Wednesday, March 30, 2011

Selsema batuk datang lagi...

Dzariff batuk lagi dan selsema juga...haihh...kesian teddy mama! Tido malam pun terganggu kerana batuk yang berterusan dan akhirnya muntah di atas katil. Dia hanya lena selepas mama sapukan minyak angin di dada, belakang dan tapak kaki. Air cond pun kena off...kipas perlahan aje. Hari Ahad lepas dah bawanya ke klinik, masa tu selsema mula nak nampak-nampak ada. Hari ini, selepas selesai EIP, saya bawanya pulang ke rumah. Ponteng sesi SIP, Dzariff perlu rehat. Esok pun tak ke CVC kerana papanya perlu menghadiri mesyuarat di Putrajaya dan kebetulan esok ada terapi air. A big NO-NO for this time being. Swimming class dengan Coach Benny pun kena tangguh lagi sehingga dia sihat sepenuhnya. Cuaca di JB juga penyebab ramai anak-anak dijangkiti selsema dan demam. Panasnya semacam aje...dan bila memandu saya perhatikan daun-daun di atas jalan berterbangan aje. Saya risau bila dia tak sihat (semua mak risau bila anak sakit)...makan kurang, susu aje yang jalan. Kurusla anakku nanti..huhuhu! Get well soon baby..mama loves you!
Jom tengok bawah hidung ada apa..jeng jeng jenggg!

Friday, March 25, 2011

Kebanggaan kami

Suatu ketika dahulu, usai kelahiran cinta hati kami, saya selalu bangga kerana anak ini sering kali dipuji kecomelan, kegebuan dan kemolekan parasnya. Hari-hari meniti usia kanak-kanaknya, saya masih berbangga dengan perkembangannya dari masa ke semasa. 




Namun, bila dia disyaki penghidap autisme, saya jadi buntu. Tiada lagi perasaan bangga..hanya ketakutan dan kegusaran mampukah kami menghadapi ujian Allah yang satu ini. Hari-hari yang dilalui kelabu, tiada perkara lain yang dibincangkan melainkan autisme. Setiap kali memeluknya dan mendodoikannya, saya rasa buntu. Dan seperti boleh membaca isi hati saya, anak ini juga buntu.


Mujur Allah membukakan jalan yang perlu kami lalui. Diberinya satu ujian, kemudian didatangkan pertolongan dan bantuan dari insan-insan yang tak pernah saya kenali. Diberikan kami keluarga dan kawan-kawan tak lupa juga majikan yang sangat memahami dan supportive. Percayalah...janji Allah itu benar. Dia tak akan menguji hamba-Nya melainkan mereka yang mampu menerimanya.  Bersama suami, kami menerima ketentuan Allah terhadap anak ini. Seperti tulisan Mama Jie-Rayyan, Dzariff telah menyanggupi perjanjian dengan Allah di Loh Mahfuz, dia dilahirkan dengan keadaan autisme. Kami juga telah menyanggupi perjanjian menjadi ibubapa dan melindungi anak ini semenjak roh kami ditiupkan dalam rahim ibu dahulu. 


Dan hari ini, saya war-warkan kepada dunia, saya sangat berbangga dengan Ahmad Dzariff Imran kami. Walau apa pun dia...inilah kebanggaan dan kesayangan saya. Dan saya bersyukur kerana punyai zuriat ini, takkan merungut atau berharap mahukan anak normal lain..kerana hadir dirinya adalah sejuta kali lebih baik dari ketiadaannya dalam hidup mama ini. Dapatlah mama dan papa merasai indahnya perasaan punyai zuriat sendiri, menyentuh kulit, membesarkan, mendidik dan menyayanginya sampai ke hujung nyawa kami. Semoga hari-hari kami dipenuhi warna-warni...amin!!!!

Sunday, March 20, 2011

Gara-gara Blackout

2 malam lepas, kawasan rumah kami blackout disebabkan beberapa kabel di pencawang Tampoi meletup dan terbakar. Tengah syok-syok peluk-peluk teddybear nak tido, tetiba gelap gelita...takpelah ingatkan kejap aje. Masa tu dah pukul 1 pagi. Tup-tup dah tertidor walaupun tak berapa selesa. Pukul 4 pagi tersedar, masih takde letrik lagi, Dzariff dah merengek gatal kena gigit nyamuk. Sambil Enche Suami kipaskan anak teruna dia pakai surat khabar, saya call TNB. Dan diberitahu akan dapat dipulihkan 3-4 jam lagi....haaaahhhh!!! Pingssaannn!!


Keadaan dalam bilik tidor dah semakin panas, jadi Enche Suami angkat tilam bujang dalam playroom Dzariff dan toto, bentangkan kat beranda. hihihihi....macam camping pulak. Kenkonon nak tido, tapi gangguan nyamuk, bunyi kereta, bunyi anjing menyalak membantutkan ops lelap. Saya memang tak boleh tido sebab Dzariff tak tido, takut dia panjat beranda pulak. Enche Nazri sempat gak lelap kejap. Dah masuk waktu Subuh, solat dulu. Tapi elektrik still takde..pukul 7 lebih, Enche Nazri ajak Nazri Junior pegi beli sarapan, sambil memberi laluan saya tido kejap. Dah ngantuk sangat, saya terus zzzz....sedar-sedar dah 830 pagi, letrik dah ada, sarapan dah ada...saya ajak  Dzariff tido and kami semua tido sampai pukul 12 tengah hari tanpa makan sarapan ...sungguh melampau, nasib baik cuti sekolah!

Thursday, March 17, 2011

Kisah Speech Therapy

Latest news from Speech Therapy progress. 

Dzariff sudah mula bercakap, imitate apa yang Teacher Fatimah cakap, involves well dalam all activities...dan saya dan Enche Suami sudah senyum sampai ke telinga melihat gelagatnya dalam sesi petang tadi. Ada words yang perfectly clear disebutnya, ada yang dia sebut terang di bahagian depan atau belakang sahaja. Tak kesahla...janji dah mula nak cakap-cakap. 

Teacher Fatimah kata he is picking his words, slowly but steadily increased. Hurrraaayyyyy!!!! 

Anak saya dah mula nak bercakap...waaahhhh....seronoknya!! Dekat 5 tahun saya tunggu ...Alhamdulillah, Allah dengar doa hamba-Nya ini, setiap kali lepas solat, kalau nak cepat sangat, terlupa doa untuk diri sendiri, tapi mesti ada doa supaya anak saya dapat bercakap dan belajar dengan baik. Lepas ni, kami mesti kerja lebih kuat untuk galakkan Dzariff bercakap dan gunakan perkataan yang betul. Teacher Fatimah kata, bukan sahaja Dzariff belajar sebut perkataan, tapi juga kena elaborate perkataan tu. Kanak-kanak boleh menyambung ayat bila dia dah tahu 20-50 perkataan yang bermakna. Bila kita selalu latih, lama kelamaan semua perkataan yang disimpan dalam CPU Dzariff akan lengkap dan kemudian keluarlah ayat-ayat.

Chaiyok Dzariff, Papa and Mama!! We can do this!!

Tuesday, March 15, 2011

Papaku pulang dari Kota!


Yahooooo!!!!!
Enche Suami sudah balik.....lalalalalala....dan Dzariff tak tantrum-tantrum lagi!! 
Pandai aje dia ni...bila takde papa terus naik tocang, macamlah dia yang jadik Big Boss!!
Sekarang the real Big Boss dah balik, so awak jadik Tuan Kechik baliklah ye....
Jangan nakal-nakal, jangan main air sampai basah baju, jangan jerit-jerit macam nak pecah rumah
Nanti Tuan Besar marah!!

 


Hello Doctor Part 3

Hari ini Dzariff ada temujanji di Klinik Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja di Kempas. Kami tiba lewat sekitar  jam 9.30 pagi. Orang penuh klinik dan Dzariff memang tak selesa. Jadi dia duk menjerit-jerit memaksa saya bawanya keluar dari klinik. Saya tahu dia tak suka dengan kawasan yang tertutup dan tempat baru. Hampir 10.15 pagi baru kami dipanggil masuk. Tapi hanya berjumpa dengan MA sahaja kerana Dr Fara ada pesakit lain dan Dr Ramli tiada di klinik. Dalam bilik rawatan, Dzariff terus-terusan menunjukkan angin tensionnya. So saya kata kat MA tu cut short aje la..dan juga memaklumkan sudah 3 bulan saya hentikan dose Ritalin. Saya tak mahu Dzariff terus mengambil ubatan, lagipun keadaannya sudah terkawal dengan bantuan guru-guru TEC dan CVC. Namun bimbang juga sebab dia naik angin kat klinik tu. MA tanya, bolehkah saya kawal perangai dan tantrum Dzariff? Saya jawab boleh, Insya Allah. Lepas tu kami keluar ke tempat pendaftaran, dan automatik mood Dzariff pun bertukar...lebih selesa dan friendly balik. MA kata...memang dia tak suka bilik tu yek (normalla bagi autistic kids tak suka kawasan baru dan tertutup...dia rasa "lemas"). Jadi dose Ritalin dihentikan sehingga suatu masa nanti bila Dzariff perlukannya balik. Sebelum balik, Dzariff pun salam dengan semua nurse dan MA tadi...semua pun gelak dan cubit pipi Dzariff...haaiiihhh....bila menjerit, boleh pekak telinga dibuatnya. Selepas tu, bawa Dzariff ke kedai mamak, pekena roti canai dan teh tarik sebelum pulang ke rumah. 

Sunday, March 13, 2011

Dalam hati ada rindu...

Saya sedang rindu orang ni....lambatnya esok. 
Encik Ahmad Nazri, silalah cepat-cepat balik.....




Budak ini selang sekejap panggil papa/fafa semalam......dia nak tido pun susah.

** Encik Nazri pegi Sarawak untuk mesyuarat Malam Gala Kesenian Sekolah Seni. 2 malam aje....**

Friday, March 11, 2011

Tsunami di Jepun!

Sebaik sampai ke rumah dari OT Dzariff, Enche Suami terus bukak pintu dan cakap ada gempa bumi kat Jepun. Dan tsunami...ALLAH! Yang terbayang di kepala saya adalah kawan sekelas, sepermainan, sepembelajaran di MRSM, Fariz Ali a.k.a BAKAP. Fariz di sana bersama keluarganya melengkapkan pengajian phD. Rasanya dalam kelas Eimran kami tu dia seorang sahaja yang terlebih rajin melanjutkan pelajaran sampai phD. Saya ...habis degree...kerja...kahwin..ada cik mamat tembam....terus rasa malas nak belajar lagi. Sudahnya duk la suh Enche Suami sambung phD, tapi dia pun malas.

Berbalik pada Fariz, katanya (melalui FB) dia berada di tingkat 8 semasa kejadian gempa berlaku. Yang paling teruk setakat dia berada di Jepun. Habis buku, laptop, printer bertaburan ke lantai. Dia cuba menghubungi isteri dan anak-anak di rumah tapi talian telefon terputus. Sudahnya, suami isteri ini berkomunikasi di wall FB sahaja. Nasib baik internet ok. Fariz dah berada di rumah bersama anak isterinya semasa post ini ditulis. Semoga semuanya ok sahaja di sana.

Inilah adik beradik saya selama 2 tahun di MRSM PC(1996-1997). Fariz yang pakai kopiah putih tu. 

Kata suami, dalam berita tadi, ombak tinggi dijangka sampai ke Sabah pukul 6 petang ni. Saya harap tiada apa-apa yang buruk berlaku. Bencana tsunami ini sungguh menakutkan. Rumah saya terletak berhampiran Sungai Danga...tetiba saya bagitau suami, ok ke tempat kita ni. Ke nak pack barang lari tempat lain? Adoiii....mama nih...apesalla pikir bukan-bukan? Harap-harap kita semua selamat...amin!!

Tuesday, March 8, 2011

Projek Mega Cuti Sekolah

Hari ni dah Rabu, esok Khamis dan lusa Jumaat. Lepas tu sekolah akan mula bercuti selama 1 minggu. Tapi tidak untuk saya..huh! Sabtu dah mula Kem Matematik dan Ahad pula Kem Matematik Tambahan. Saya perlu hadir ke sekolah untuk kedua-dua kem. Apa nak buat...sayalah guru matematik, sayalah juga guru matematik tambahan. Tak apalah..redha saja..asalkan ada manfaat untuk anak pelajar saya. Mungkin ini kem terakhir untuk saya berbakti di sekolah ini. Tahun depan rancangnya untuk bertukar ke sekolah baru berhampiran dengan CVC dan rumah kami. 

Appointment Dzariff pun full sepanjang cuti sekolah. Isnin pagi OT, Selasa pagi Child Psychiatrist, Khamis petang ST dan Jumaat pagi audiologist. Sekarang, ada anasir subversif dalam kepala saya mencadangkan ST dengan audiologist nak cancel...nak bawak Dzariff jalan-jalan jugak. Sebenarnya mama yang dah kebosanan dengan rutin harian, perlu keluar JB sekejap supaya insanity saya tetap mantap. Tengokla dulu macam mana...teringin ke KL berjumpa dengan Kak Marina, Anis Safraz dan Denise Sia. 

Saturday, March 5, 2011

Ops mengejut!

Fuyoooo....lamanya tak update blog. Saya sibuk buat soalan exam/malas/selalu tangguh kerja and etc.
Hari ni sungguh best! Sebab tak yah ke sekolah hari Sabtu. Bulan Februari every Saturday wajib terpacak di sekolah. 

Dari semalam, mata saya asyikla ngantuk. Tengok tv pun boleh tidur. Sebab tak plan apa-apa nak dibuat hari ni, saya terbangun lambat. Bukak aje mata dah pukul 9. Subuh gajah la jawabnya. Huhuhuhu....pastu mandikan anak teruna, mandikan mak teruna...bapak teruna kena mandi sendiri. Turun bawah kenkonon nak masak, keluarkan ayam dengan ikan merah nak defrost, tetiba Enche Suami kata jom pegi Simpang Renggam. Pastu terus lunch kat luar. Baik pak enche...saya pun masukkan balik semua lauk dalam peti ais.

Sampai di Simpang Renggam dah pukul 11.30. Makan dulu....sedap! Ikan keli+telur masin+paru goreng cili=marvellous. Dzariff makan nasik (separuh)+kari ayam+ikan goreng. Sekarang dah tak kongsi dengan mama lagi...sebab dia makan banyak (atau mama yang makan banyak). Pastu baru pegi rumah atok Soon. Atok Soon kata ari ni ada 5-6 bebudak CVC (cina) datang dengan satu Melayu...amak dia kurus-kurus...itu budak nanti jadi pandai loooo....(ABIL dengan kak syida la tu..:p)

otw balik, Enche Suami keluar exit Kulaijaya...syok-syok tengok rumah baru orang, airport JB yang dah siap...saya??Sudah membuta di sebelah..kekenyangan boleh la jadik cam ular sawa kejap. Kenkonon petang nak bawak anak teruna swimming, sudahnya swimming atas sofa ajela....hari pun hujan. Esok....??? pegi Simpang Renggam lagi kot....ikut mood Tuan Besar lah. Dia yang kena bawak kereta. I malas nak tekan minyak jauh-jauh ni...