Monday, January 10, 2011

Air oh air......


Dzariff sebenarnya takutkan air. Saya ingat tu...sehingga umurnya mencecah 2 tahun. Kemudian, secara tiba-tiba dia sudah tidak takut lagi. Tiba-tiba sudah sangat gilakan air. Sekarang, bila dibanding-banding dengan kanak-kanak autisme lain, rupanya suka main air memang menjadi kegemaran mereka. Tapi bak kata Kak Syida, bukan kanak-kanak autisme saja sukakan air, kanak-kanak normal dan orang tua pun suka jugak! Jadi, tak pelik dan ajaib la kalau hobi Dzariff ialah suka apa-apa aktiviti berkaitan dengan air kan!! Kot-kot dia nak jadi perenang macam Michael Phelps yang menang 7 pingat emas tu...dan saya pernah diberitahu, Michael Phelps itu juga seorang penghidap autisme. Siapa boleh sahkan??

Papa tengah melatih perenang untuk Sukan Olimpik

Penat berlatih...seperti biasa, mama kategori bagi makan minum atlit  tembam ni.

Dzariff and cousins



First swimming lesson with Coach Benny


More pics...


Kolam renang Kompleks Mutiara Johor Land, Bandar Dato' Onn. Cafe tempat Dzariff pekena roti canai lepas swimming


Swimming with mama kat pool di A' Famosa Resort

Bila nak tanggal arm float? Mama and coach belum comfident lagila...tunggu dulu!

1 comment:

  1. dila, abg abil kita baru pandai kuak lentang...seronok benar dia mengepak2 dalam air..tapi ni bukan coach ajar..dia buat suka ati mak ayah dia..haha

    ReplyDelete