Wednesday, January 26, 2011

3 Kaki Ponteng Part 2

Pagi-pagi buta lagi kami dah bersiap ke HSI. Lepas mendaftar, kami terus ke Klinik Audio. Semalam Dzariff tido pukul 230pagi dan bangun pukul 630 pagi. Sebab nak suruh dia mengantuk amat di hospital nanti. Dzariff kena makan ubat tido..tapi sebab dah sedia maklum cik mamat ni sangatlah susah nak telan ubat, maka saya pun taruk dalam air susu kaler pink. Start pukul 9 sampai pukul 12....TAK TIDO PUN!!!!!!!!!!!!!!!!




Ada muka ngantuk ke???

GRrrrrrrrrrrrrrrrrrr! Sangat geram dan tension. air susu kaler pink pun taknak sentuh sebab tetiba dia terasa ubat. Selalunya saya letak 4-5 jenis ubat pun tak pernah dia kesah...haaaaihh. So hari ni dah jadi mission impossible la gayanya.

Kemudian kami tunggu appointment Enche Suami, banyak prosedur..(leceh betul..). Comfirm sebelah telinganya rosak teruk, yang satu lagi masih boleh dirawat. Syukur..alhamdulillah! Sebenarnya ada problem telinga dari kecil, dia taknak bagitau arwah mak dia. Pastu jadi pulak cikgu muzik, terdedah kepada bunyi-bunyian yang kuat semasa menyertai knsert dan sebagainya. Pastu anaknya pulak suka memekak kat tepi telinga...inilah hasilnya.

Kami lunch di KFC JJ Tebau City. Mama makan twister, papa makan dinner plate and cik tembam makan 6 keping nuggets, fries mama and ayam mama seketul. Lepas tu balik semula ke HSI sebab Dzariff ada ST. Buat 15 minit dah ngamuk-ngamuk sakan sebab nak tido...okla! Cut short ajela.. sementara mama amik tarikh appointment baru, Dzariff lepak kat luar dengan papa...aikss!!!Dah hilang ngantuk pulak!!...Sah..mama, papa dengan ST kena auta dengan cik Ahmad Dzariff Imran. OTW back, jalan jam teruk...taktau kenapa? So kami amik jalan ke swimming pool, pastu keluar ikut Taman Impian Emas. Tu pun dah kena makan jam dalam 45 minit....huhuhu!

Sekarang, Dzariff tgh betul2 ngantuk, mama pun sama. Nak tido la...bye!


Sudah selamat mentidorkan diri 

2 comments:

  1. sure penat kan? abih tu papa Dzariff kena buat camana dengan telinga yg bermasalah tu?

    ReplyDelete
  2. Yang rosak teruk tu memang gone la..tak leh buat apa dah!!
    Yang sebelah lagi tu boleh pakai hearing aid. Dia sebenarnya dah ok dengan bunyi perlahan, tapi dia pulak yang mintak ngan dr nak pakai hearing aid...so dia boleh dengar bunyi alat muzik dengan lebih jelas.
    Doctor siap masukkan kamera ikut hidung untuk tengok kot2 kanser..tapi clear takde. so memang masalah telinga..problem dari kecik, dah tua baru nak cari ubat. dah tentulah makin teruk keadaan telinga tu

    ReplyDelete