Tuesday, January 4, 2011

Sekolah baru

Petang tadi saya, Enche Suami dan teddy bear ke sekolah baru Dzariff. Sekolah ini adalah sekolah istimewa khas untuk anak autisme. Kami menunggu selama 3 bulan (waiting list) sebelum dipanggil untuk screening dan assesment sebelum kami diterima masuk.

Sebelum cuti sekolah tempohari, saya telah membayar beberapa yuran, jadi hari ini cuma perlu bayar yuran untuk bulan Januari, deposit, duit T shirt dan stopwatch. Jadi hari ini RM814 terbang lagi melayang-layang. Tak apa la...ini semua untuk pendidikan Dzariff. Saya dan Enche Suami sudah sepakat, untuk pendidikan Dzariff, semuanya bisa ajaa....

Esok bermula jadual waktu baru, menghantar Dzariff ke Tadika Elit Ceria. Tengahari, Enche Suami akan ambil Dzariff dan bagi lunch, kemudian hantar ke CVC. Sebaik sahaja saya habis sekolah, saya pula berkejar ke CVC untuk S.I. Suami akan kembali ke sekolahnya sebaik sahaja selesai hantar Dzariff ke CVC. Harap-harapnya semua berjalan ok!

2 comments:

  1. sekolah baru? tadika elit ceria tu ke dila? bukan dzarif da pegi situ since last year ke?
    RM814 tu masih kira 'sikit' tu cik dila oiii...anyways, untuk anak2, berapa bnyak pun amaun nya MESTI di'bisa'kan..haha

    ReplyDelete
  2. Tadika Elit Ceria tu belah pagi...CVC belah petang. CVC tu special school for children with autism.
    Huhu..814+845..huhuhu...takpela untuk anakku seorang, layan aje la. buat-buat tutup mata dan tutp nasu shopping mamanya...:)

    ReplyDelete