Thursday, January 13, 2011

Penatnya jadi mama...

Penat...ya, saya penat. Pagi meredah jalan jam ke sekolah, kemudian berlumba-lumba balik dari sekolah terus ke CVC, buat exercise dengan Dzariff. Kemudian pulang ke rumah, rehat kejap terus bersilat di dapur menyediakan makan malam. Masa saya rehat ialah pukul 9-10 malam sebab saya tengah gila tengok cerita indon "Surga Untukmu" di Oasis. Kemudian siapkan baju untuk esok, kemas-kemas sikit dan ajak Dzariff dan papa tidur.

Semalam Dzariff buat hal. Pukul 130 pagi baru tidur..saya dah naik tension. 2 kali saya popok betisnya..lepas popok, saya rasa bersalah sebab pukul anak..huhuhu..tak baiknya saya. Papa sedap aje tidor...tensionn!! Tapi dia bangun untuk buatkan susu Dzariff, saya salinkan pampers..dan tak lama kemudian Dzariff pun lena. Nasib baik Enche Suami bangun, kalau tak mahu saya menjeruk rasa bengang.

Sekarang, pukul 530 petang, Dzariff tertidor kepenatan...saya tahu dia letih buat exercise, school dari pagi sampai petang. Memang saya kasihankan dia...tapi nak buat macam mana..itu yang terbaik buat masa sekarang. Satu jam lagi saya akan kejutkan dia. Rehat kejap ye baby...malam nanti sambung tido lagi puas-puas.

Saya penat...tapi saya kira ini perlu dilakukan untuk teddy bear..tak apalah saya susah payah sekarang asalkan Dzariff bersekolah. Semoga Allah sentiasa menguatkan hati dan semangat saya untuk mengatasi kepenatan dan kelelahan ini..aminn!

2 comments:

  1. Tengah kumpul semangat la nih. Badan tak fit lagi sebab lama sangat cuti sekolah. Bila bukak aje sekolah, terus kena jadik superwoman...mana tak pancitnya...hahaha

    ReplyDelete