Hari ini saya membawa Dzariff berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak sekali lagi. Saya suarakan tentang kerisauan saya mengenai dose ritalin yang ditambah sewaktu kunjungan ke doktor yang lalu. Tapi kali ini saya berjumpa dengan Dr Fara kerana Dr Ramli bercuti. Dr Fara adalah doktor yang pertama mendiagnos Dzariff menghidap autisme. Hasil perbincangan kami, dose Ritalin mesti diturunkan sebagaimana asal, dan Dr Fara menasihatkan saya supaya memastikan masa Dzariff dipenuhi aktiviti-aktiviti untuk mengelakkannya dari berangan (corner eyes). Saya keluar dari klinik dengan hati yang sungguh lega...sesungguhnya Ritalin ini sangat mengganggu saya, namun kesan positifnya memang ada. Saya berharap agar suatu hari nanti, Dzariff dapat 'melepaskan diri' dari Ritalin dan berupaya untuk fokus dengan sendirinya. Insya Allah...amin!
Petang nanti, saya dan Enche Suami akan ke CVC untuk urusan bayaran yuran dan membeli baju. Lagipun harus berkenalan dengan cikgu yang akan menguruskan Dzariff di sana nanti. Esok, bermula jadual baru bagi kami sekeluarga. Semoga semuanya okey okey sahaja!
No comments:
Post a Comment