Wednesday, December 22, 2010

Hello doctor

Pagi ini Dzariff ada temujanji dengan Pakar Psikiatri Kanak-kanak di Pusat Perkembangan Kanak-kanak dan Remaja. Kami tiba seawal jam 8 pagi dan Dzariff dapat angka giliran yang pertama.

Kali ini, saya dan Enche Suami lebih tenang dan terbuka. Tidak seperti temujanji yang lepas, saya dilanda tsunami dan banjir kilat sebaik Tuan Haji Dr Ramli menulis preskripsi Ritalin untuk Dzariff. Sungguh sedih mengenangkan teddy bear saya terpaksa makan ubat supaya dia boleh fokus dan belajar di tadika. Kali ini, saya telah menerima hakikat ini, dan telah membuat sedikit research tentang Ritalin. Kami mengambil keputusan untuk meneruskan pengambilan Ritalin sehingga masa yang akan ditentukan kelak. Nampaknya, Ritalin memberi kesan positif ke atas Dzariff. Di samping itu, kami tetap akan memberikan Fish Oil dan lain-lain supplement yang sesuai.

Ada insiden yang agak mengganggu saya semasa di klinik tadi. Seorang ibu berlagak ala-ala reporter, kononnya tahu semua perkembangan setiap pesakit dan siap buat komen sendiri dengan suara yang agak kuat. Nampak gaya dia tak hiraukan langsung perasaan ibu bapa dan pesakit lain yang dianggapnya "tak betul"  dan berpenyakit ni.. Ada juga dia bertanya hal Dzariff tapi saya jawab ala kadar saje...malas dengan sikapnya tak reti hormat orang lain. Harapnya saya tak akan terserempak dengan dia lagi lain kali...tak kuasa i dengan mentaliti minah keypoh ni lagi! 

Kemudian, kami ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, ambil borang untuk kad OKU.  Borang masih lagi di atas meja, belum lagi saya isi. Tengoklah malam-malam nanti, bila mood rajin menulis dah sampai. Dr. Ramli pun menyokong niat saya buatkan kad OKU untuk pastikan Dzariff dapat pencen terbitan kami nanti. Katanya, selagi boleh latih Dzariff menjadi senormal kanak-kanak biasa, simpan saje kad itu. Gunakan bila tiba masanya nanti...itulah rancangan saya dan Enche Suami

4 comments:

  1. dila, JKM jb kat mana ye? akak dulu buat kad Abil di Sel jadi tak pernah tau ofis JKM jb tang mana...

    fish oil tu bagus tau. start bagi dzarif cepat2. akak potong dua kapsulnya dan bagi dalam sudu, sbb Abil tak pandai menelan.

    ReplyDelete
  2. JKM JB kat bangunan KWSP tingkat 6. fish oil tu dila masukkan dalam air jus dia..takkan telannya kalau letak atas sudu..ubattt!!!

    ReplyDelete
  3. been here for the first time darling.
    sorryla lambat sikit.
    normally,
    from dec-april adalah waktu keje "high presure" saya. Jadi mungkin tak sempat melawat macam bulan-bulan lain la..
    btw, will be here bila ade free time. nak nengok teddy bear.
    eh, kalau ade masa boleh jumpa-jumpa la kan..

    ReplyDelete
  4. Thanks ica...
    start bulan depan, zamri tembol cadangkan buat gathering geng bas sekolah kat JB ni..bolehla join nanti!

    ReplyDelete