Hari ini Dzariff ada temujanji di Klinik Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja di Kempas. Kami tiba lewat sekitar jam 9.30 pagi. Orang penuh klinik dan Dzariff memang tak selesa. Jadi dia duk menjerit-jerit memaksa saya bawanya keluar dari klinik. Saya tahu dia tak suka dengan kawasan yang tertutup dan tempat baru. Hampir 10.15 pagi baru kami dipanggil masuk. Tapi hanya berjumpa dengan MA sahaja kerana Dr Fara ada pesakit lain dan Dr Ramli tiada di klinik. Dalam bilik rawatan, Dzariff terus-terusan menunjukkan angin tensionnya. So saya kata kat MA tu cut short aje la..dan juga memaklumkan sudah 3 bulan saya hentikan dose Ritalin. Saya tak mahu Dzariff terus mengambil ubatan, lagipun keadaannya sudah terkawal dengan bantuan guru-guru TEC dan CVC. Namun bimbang juga sebab dia naik angin kat klinik tu. MA tanya, bolehkah saya kawal perangai dan tantrum Dzariff? Saya jawab boleh, Insya Allah. Lepas tu kami keluar ke tempat pendaftaran, dan automatik mood Dzariff pun bertukar...lebih selesa dan friendly balik. MA kata...memang dia tak suka bilik tu yek (normalla bagi autistic kids tak suka kawasan baru dan tertutup...dia rasa "lemas"). Jadi dose Ritalin dihentikan sehingga suatu masa nanti bila Dzariff perlukannya balik. Sebelum balik, Dzariff pun salam dengan semua nurse dan MA tadi...semua pun gelak dan cubit pipi Dzariff...haaiiihhh....bila menjerit, boleh pekak telinga dibuatnya. Selepas tu, bawa Dzariff ke kedai mamak, pekena roti canai dan teh tarik sebelum pulang ke rumah.
No comments:
Post a Comment