Friday, March 25, 2011

Kebanggaan kami

Suatu ketika dahulu, usai kelahiran cinta hati kami, saya selalu bangga kerana anak ini sering kali dipuji kecomelan, kegebuan dan kemolekan parasnya. Hari-hari meniti usia kanak-kanaknya, saya masih berbangga dengan perkembangannya dari masa ke semasa. 




Namun, bila dia disyaki penghidap autisme, saya jadi buntu. Tiada lagi perasaan bangga..hanya ketakutan dan kegusaran mampukah kami menghadapi ujian Allah yang satu ini. Hari-hari yang dilalui kelabu, tiada perkara lain yang dibincangkan melainkan autisme. Setiap kali memeluknya dan mendodoikannya, saya rasa buntu. Dan seperti boleh membaca isi hati saya, anak ini juga buntu.


Mujur Allah membukakan jalan yang perlu kami lalui. Diberinya satu ujian, kemudian didatangkan pertolongan dan bantuan dari insan-insan yang tak pernah saya kenali. Diberikan kami keluarga dan kawan-kawan tak lupa juga majikan yang sangat memahami dan supportive. Percayalah...janji Allah itu benar. Dia tak akan menguji hamba-Nya melainkan mereka yang mampu menerimanya.  Bersama suami, kami menerima ketentuan Allah terhadap anak ini. Seperti tulisan Mama Jie-Rayyan, Dzariff telah menyanggupi perjanjian dengan Allah di Loh Mahfuz, dia dilahirkan dengan keadaan autisme. Kami juga telah menyanggupi perjanjian menjadi ibubapa dan melindungi anak ini semenjak roh kami ditiupkan dalam rahim ibu dahulu. 


Dan hari ini, saya war-warkan kepada dunia, saya sangat berbangga dengan Ahmad Dzariff Imran kami. Walau apa pun dia...inilah kebanggaan dan kesayangan saya. Dan saya bersyukur kerana punyai zuriat ini, takkan merungut atau berharap mahukan anak normal lain..kerana hadir dirinya adalah sejuta kali lebih baik dari ketiadaannya dalam hidup mama ini. Dapatlah mama dan papa merasai indahnya perasaan punyai zuriat sendiri, menyentuh kulit, membesarkan, mendidik dan menyayanginya sampai ke hujung nyawa kami. Semoga hari-hari kami dipenuhi warna-warni...amin!!!!

3 comments:

  1. Betul ckp Dila tu.. biarla org sekeliling memandang mereka berbeza, cahaya mata kita tetap yang paling istimewa.. Saya dulu pun mcm ragu2 dgn penerimaan diri sendiri. Tp skrg tidak lagi.. Saya bangga dengan permata hati saya Hasif sepertimana Dila terhadap Dzariff..

    ReplyDelete
  2. Jom sama sama bangga dan cintakan anak anak ini.

    ReplyDelete
  3. dila, mmg hidupku penuh WARNA WARNI..sangat happening. Nothing is the same everyday kan?

    ReplyDelete