Thursday, January 27, 2011

Hati yang tiba-tiba menjadi kecil....

Beberapa hari ni, saya ada membaca beberapa blog. Ada yang ditulis oleh ibu yang mempunyai anak-anak normal dan ada yang punya anak-anak istimewa dari pelbagai ketidakupayaan fizikal mahupun mental. Tapi, saya tak tahu la kenapa... ada menyentuh tentang kanak-kanak autisme. Kenapa yek?? Memangla tak ada yang kutuk atau hina anak autisme, tapi gini la lebih kurang yang menyebabkan saya terkecik hati secara tiba-tiba (saya tahu saya memang tak patut kecik hati...). Mereka bercerita pasal school anak masing-masing. Tapi yang saya terkecik hati tanpa sebab ni apabila ada yang menulis   tentang kehadiran anak autisme (yang macam teruk dan sangat slow progress dan keupayaan fokus (ini tafsiran kepala otak saya yang tetiba sensitif)) yang ada di school tersebut. Even yang tukang komen pun, bila sebut tentang ketidakupayaan budak autisme pun saya jadi ....
OK! Memang tak patut saya pikir gini...tapi i can't help it!!

Semalam saya pun pot pet kat Enche Suami, betapa saya sedih, kenapalah anak autisme ni orang label macam dah tak boleh nak buat apa-apa lagi...dah takde harapan lagi ke? Saya sangat-sangat tak percaya bila senang aje orang boleh buat kesimpulan tanpa kenal dan lalui kehidupan kanak-kanak autisme. Saya tahu ini kerana Dzariff saya bermula dengan keupayaan kanak-kanak berusia 18-24 bulan sewaktu pertama kali membuat assessment semasa usianya 3 tahun 4 bulan. Dari semuanya sukar untuk anak autisme saya, kami sama-sama bertatih, berlatih dan bekerja kuat. Jangan dikira berapa banyak masa, duit, tenaga dan air mata yang dihabiskan....Hasilnya setahun kemudian, Dzariff sudah jauh berubah. Motor skills  sudah sama seperti kanak-kanak sebaya, tangan sudah boleh memegang pensel, mewarna dan mula menulis. Walaupun apa yang dicakapnya tak seperti kanak-kanak lain, tapi saya faham dan dia sudah mula imitating apa yang saya cakap..walaupun selalunya bunyinya melencong. Dzariff seorang survivor, dia kuat dan dia tahan diuji dan saya harap dia mewarisi sifat komited saya dan kreativiti papanya. Dan dari pembacaan saya, ramai jugak dewasa autisme yang menjadik orang dan dikenali ramai. Einstein pun autistic, Lee Kuan Yew pun autistic tapi tengok apa yang jadi pada Singapore....hebat!!

Janganlah melabel anak autisme...saya bercakap mewakili Dzariff, Abil, Zafir, Irfan, Aleesya, Megat Jr, Dominic, Wadi, Hariz dan semua anak autisme yang ada di muka bumi Allah ini. 


Abil and Dzariff swimming together gether...
(Kak syida...i tepek gambar anak-anak kita kat sini yek)

Di sebalik muka blur, unacceptable behaviour, jerit-jerit, jalan sini sana, tak boleh fokus mereka, Allah dah anugerahkan satu bakat yang paling berharga dan sekiranya dapat diberi peluang dan dilatih dengan baik, pastinya boleh dijadikan sumber rezeki mereka nanti dan siapa sangka..mungkin jadi yang terbaik melebihi manusia yang dikatakan normal seperti saya ini. Saya yakin itu!!

Saya masih mencari kelebihan dan kecenderungan anak saya. Sekarang, apa yang saya buat adalah mendedahkan Dzariff dengan segala-galanya. Semoga satu hari nanti minatnya akan terserlah dan apa yang saya dan suami akan buat...segala-galanya untuk membantu anak autisme yang kami cintai ini.  

Wednesday, January 26, 2011

3 Kaki Ponteng Part 2

Pagi-pagi buta lagi kami dah bersiap ke HSI. Lepas mendaftar, kami terus ke Klinik Audio. Semalam Dzariff tido pukul 230pagi dan bangun pukul 630 pagi. Sebab nak suruh dia mengantuk amat di hospital nanti. Dzariff kena makan ubat tido..tapi sebab dah sedia maklum cik mamat ni sangatlah susah nak telan ubat, maka saya pun taruk dalam air susu kaler pink. Start pukul 9 sampai pukul 12....TAK TIDO PUN!!!!!!!!!!!!!!!!




Ada muka ngantuk ke???

GRrrrrrrrrrrrrrrrrrr! Sangat geram dan tension. air susu kaler pink pun taknak sentuh sebab tetiba dia terasa ubat. Selalunya saya letak 4-5 jenis ubat pun tak pernah dia kesah...haaaaihh. So hari ni dah jadi mission impossible la gayanya.

Kemudian kami tunggu appointment Enche Suami, banyak prosedur..(leceh betul..). Comfirm sebelah telinganya rosak teruk, yang satu lagi masih boleh dirawat. Syukur..alhamdulillah! Sebenarnya ada problem telinga dari kecil, dia taknak bagitau arwah mak dia. Pastu jadi pulak cikgu muzik, terdedah kepada bunyi-bunyian yang kuat semasa menyertai knsert dan sebagainya. Pastu anaknya pulak suka memekak kat tepi telinga...inilah hasilnya.

Kami lunch di KFC JJ Tebau City. Mama makan twister, papa makan dinner plate and cik tembam makan 6 keping nuggets, fries mama and ayam mama seketul. Lepas tu balik semula ke HSI sebab Dzariff ada ST. Buat 15 minit dah ngamuk-ngamuk sakan sebab nak tido...okla! Cut short ajela.. sementara mama amik tarikh appointment baru, Dzariff lepak kat luar dengan papa...aikss!!!Dah hilang ngantuk pulak!!...Sah..mama, papa dengan ST kena auta dengan cik Ahmad Dzariff Imran. OTW back, jalan jam teruk...taktau kenapa? So kami amik jalan ke swimming pool, pastu keluar ikut Taman Impian Emas. Tu pun dah kena makan jam dalam 45 minit....huhuhu!

Sekarang, Dzariff tgh betul2 ngantuk, mama pun sama. Nak tido la...bye!


Sudah selamat mentidorkan diri 

Tuesday, January 25, 2011

3 kaki ponteng

Hihihihi...bila baca tajuk, saya rasa saya kaki ponteng!! Ye ke?? Taklah! Saya baik...jarang-jarang ponteng kerja..tapi sekali sekala dilanda kemalasan tu biasala...

Esok, kami sekeluarga akan ponteng sekolah dengan izin pengetua masing-masing. Ada temujanji Dzariff dan Enche Suami di HSI. Dzariff akan menjalani hearing test kali kedua di telinga kiri. Kerana temujanji yang pertama dulu, hanya telinga kanan yang diuji. Alhamdulillah, 100% mendengar, bila audiologist nak test telinga kiri, dia pun bukak mata seluas-luasnya. Harapnya telinga kiri pun boleh mendengar sepenuhnya. Ada apa dengan temujanji Enche Suami....?? Ohhh! dia pun harus menjalani pemeriksaan telinga kerana katanya sejak dari kecil sebelah telinganya tidak mendengar sepenuhnya. Jadi saya cadangkan, dia turut menjalani pemeriksaan. Lagipun sekarang ada pelbagai teknologi yang boleh membantu. Sebelah petangnya, Dzariff ada temujanji Speech Therapy pula. Jadi, rasanya kami akan berkampung di HSI dan JJ Tebrau City seharian. Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan ok sahaja..aminnnnn!!!

Cubaan menguruskan badan dengan posing mengiring dan sembunyi di belakang  Enche Suami....hihihi

Wednesday, January 19, 2011

Saya merapu lagi...



Kadang-kadang bila saya rasa penat macam minggu ni, hati ni teringin sangat nak ambil cuti tanpa gaji. Alasannya supaya boleh fokus untuk Dzariff sahaja. Lepas tu, bila fikir balik, saya sebenarnya sangat-sangat suka kerja saya sebagai seorang guru. Perbualan pendek dengan Kak Anisah pagi tadi selepas bersembang dengan Kak Ong pasal permohonan cuti tanpa gajinya yang baru diluluskan untuk jangkamasa setahun lebih...saya rasa saya tak bersedia untuk mengambil cuti tanpa gaji. Sebabnya...saya ni ala-ala hiperaktif jugak...tak boleh duk diam. Pada waktu siang, jadual Dzariff penuh terisi. Bila masa pulak saya nak mengadap dia aje.


Tapi sebenarnya, saya bekerja setiap hari, saya kira adalah satu cara saya lari sebentar dari hal Dzariff dan rumahtangga. Bukan bermakna saya bosan dengan teddy bear dan papa, saya sangat-sangat sayang dan cintakan hero-hero Tamil saya ni. Tapi, saya pun manusia biasa..perlu take a break dan lakukan apa yang saya benar-benar suka. Bila ke sekolah, mengajar anak pelajar saya yang cun dan baik(tak kurang jugak yang ala-ala hantu) dan bersama-sama kawan-kawan guru yang lain, saya terasa my other half terisi, produktif  dan lengkap.

Saya rasa saya lebih rela terkejar-kejar ke sana-sini menyelesaikan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri, ibu dan guru berbanding duduk menunggu Dzariff di sekolah saja. Saya tak sesabar dan setekun beberapa orang ibu yang saya jumpa di CVC yang sanggup berhenti/tidak bekerja semata-mata menemani anak mereka bersekolah walaupun peraturan sekolah tak membenarkan mereka masuk ke bilik darjah. Mereka benar-benar kental semangat dan saya iktiraf mereka sebagai our SUPERMOMMIES. Tabik spring SUPERMOMMIES!

Doa saya semoga saya dapat menjadi isteri yang solehah kepada Enche Suami dan ibu yang terbaik untuk Teddy Bear saya. Walaupun saya tahu jauh lagi gelaran supermama untuk saya (sebenarnya tak pernah terpikir pun...juta-juta orang lagi yang lebih layak), namun saya akan pastikan saya berikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat di sekeliling saya.

Saturday, January 15, 2011

Toilet Training Part 2

Pada malam ini, diisytiharkan Dzariff buang air besar di toilet, yakni duduk di seat dan poo poo nya terus masuk ke dalam toilet bowl, dan bukannya di dalam seluar kecik atau di atas lantai bilik air lagi...

Yahhhhoooo...yabedabeduuuuu!!

Diharapkan, lepas ini dia akan terus buang air besar ke dalam toilet bowl terus dan tidak takut-takut lagi. 

Adakah rupa toilet bowl di rumah saya begini?
Tentu tidak!! Yang ni terlampau cantik, nak membuang pun sayang!

Tapi sebenarnya ada insiden lain, Dzariff terkencing dalam kereta Papa, bukan sekali ye puan-puan...2 kali!!
Kami mengikuti papa ke Saujana Apartment kerana ada potential tenant nak tengok rumah Pak Anjang..parking tak ada, so mama dengan Dzariff tunggu dalam kereta. 

Tiba-tiba mama bau semacam aje..pegang je seluar dia dah basah..haihh!! Mama suruh dia bukak seluar atas seat belakang, bukak aje seluar kecik terus terpancut air kencing seround lagi...hadoooii anakkk! Nasib baik kat bonet kereta ada air buat basuh kencing. Bila papa naik kereta, mama pun ceritala...Nasib baik papa tak marah, dia kata sejuk aircond, Dzariff cepat kencing...hihihihi..Esok kena la operasi bersihkan kereta papa pulak.

Friday, January 14, 2011

Terapi mama!

Bukan Dzariff saja ada sesi terapi, mama pun ada jugak!

Petang ini, sesi OT dibatalkan oleh Teacher Shikin. Insya Allah akan diqada pada hari Ahad ini. Apa lagi, saya terus memberitahu Teacher Anny, Dzariff akan berada hingga ke petang untuk daycare. Sebab...mama nak gi terapi shopping....lalalalala!!!!

Saya ke Sutera Mall dengan Kak Anisah. Plan asalnya, Kak Anisah nak beli handphone baru..so dapatla hpnya..warna kuning...sedondon dengan tudung boleh gitu!

Kak Anisah bersama hp baru kaler kuning dan kereta baru pinjam kaler kuning...matching la!!!

Lepas tu kami ke gerai jualan CVC. Hari ini, anak-anak remaja autisme yang menjalani vocational training di CVC akan mencuba kemampuan mereka untuk membuat dan menjual tart nenas, blueberry tarts dan jus buah-buahan di gerai di Sutera Mall ni. Sungguh seronok tengok remaja autisme ada keyakinan diri walaupun berdepan dengan masalah kesukaran bersosial mereka. Saya dan Kak Anisah pun beli jugak tart nenas dan blueberry tart. Sedap!! Jom la ramai-ramai ke gerai mereka, di Sutera Mall, depan Sen Q, setiap Jumaat (3-9 malam).

Poster berkenaan autisme dan aktiviti yang dijalankan di CVC

more posters

Boleh baca-baca

Baca lagi....

Penat baca, tengok gambar pulak

Gambar lagi

Menu besarrrrr

Blueberry tarts

Pineapple tarts fresh from oven

Tokey kedai...autistic kids tend to have poor eye contact

Madam besar tengah memantau gerai..she and he are also autistic teenagers

Blueberry tarts in the making...

Siap sedulang!!!

Kemudian, saya pun jalan-jalan lagi dan 'terbeli' 2 handbag!!!..hahhahahah..inilah terapi terbaik mama selepas 2 minggu berterapi Dzariff...yeayyyy!!!!
Murah dan besar, boleh masuk laptop saya...harga baru RM89.90 untuk 2 beg. Murahkan papa...:)

Thursday, January 13, 2011

Penatnya jadi mama...

Penat...ya, saya penat. Pagi meredah jalan jam ke sekolah, kemudian berlumba-lumba balik dari sekolah terus ke CVC, buat exercise dengan Dzariff. Kemudian pulang ke rumah, rehat kejap terus bersilat di dapur menyediakan makan malam. Masa saya rehat ialah pukul 9-10 malam sebab saya tengah gila tengok cerita indon "Surga Untukmu" di Oasis. Kemudian siapkan baju untuk esok, kemas-kemas sikit dan ajak Dzariff dan papa tidur.

Semalam Dzariff buat hal. Pukul 130 pagi baru tidur..saya dah naik tension. 2 kali saya popok betisnya..lepas popok, saya rasa bersalah sebab pukul anak..huhuhu..tak baiknya saya. Papa sedap aje tidor...tensionn!! Tapi dia bangun untuk buatkan susu Dzariff, saya salinkan pampers..dan tak lama kemudian Dzariff pun lena. Nasib baik Enche Suami bangun, kalau tak mahu saya menjeruk rasa bengang.

Sekarang, pukul 530 petang, Dzariff tertidor kepenatan...saya tahu dia letih buat exercise, school dari pagi sampai petang. Memang saya kasihankan dia...tapi nak buat macam mana..itu yang terbaik buat masa sekarang. Satu jam lagi saya akan kejutkan dia. Rehat kejap ye baby...malam nanti sambung tido lagi puas-puas.

Saya penat...tapi saya kira ini perlu dilakukan untuk teddy bear..tak apalah saya susah payah sekarang asalkan Dzariff bersekolah. Semoga Allah sentiasa menguatkan hati dan semangat saya untuk mengatasi kepenatan dan kelelahan ini..aminn!

Monday, January 10, 2011

Air oh air......


Dzariff sebenarnya takutkan air. Saya ingat tu...sehingga umurnya mencecah 2 tahun. Kemudian, secara tiba-tiba dia sudah tidak takut lagi. Tiba-tiba sudah sangat gilakan air. Sekarang, bila dibanding-banding dengan kanak-kanak autisme lain, rupanya suka main air memang menjadi kegemaran mereka. Tapi bak kata Kak Syida, bukan kanak-kanak autisme saja sukakan air, kanak-kanak normal dan orang tua pun suka jugak! Jadi, tak pelik dan ajaib la kalau hobi Dzariff ialah suka apa-apa aktiviti berkaitan dengan air kan!! Kot-kot dia nak jadi perenang macam Michael Phelps yang menang 7 pingat emas tu...dan saya pernah diberitahu, Michael Phelps itu juga seorang penghidap autisme. Siapa boleh sahkan??

Papa tengah melatih perenang untuk Sukan Olimpik

Penat berlatih...seperti biasa, mama kategori bagi makan minum atlit  tembam ni.

Dzariff and cousins



First swimming lesson with Coach Benny


More pics...


Kolam renang Kompleks Mutiara Johor Land, Bandar Dato' Onn. Cafe tempat Dzariff pekena roti canai lepas swimming


Swimming with mama kat pool di A' Famosa Resort

Bila nak tanggal arm float? Mama and coach belum comfident lagila...tunggu dulu!

Sunday, January 9, 2011

My new toy

Petang tadi, kami sekeluarga ke Danga City Mall untuk membeli laptop baru untuk saya. Al maklumlah..laptop yang dibeli 2 tahun lepas sudah kong, maka terpaksalah saya merelakan kad kredit saya di swipe. Kalau tak beli lagi susah, awal tahun gini banyak betul kerja nak dibuat....


Ini kotak dia...

Laptop kecik mama...mudah dibawa ke mana-mana
Hasil tangkapan hari ini...RM1299...adess!! sengkek!

Hmmm..laptop comel..saya harap kamu panjang umur ye! Dan selalu bersedia berkhidmat untuk saya!!

Early Intervention Programme dan Sensory Integration Programme

Sudah 2 hari Dzariff menghadiri kelas EIP dan SIP di CVC. Maknanya sudah 2 hari jugalah Enche Suami kena sediakan lunch Dzariff dan 2 hari itu jugalah saya kelam kabut ke CVC sebaik tamat waktu persekolahan. Nasib baik juga PK1 membenarkan saya pulang 15 minit lebih awal supaya tidaklah saya memecut bagai nak rak setiap hari. Jadual waktu saya sebenarnya ada 3 hari yang memerlukan saya pulang tepat jam 2.30 petang. Namun, saya sudah menukar jadual waktu dengan kawan-kawan lain yang sangat memahami dan supportive. 

Sesi EIP dan SIP sangat penting untuk anak autisme saya dan anak-anak istimewa lain. Kerana anak-anak istimewa selalunya menghadapi masalah sensory, fokus dan macam-macam lagi yang sebenarnya tak pernah menjadi masalah untuk kanak-kanak normal lain. Sebab itulah, seboleh-bolehnya sesi ini diadakan di awal usia kanak-kanak istimewa. Dengan itu, anak-anak istimewa akan boleh belajar seperti kanak-kanak normal lain.

Dzariff nampaknya ok di CVC. Sesi SIP juga berjalan lancar dengan bantuan guru-guru di situ. Kesian jugak kat Dzariff, kepenatan sebab latihan fizikal yang perlu diselesaikan sebanyak 15 jenis. Setiap jenis mesti buat 20-40 kali. Lompat atas trampolin aje lebih 100 kali. Untuk sesi EIP, Dzariff diajar oleh Teacher Angeline. Teacher Angeline kata he is doing fine. Mungkin sebab dah biasa dengan OT dia, Teacher Shikin.

Balik ke rumah, saya akan rehat sekejap sambil tengok TV. Lepas tu mula siapkan dinner. Pukul 6 lebih dah boleh dinner. Lepas tu mandikan dia, baca buku kejap, TV, main, dan pukul 10 tido time. Sekarang masuk tido pun dah cepat, siang tak tido punya pasal. Dia pun dah tak bangun pukul 3 pagi lagi...tido sampai esok pagi. Kadang-kadang papa kena angkat masuk dalam kereta. Dah tak buat exercise kat rumah, rasanya di CVC dah cukup dan lebih banyak berganda-ganda dari yang kita buat kat rumah. Cuma saya perlu melatihnya untuk menulis dengan lebih baik.

Sesi OT dengan Teacher Shikin masih diteruskan once a week iaitu pada petang Jumaat. Itu aje masa yang free, hari-hari lain dah ke CVC. Swimming class dengan Coach Benny pada petang Sabtu. Teacher Shikin dah pindahkan centre kat tempat baru di Taman Impian Emas. Lebih luas dan selesa. Nanti saya ambik gambar banyak-banyak minggu depan.

Wednesday, January 5, 2011

Dzariff's first school

Semasa menulis entry ini, saya terbayang suatu hari nanti, beberapa tahun dari sekarang, Dzariff sudah pandai melayari internet, meneroka segala maklumat dan membaca blog yang ditulis oleh mama ini. Dan hari ini, saya ingin memperkenalkan kepada teddy bear mama sekolah Dzariff yang pertama.


Tadika Elit Ceria, Taman Damansara Aliff, JB

Saya banyak terhutang budi dengan pengetua Tadika Elit Ceria, Puan Anny Kassim. Pertamanya kerana menerima anak saya di tadika ini sewaktu saya kebuntuan mencari tadika yang sesuai dengan anak dan sesuai dengan jadual waktu saya yang perlu menghantar anak seawal jam 6.30 pagi. Keduanya, kerana Puan Anny lah yang telah 'mendiagnos' dan mengesahkan secara tidak rasmi teori saya bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada Dzariff. Ketiganya, Puan Anny jugalah yang memperkenalkan saya dengan OT Dzariff, iaitu Shikin dan instructor swimming iaitu Coach Benny. Anny jugalah yang mencarikan air penawar untuk Dzariff...dan Anny lah tempat saya mengadu itu ini mengenai kegusaran dan kerisauan saya tentang Dzariff. Dan yang paling penting sekali, Teacher Anny inilah juga yang tidak pernah mensisihkan Dzariff sewaktu dia disahkan penghidap autisme, sentiasa memastikan Dzariff sentiasa ok di tadika dan sayangkan anak bujang saya ini. Begitu banyak sekali jasa seorang Anny Kassim yang tiba-tiba dipertemukan dengan saya oleh Allah Taala. Dan sewaktu menulis entry ini, air mata saya jatuh lagi mengenang kebaikannya terhadap keluarga kecil saya. Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas segala budi baiknya terhadap keluarga saya dan saya mendoakan semoga beliau dan keluarganya akan sentiasa bahagia, dilindungi Allah dan saya mendoakan anak-anaknya akan menjadi insan-insan yang berguna dan terpuji.

Teacher Anny(bersari merah) dan Teacher Anis (class teacher Dzariff tahun ini).

Fun Class 2010


Dzariff and teacher Nawal. She is soooo mummy!

My hero!

Wonderful teachers a.k.a powerpuff girls!!!

Guru kelas pertama Dzariff, Teacher Nawal juga sangat baik dan sayangkan teddy bear mama ini. Orangnya sangat cantik!! Dan saya tahu di sebalik kesukaran Dzariff untuk fokus dalam pelajaran, Teacher Nawal inilah yang banyak berusaha sehingga Dzariff banyak berubah semenjak setahun berada dalam kelasnya. Kemudian, ada Teacher Sue, Teacher Eira yang menjaga Dzariff sewaktu day care. Apa yang saya sangat pasti, walaupun Dzariff belum boleh bertutur, namun dia sangat-sangat sayangkan teacher-teacher semua. Kerana setiap kali sebelum balik, sewaktu dia memeluk teachers, dia akan memeluk dengan kuat dan dia tidak berbuat begitu pada semua orang. 

Terima kasih teachers semua. Jasa teachers semua kepada kami sekeluarga tak akan kami lupakan sampai bila-bila. Dan setiap kali saya berdoa selepas solat, pasti ada secebis doa ikhlas dari saya untuk teachers Dzariff semua. Apabila Dzariff belajar solat kelak, saya akan mengajarnya supaya selalu mendoakan kebahagiaan teachers ..insya Allah!

Tuesday, January 4, 2011

Sekolah baru

Petang tadi saya, Enche Suami dan teddy bear ke sekolah baru Dzariff. Sekolah ini adalah sekolah istimewa khas untuk anak autisme. Kami menunggu selama 3 bulan (waiting list) sebelum dipanggil untuk screening dan assesment sebelum kami diterima masuk.

Sebelum cuti sekolah tempohari, saya telah membayar beberapa yuran, jadi hari ini cuma perlu bayar yuran untuk bulan Januari, deposit, duit T shirt dan stopwatch. Jadi hari ini RM814 terbang lagi melayang-layang. Tak apa la...ini semua untuk pendidikan Dzariff. Saya dan Enche Suami sudah sepakat, untuk pendidikan Dzariff, semuanya bisa ajaa....

Esok bermula jadual waktu baru, menghantar Dzariff ke Tadika Elit Ceria. Tengahari, Enche Suami akan ambil Dzariff dan bagi lunch, kemudian hantar ke CVC. Sebaik sahaja saya habis sekolah, saya pula berkejar ke CVC untuk S.I. Suami akan kembali ke sekolahnya sebaik sahaja selesai hantar Dzariff ke CVC. Harap-harapnya semua berjalan ok!

Monday, January 3, 2011

Hello Doctor Part 2

Hari ini saya membawa Dzariff berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak sekali lagi. Saya suarakan tentang kerisauan saya mengenai dose ritalin yang ditambah sewaktu kunjungan ke doktor yang lalu. Tapi kali ini saya berjumpa dengan Dr Fara kerana Dr Ramli bercuti. Dr Fara adalah doktor yang pertama mendiagnos Dzariff menghidap autisme. Hasil perbincangan kami, dose Ritalin mesti diturunkan sebagaimana asal, dan Dr Fara menasihatkan saya supaya memastikan masa Dzariff dipenuhi aktiviti-aktiviti untuk mengelakkannya dari berangan (corner eyes). Saya keluar dari klinik dengan hati yang sungguh lega...sesungguhnya Ritalin ini sangat mengganggu saya, namun kesan positifnya memang ada. Saya berharap agar suatu hari nanti, Dzariff dapat 'melepaskan diri' dari Ritalin dan berupaya untuk fokus dengan sendirinya. Insya Allah...amin!

Petang nanti, saya dan Enche Suami akan ke CVC untuk urusan bayaran yuran dan membeli baju. Lagipun harus berkenalan dengan cikgu yang akan menguruskan Dzariff di sana nanti. Esok, bermula jadual baru bagi kami sekeluarga. Semoga semuanya okey okey sahaja!

Saturday, January 1, 2011

Bibik Sdn Bhd

Good morning!! sila abaikan time post ini ditulis yang terpapar kat bawah tu. Saya pun taktau kenapa time tu lain bebeno dengan time sebenar. Esok dah mula sesi persekolahan 2011. Hari ini saya dilonggokkan dengan kerja yang sangat banyak. Salah siapa? Salah diri sendiri la, siapa suruh malas-malas, tangguh-tangguh kerja. Hari ini, saya kena iron stok baju kerja dengan baju sekolah Dzariff.. total 15 pasang dan 5 helai tudung. Kira bilangan saje dah buat saya semput. Tahun lepas, saya panggil bibik weekend untuk bantu kemas rumah dan iron baju. Satu hari RM50...tahun ni saya berazam nak buat sendiri semua kerja. Bolehla jadik exercise dan jimatkan duit saya. Satu bulan RM 200 tu. Lagi pun kena buat saving banyak-banyak untuk bekalan tahun depan.

Petang nanti, saya kena pegi pasar. OK..yang ni dah jatuh kategori wajibalghunnah. no excuse, no postponed lagi. Saya dah boring makan ayam, telur dan sardin. Nak borong ikan pulak.

Apa saya nak buat sekarang adalah tutup laptop ni, naik atas, kemas-kemas, mandikan Dzariff dan masak lunch, lepas tu nak mulakan operasi di hari yang penuh bersejarah ini!!!

Gambar teddy bear di rumah Mak Long sempena majlis kawin Pak JJ. 2 years old

(Ari ni tulis blog macam nak tulis diari..which reminds me planner 2011 tak isi apa-apa pun...tu satu keje lagi)