Semasa menulis entry ini, saya terbayang suatu hari nanti, beberapa tahun dari sekarang, Dzariff sudah pandai melayari internet, meneroka segala maklumat dan membaca blog yang ditulis oleh mama ini. Dan hari ini, saya ingin memperkenalkan kepada teddy bear mama sekolah Dzariff yang pertama.
|
Tadika Elit Ceria, Taman Damansara Aliff, JB |
Saya banyak terhutang budi dengan pengetua Tadika Elit Ceria, Puan Anny Kassim. Pertamanya kerana menerima anak saya di tadika ini sewaktu saya kebuntuan mencari tadika yang sesuai dengan anak dan sesuai dengan jadual waktu saya yang perlu menghantar anak seawal jam 6.30 pagi. Keduanya, kerana Puan Anny lah yang telah 'mendiagnos' dan mengesahkan secara tidak rasmi teori saya bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada Dzariff. Ketiganya, Puan Anny jugalah yang memperkenalkan saya dengan OT Dzariff, iaitu Shikin dan instructor swimming iaitu Coach Benny. Anny jugalah yang mencarikan air penawar untuk Dzariff...dan Anny lah tempat saya mengadu itu ini mengenai kegusaran dan kerisauan saya tentang Dzariff. Dan yang paling penting sekali, Teacher Anny inilah juga yang tidak pernah mensisihkan Dzariff sewaktu dia disahkan penghidap autisme, sentiasa memastikan Dzariff sentiasa ok di tadika dan sayangkan anak bujang saya ini. Begitu banyak sekali jasa seorang Anny Kassim yang tiba-tiba dipertemukan dengan saya oleh Allah Taala. Dan sewaktu menulis entry ini, air mata saya jatuh lagi mengenang kebaikannya terhadap keluarga kecil saya. Semoga Allah sahajalah yang dapat membalas segala budi baiknya terhadap keluarga saya dan saya mendoakan semoga beliau dan keluarganya akan sentiasa bahagia, dilindungi Allah dan saya mendoakan anak-anaknya akan menjadi insan-insan yang berguna dan terpuji.
|
Teacher Anny(bersari merah) dan Teacher Anis (class teacher Dzariff tahun ini). |
|
Fun Class 2010 |
|
Dzariff and teacher Nawal. She is soooo mummy! |
|
My hero! |
|
Wonderful teachers a.k.a powerpuff girls!!! |
Guru kelas pertama Dzariff, Teacher Nawal juga sangat baik dan sayangkan teddy bear mama ini. Orangnya sangat cantik!! Dan saya tahu di sebalik kesukaran Dzariff untuk fokus dalam pelajaran, Teacher Nawal inilah yang banyak berusaha sehingga Dzariff banyak berubah semenjak setahun berada dalam kelasnya. Kemudian, ada Teacher Sue, Teacher Eira yang menjaga Dzariff sewaktu day care. Apa yang saya sangat pasti, walaupun Dzariff belum boleh bertutur, namun dia sangat-sangat sayangkan teacher-teacher semua. Kerana setiap kali sebelum balik, sewaktu dia memeluk teachers, dia akan memeluk dengan kuat dan dia tidak berbuat begitu pada semua orang.
Terima kasih teachers semua. Jasa teachers semua kepada kami sekeluarga tak akan kami lupakan sampai bila-bila. Dan setiap kali saya berdoa selepas solat, pasti ada secebis doa ikhlas dari saya untuk teachers Dzariff semua. Apabila Dzariff belajar solat kelak, saya akan mengajarnya supaya selalu mendoakan kebahagiaan teachers ..insya Allah!
No comments:
Post a Comment