Dzariff ponteng SI class 3 days in a row. And thanks to mama and her kursus guru pembimbingnya. Saya sudah tak boleh lagi mengelak kursus sebegini yang mengganggu jadual kelas Dzariff. Tersepit antara tanggungjawab terhadap karier dan pendidikan sang anak. Namun beralah juga kerana karier kerana selalu sangat saya dikecualikan oleh majikan atas alasan sekolah anak.
Layakkah saya bergelar guru pembimbing? Ada 2 orang guru praktikum KPLI akan hadir di sekolah saya dan saya dpilih untuk menjadi guru pembimbing mereka. Layakkah saya?? Selepas hampir 10 tahun mengajar dan sering juga menjadi pakar rujuk kawan-kawan, kali ini giliran saya pula...masalahnya, saya rasa saya pun masih perlu dibimbing, camne pulak nak bimbng orang lain ni. Harapnya semua akan ok aje.
No comments:
Post a Comment