Friday, March 11, 2011

Tsunami di Jepun!

Sebaik sampai ke rumah dari OT Dzariff, Enche Suami terus bukak pintu dan cakap ada gempa bumi kat Jepun. Dan tsunami...ALLAH! Yang terbayang di kepala saya adalah kawan sekelas, sepermainan, sepembelajaran di MRSM, Fariz Ali a.k.a BAKAP. Fariz di sana bersama keluarganya melengkapkan pengajian phD. Rasanya dalam kelas Eimran kami tu dia seorang sahaja yang terlebih rajin melanjutkan pelajaran sampai phD. Saya ...habis degree...kerja...kahwin..ada cik mamat tembam....terus rasa malas nak belajar lagi. Sudahnya duk la suh Enche Suami sambung phD, tapi dia pun malas.

Berbalik pada Fariz, katanya (melalui FB) dia berada di tingkat 8 semasa kejadian gempa berlaku. Yang paling teruk setakat dia berada di Jepun. Habis buku, laptop, printer bertaburan ke lantai. Dia cuba menghubungi isteri dan anak-anak di rumah tapi talian telefon terputus. Sudahnya, suami isteri ini berkomunikasi di wall FB sahaja. Nasib baik internet ok. Fariz dah berada di rumah bersama anak isterinya semasa post ini ditulis. Semoga semuanya ok sahaja di sana.

Inilah adik beradik saya selama 2 tahun di MRSM PC(1996-1997). Fariz yang pakai kopiah putih tu. 

Kata suami, dalam berita tadi, ombak tinggi dijangka sampai ke Sabah pukul 6 petang ni. Saya harap tiada apa-apa yang buruk berlaku. Bencana tsunami ini sungguh menakutkan. Rumah saya terletak berhampiran Sungai Danga...tetiba saya bagitau suami, ok ke tempat kita ni. Ke nak pack barang lari tempat lain? Adoiii....mama nih...apesalla pikir bukan-bukan? Harap-harap kita semua selamat...amin!!

No comments:

Post a Comment