Monday, February 14, 2011

Satu pagi di hari cuti Maulidurrasul

Pagi ini, kami berkonvoi lagi ke Simpang Renggam. Ke rumah Apek Soon, tukang urut si Dzariff. Sangat meriah kali ini kerana kami berkonvoi bersama 4 buah keluarga lain. Kak Syida & Abil satu keluarga, Kak Ros & Irfan satu keluarga, Kak Nazlin, Farik & Zafir dan Kak Zara& Irfan sekeluarga. Semuanya punya satu similarity...kami punya anak autisme dan kami sedang berusaha mencari jalan "memulihkan" anak kecintaan kami ini. Tempat berkumpul ialah Tol Simpang Renggam dan selepas itu, Enche Suami mengetuai konvoi ke rumah apek. 

Kali ini, sesi urut dimulakan dengan Abil sebab dia yang paling behave, diikuti dengan our 2 Irfans, pastu barulah Dzariff and last sekali si Zafir Khan. Dzariff ada jugak buat cubaan melarikan diri dan mula nak nangis tapi better than hari Ahad lepas. Yang paling hero ialah Zafir Khan. Sampai 3 orang pegang baru boleh urut. Abinya, Farik, pegang tangan, uminya pegang punggung dan saya pegang kaki. Satu jam berada di rumah apek, kami pun beransur pulang. Kak Syida dan Kak Zara terpaksa terus pulang ke JB. Jadi kami 3 keluarga singgah makan pagi.. sedap!! And thanks to our Farik Khan yang menaja makan pagi kami hari ini. Mommies...Ahad ni kita pegi lagi yekk! 

4 comments:

  1. Mudah2an usaha ni berbaloi baloi..Amin! :)

    ReplyDelete
  2. mcmne ye address ke umah mr soon?nak ikhtiar jugak..anak saya pun autism..

    ReplyDelete
  3. untuk alamat, sila pm cik dila..

    siti fairose, awak tinggal di mana? johor jugak ke? kalau nak direction lengkap(sbb susah nak cari kalau ikut alamat), email saya di syahidayep@gmail.com :)

    ReplyDelete
  4. siti fairose:
    aiseyymann...camno boleh tak perasan comment u ni...takyah ikut alamat, rasanya posmen aje yang dapat cari alamat tu. memang takde signboard nama jalan pun. sila e mail syahida tu...dia siap buat landmark lagi..dah ala-ala GPS dah notes dia tu

    ReplyDelete