Sudah 2 hari Dzariff menghadiri kelas EIP dan SIP di CVC. Maknanya sudah 2 hari jugalah Enche Suami kena sediakan lunch Dzariff dan 2 hari itu jugalah saya kelam kabut ke CVC sebaik tamat waktu persekolahan. Nasib baik juga PK1 membenarkan saya pulang 15 minit lebih awal supaya tidaklah saya memecut bagai nak rak setiap hari. Jadual waktu saya sebenarnya ada 3 hari yang memerlukan saya pulang tepat jam 2.30 petang. Namun, saya sudah menukar jadual waktu dengan kawan-kawan lain yang sangat memahami dan supportive.
Sesi EIP dan SIP sangat penting untuk anak autisme saya dan anak-anak istimewa lain. Kerana anak-anak istimewa selalunya menghadapi masalah sensory, fokus dan macam-macam lagi yang sebenarnya tak pernah menjadi masalah untuk kanak-kanak normal lain. Sebab itulah, seboleh-bolehnya sesi ini diadakan di awal usia kanak-kanak istimewa. Dengan itu, anak-anak istimewa akan boleh belajar seperti kanak-kanak normal lain.
Dzariff nampaknya ok di CVC. Sesi SIP juga berjalan lancar dengan bantuan guru-guru di situ. Kesian jugak kat Dzariff, kepenatan sebab latihan fizikal yang perlu diselesaikan sebanyak 15 jenis. Setiap jenis mesti buat 20-40 kali. Lompat atas trampolin aje lebih 100 kali. Untuk sesi EIP, Dzariff diajar oleh Teacher Angeline. Teacher Angeline kata he is doing fine. Mungkin sebab dah biasa dengan OT dia, Teacher Shikin.
Balik ke rumah, saya akan rehat sekejap sambil tengok TV. Lepas tu mula siapkan dinner. Pukul 6 lebih dah boleh dinner. Lepas tu mandikan dia, baca buku kejap, TV, main, dan pukul 10 tido time. Sekarang masuk tido pun dah cepat, siang tak tido punya pasal. Dia pun dah tak bangun pukul 3 pagi lagi...tido sampai esok pagi. Kadang-kadang papa kena angkat masuk dalam kereta. Dah tak buat exercise kat rumah, rasanya di CVC dah cukup dan lebih banyak berganda-ganda dari yang kita buat kat rumah. Cuma saya perlu melatihnya untuk menulis dengan lebih baik.
Sesi OT dengan Teacher Shikin masih diteruskan once a week iaitu pada petang Jumaat. Itu aje masa yang free, hari-hari lain dah ke CVC. Swimming class dengan Coach Benny pada petang Sabtu. Teacher Shikin dah pindahkan centre kat tempat baru di Taman Impian Emas. Lebih luas dan selesa. Nanti saya ambik gambar banyak-banyak minggu depan.
No comments:
Post a Comment