebab itulah saya mengajar bersungguh-sungguh. Supaya ajaran saya 'sampai' kepada anak murid dan mereka berjaya dalam peperiksaan.
Hari guru tahun ni...saya sediakan beberapa hadiah kecil untuk teachers di sekolah Dzariff. Harga tak seberapa, yang penting ikhlas. Pengalaman saya hampir 10 tahun menjadi guru, setiap kali sambutan Hari Guru, bukannya hadiah yang dibanding-bandingkan sesama rakan, cukup sekadar ucapan Terima Kasih Cikgu....dan yang paling saya bangga bila ada bekas pelajar saya memberitahu saya dia dapat A untuk Add Maths dalam SPM dan kini menyambung pelajaran untuk menjadi Guru Add Maths kerana saya yang membuka mata dan mindanya dahulu...hihihi. Pelajar first batch yang saya ajar dulu, kini ada yang sudah hampir menamatkan pengajian perubatan, farmasi, engineering etc....dan yang saya tahu, setiap tahun pasti ada ucapan SMS dari mereka di Hari Guru. Itu hadiah yang lebih baik untuk saya. Wink..:p!!! Anak pelajar yang berjaya!!
Miniature perfumes untuk sesi bertukar hadiah guru-guru sekolah Enche Suami dan satu box untuk saya sendiri. Kategori beli hadiah untuk diri sendiri! |
Certificate untuk teachers yang ajar Dzariff. Print, laminate dan lepas ni lekatkan riben. |
Brooch yang akan dilekatkan atas certificate. Cikgu2 SIGS ramai yang beli brooch untuk diberi kepada cikgu-cikgu kat sekolah anak-anak. |
No comments:
Post a Comment