Tuesday, June 14, 2011

Back to our routines

Anak sape la ni

Minggu ini bermula kembali rutin harian saya, Enche Suami dan Dzariff selepas 2 minggu bercuti. Tapi perubahan yang tak best adalah kegemaran Dzariff yang suka jerit-jerit high pitch yang sebelum ini dah semakin berkurang, dah kembali semula. Bingit telinga dengar dia menjerit bila kemahuan tak dituruti. Terutama bila taknak buat exercise dan sengaja nak tarik perhatian kami. Apa nak buat ni, saya bertanya kepada cikgu CVC dan ibu-ibu di sana. Jawapan mereka, budak-budak ini, selalunya kelakuan berulang-ulang mereka akan kembali terjadi selepas 'sembuh' buat beberapa lama. Kemudian akan hilang semula. Macam tu lah lebih kurangnya. Jadi kata kuncinya ialah BERSABARLAH WAHAI MAMA DZARIFF. Sentiasa ingatkan/marah lembut/marah betul/babab sekali sekala bila dia mula perangai jerit-jerit pekak telinga kita ni. Harap-harap janganlah episod jerit-menjerit ala-ala tarzan ni berpanjangan.

Hujung minggu lepas, tempahan baju melayu Dzariff dan suami dah siap. Dah ambil dan belikan samping sekali. Dzariff pun saya tempahkan jugak sebab selalu tension cari baju melayu yang ngam saiz dia...RM60 jugak upah baju budak. Tinggal lagi t-shirt dan seluar aje yang belum. Sikit-sikit prepare untuk raya. Tak terasa sangat nanti.

No comments:

Post a Comment