Lasagna yang dihidangkan....sedap!! 2 thumbs up... Amazingly Dzariff nak makan, selalunya dia sangat berkira nak makan di rumah orang. |
Us after 16 years....muka tetap sama...:p |
Sebenarnya ada cerita di sebalik reunion ini...suami Merlyn mencadangkan saya menyambung pengajian sarjana di UKM dalam bidang autisme. Yes!!!!! Peluang yang dah lama dicari-cari, baru sekarang Allah Taala menemukan saya dengan jalan ini. Pelbagai perkara yang dibincangkan termasuk yuran pengajian (semestinya kerana saya sangat memerlukan ongkos untuk pengajian, belanja harian dan yang paling utama, keperluan Dzariff). Enche Suami sangat-sangat menggalakkan saya mengambil peluang ini dan kami juga membincangkan tentang kerjaya saya sekarang. Masih belum ada kata putus, lagi pula saya perlu menyelesaikan banyak perkara sebelum boleh mendaftar (kalau UKM nak terima saya lagi laa) ..perlu berjumpa dengan pensyarah berkenaan dan sebagainya.
Semoga saya dibimbing Allah untuk membuat keputusan yang tepat. Kalau diikutkan hati, dah malas untuk belajar lagi, sudah selesa dengan kehidupan sekarang. Namun, saya kira perlu untuk saya lakukan ini untuk saya lebih memahami dan merancang pendidikan teddy bear kami. Ya Allah, mudahkanlah jalan yang telah Engkau berikan ini..amin!!
singgah sini ;) dah link balik. nanti nak cari masa nak baca entry ni. handsome anak teruna you :P
ReplyDeletedila, nak jugakkkk...macamana nak apply tu?
ReplyDeletein box fb la kak syida
ReplyDelete