Friday, December 24, 2010

Hobi pun sama.....

Sewaktu bangun dari tidur pagi ini, saya rasa sangat pelik. Kenapa?? Sebab teddy bear saya senyap aje...mulut tak riuh rendah seperti biasa, tiada pula aksi wrestling untuk good morning kiss mama and tiada sesi peluk-peluk mama and papa pagi-pagi buta. Saya dan Enche Suami dah rasa pelik semacam aje...demam ke budak ni? Tiba-tiba...kong-kong-kong.....laaaa....dah batuk, dan ada cairan hingus di hidung teddy bear..badan pula terasa dedar sahaja.  Automatik, trip ke KL hari ni terpaksa dibatalkan. Bimbang demam selsemanya makin melarat.




Saya menelefon ayah di rumah Lina, maklumkan tentang rancangan ke KL terpaksa dibatalkan. Kami merancang untuk melawat Kak Shida (kakak ipar saya) yang baru menjalani pembedahan tumor di SJMC dan menyertai family gathering saya di rumah Lin dan Mail sempena ma dan ayah saya datang ke KL. Semuanya kena cancel..

Apa yang teddy bear tengah buat sekarang? Tuuuuuu...tengah makan Milo..mulut comot. Itu kegemaran dia sejak seminggu dua ni. Tapi tak  pulak sembelit. Bila saya beritahu adik beradik saya, semua pakat gelak...dah mama Dzariff masa kecik-kecik dulu pun suka makan Milo ...sama lah dengan anaknya yang seorang ni...hihihihii....

3 comments:

  1. mummy dila, batuk kong2 masih makan milo? haiyaa...memang 'ubat' maa... :)

    ReplyDelete
  2. Dia panjat kerusi, amik sendiri dalam kabinet, bukak sendiri tupperware, makan sendiri...i tak tolong...tolong sorokkan bekas Milo ada laa

    ReplyDelete
  3. iskisk..tu yg susah bila budak dah 'besar' ni..pandai amik sendiri..huhu

    ReplyDelete