Tuesday, March 8, 2011

Projek Mega Cuti Sekolah

Hari ni dah Rabu, esok Khamis dan lusa Jumaat. Lepas tu sekolah akan mula bercuti selama 1 minggu. Tapi tidak untuk saya..huh! Sabtu dah mula Kem Matematik dan Ahad pula Kem Matematik Tambahan. Saya perlu hadir ke sekolah untuk kedua-dua kem. Apa nak buat...sayalah guru matematik, sayalah juga guru matematik tambahan. Tak apalah..redha saja..asalkan ada manfaat untuk anak pelajar saya. Mungkin ini kem terakhir untuk saya berbakti di sekolah ini. Tahun depan rancangnya untuk bertukar ke sekolah baru berhampiran dengan CVC dan rumah kami. 

Appointment Dzariff pun full sepanjang cuti sekolah. Isnin pagi OT, Selasa pagi Child Psychiatrist, Khamis petang ST dan Jumaat pagi audiologist. Sekarang, ada anasir subversif dalam kepala saya mencadangkan ST dengan audiologist nak cancel...nak bawak Dzariff jalan-jalan jugak. Sebenarnya mama yang dah kebosanan dengan rutin harian, perlu keluar JB sekejap supaya insanity saya tetap mantap. Tengokla dulu macam mana...teringin ke KL berjumpa dengan Kak Marina, Anis Safraz dan Denise Sia. 

3 comments:

  1. dila, kalau x turun cuti ni, turunlah 2 April nanti..Autism walk maa...hehe

    *kalo re-schedule appt audiologist tu takleh ke?

    ReplyDelete
  2. wah busy nyer...
    mama dzariff cikgu math n add math yer..kakak sy cikgu add math n fizik huhu

    ReplyDelete
  3. kak syida: appointment audio tu yang malas nak pegi...sebab belum tentu dzariff nak makan ubat tu and tido...kang sesia aje pegi HSI.

    zura: iye...i ngajar maths dengan add maths aje la yang pandai. kalau suh ajar mende lain...huhuhuhu...ajaran sesat bulihla....

    ReplyDelete