Friday, January 14, 2011

Terapi mama!

Bukan Dzariff saja ada sesi terapi, mama pun ada jugak!

Petang ini, sesi OT dibatalkan oleh Teacher Shikin. Insya Allah akan diqada pada hari Ahad ini. Apa lagi, saya terus memberitahu Teacher Anny, Dzariff akan berada hingga ke petang untuk daycare. Sebab...mama nak gi terapi shopping....lalalalala!!!!

Saya ke Sutera Mall dengan Kak Anisah. Plan asalnya, Kak Anisah nak beli handphone baru..so dapatla hpnya..warna kuning...sedondon dengan tudung boleh gitu!

Kak Anisah bersama hp baru kaler kuning dan kereta baru pinjam kaler kuning...matching la!!!

Lepas tu kami ke gerai jualan CVC. Hari ini, anak-anak remaja autisme yang menjalani vocational training di CVC akan mencuba kemampuan mereka untuk membuat dan menjual tart nenas, blueberry tarts dan jus buah-buahan di gerai di Sutera Mall ni. Sungguh seronok tengok remaja autisme ada keyakinan diri walaupun berdepan dengan masalah kesukaran bersosial mereka. Saya dan Kak Anisah pun beli jugak tart nenas dan blueberry tart. Sedap!! Jom la ramai-ramai ke gerai mereka, di Sutera Mall, depan Sen Q, setiap Jumaat (3-9 malam).

Poster berkenaan autisme dan aktiviti yang dijalankan di CVC

more posters

Boleh baca-baca

Baca lagi....

Penat baca, tengok gambar pulak

Gambar lagi

Menu besarrrrr

Blueberry tarts

Pineapple tarts fresh from oven

Tokey kedai...autistic kids tend to have poor eye contact

Madam besar tengah memantau gerai..she and he are also autistic teenagers

Blueberry tarts in the making...

Siap sedulang!!!

Kemudian, saya pun jalan-jalan lagi dan 'terbeli' 2 handbag!!!..hahhahahah..inilah terapi terbaik mama selepas 2 minggu berterapi Dzariff...yeayyyy!!!!
Murah dan besar, boleh masuk laptop saya...harga baru RM89.90 untuk 2 beg. Murahkan papa...:)

2 comments:

  1. hahaha mmg sungguh2 terapi mama ni :)

    ReplyDelete
  2. Mama pun kena enjoy buat terapi anak. Kena ada reward untuk diri sendiri. Terasa macam dila pun autistik gak le..buat apa-apa pun lebih bersemangat bila ada reward..hihi!

    ReplyDelete