Beberapa hari ni, saya ada membaca beberapa blog. Ada yang ditulis oleh ibu yang mempunyai anak-anak normal dan ada yang punya anak-anak istimewa dari pelbagai ketidakupayaan fizikal mahupun mental. Tapi, saya tak tahu la kenapa... ada menyentuh tentang kanak-kanak autisme. Kenapa yek?? Memangla tak ada yang kutuk atau hina anak autisme, tapi gini la lebih kurang yang menyebabkan saya terkecik hati secara tiba-tiba (saya tahu saya memang tak patut kecik hati...). Mereka bercerita pasal school anak masing-masing. Tapi yang saya terkecik hati tanpa sebab ni apabila ada yang menulis tentang kehadiran anak autisme (yang macam teruk dan sangat slow progress dan keupayaan fokus (ini tafsiran kepala otak saya yang tetiba sensitif)) yang ada di school tersebut. Even yang tukang komen pun, bila sebut tentang ketidakupayaan budak autisme pun saya jadi ....
OK! Memang tak patut saya pikir gini...tapi i can't help it!!
Semalam saya pun pot pet kat Enche Suami, betapa saya sedih, kenapalah anak autisme ni orang label macam dah tak boleh nak buat apa-apa lagi...dah takde harapan lagi ke? Saya sangat-sangat tak percaya bila senang aje orang boleh buat kesimpulan tanpa kenal dan lalui kehidupan kanak-kanak autisme. Saya tahu ini kerana Dzariff saya bermula dengan keupayaan kanak-kanak berusia 18-24 bulan sewaktu pertama kali membuat assessment semasa usianya 3 tahun 4 bulan. Dari semuanya sukar untuk anak autisme saya, kami sama-sama bertatih, berlatih dan bekerja kuat. Jangan dikira berapa banyak masa, duit, tenaga dan air mata yang dihabiskan....Hasilnya setahun kemudian, Dzariff sudah jauh berubah. Motor skills sudah sama seperti kanak-kanak sebaya, tangan sudah boleh memegang pensel, mewarna dan mula menulis. Walaupun apa yang dicakapnya tak seperti kanak-kanak lain, tapi saya faham dan dia sudah mula imitating apa yang saya cakap..walaupun selalunya bunyinya melencong. Dzariff seorang survivor, dia kuat dan dia tahan diuji dan saya harap dia mewarisi sifat komited saya dan kreativiti papanya. Dan dari pembacaan saya, ramai jugak dewasa autisme yang menjadik orang dan dikenali ramai. Einstein pun autistic, Lee Kuan Yew pun autistic tapi tengok apa yang jadi pada Singapore....hebat!!
Janganlah melabel anak autisme...saya bercakap mewakili Dzariff, Abil, Zafir, Irfan, Aleesya, Megat Jr, Dominic, Wadi, Hariz dan semua anak autisme yang ada di muka bumi Allah ini.
Abil and Dzariff swimming together gether... (Kak syida...i tepek gambar anak-anak kita kat sini yek) |
Di sebalik muka blur, unacceptable behaviour, jerit-jerit, jalan sini sana, tak boleh fokus mereka, Allah dah anugerahkan satu bakat yang paling berharga dan sekiranya dapat diberi peluang dan dilatih dengan baik, pastinya boleh dijadikan sumber rezeki mereka nanti dan siapa sangka..mungkin jadi yang terbaik melebihi manusia yang dikatakan normal seperti saya ini. Saya yakin itu!!
Saya masih mencari kelebihan dan kecenderungan anak saya. Sekarang, apa yang saya buat adalah mendedahkan Dzariff dengan segala-galanya. Semoga satu hari nanti minatnya akan terserlah dan apa yang saya dan suami akan buat...segala-galanya untuk membantu anak autisme yang kami cintai ini.
i like this post..straight from the heart.
ReplyDeletedila, i feel u. May Allah bless the children. as for us (the parents), dont gv up...educating the public is part of our 'duty' and BLOGGING is certainly one of the effort. keep it up! Autism is AWESOME...wait till they see how our children blossom! :)
begitu lah....bila yang seringnya 'berkata' itu....ada ketika nya tidak mendengar apa yang 'dikatakan'....sehingga lah bisa jua tercuit hati dan minda...makhluk biasa seperti yang lain jua...
ReplyDeletemeski pun sedayanya berbaik sangka sesama makhluk....akan seringnya tewas pabila melibatkan yang tersayang....dan yang menyayangi....
namun pabila memilih berbaik sangka dengan Allah S.W.T....hati bisa tenang...kerana sedar yang saling membezakan antara yang teruji dengan yang diuji...di sisi-Nya...adalah iman dan taqwa....
semoga Allah S.W.T mempermudahkan urusan dunia akhirat....buat tiap hati yang teruji dan diuji....aminn
ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam....
Dah tau kenapa kecik hati...lepas beberapa hari, "bespren" ku sampai!
ReplyDelete