Wednesday, January 19, 2011

Saya merapu lagi...



Kadang-kadang bila saya rasa penat macam minggu ni, hati ni teringin sangat nak ambil cuti tanpa gaji. Alasannya supaya boleh fokus untuk Dzariff sahaja. Lepas tu, bila fikir balik, saya sebenarnya sangat-sangat suka kerja saya sebagai seorang guru. Perbualan pendek dengan Kak Anisah pagi tadi selepas bersembang dengan Kak Ong pasal permohonan cuti tanpa gajinya yang baru diluluskan untuk jangkamasa setahun lebih...saya rasa saya tak bersedia untuk mengambil cuti tanpa gaji. Sebabnya...saya ni ala-ala hiperaktif jugak...tak boleh duk diam. Pada waktu siang, jadual Dzariff penuh terisi. Bila masa pulak saya nak mengadap dia aje.


Tapi sebenarnya, saya bekerja setiap hari, saya kira adalah satu cara saya lari sebentar dari hal Dzariff dan rumahtangga. Bukan bermakna saya bosan dengan teddy bear dan papa, saya sangat-sangat sayang dan cintakan hero-hero Tamil saya ni. Tapi, saya pun manusia biasa..perlu take a break dan lakukan apa yang saya benar-benar suka. Bila ke sekolah, mengajar anak pelajar saya yang cun dan baik(tak kurang jugak yang ala-ala hantu) dan bersama-sama kawan-kawan guru yang lain, saya terasa my other half terisi, produktif  dan lengkap.

Saya rasa saya lebih rela terkejar-kejar ke sana-sini menyelesaikan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri, ibu dan guru berbanding duduk menunggu Dzariff di sekolah saja. Saya tak sesabar dan setekun beberapa orang ibu yang saya jumpa di CVC yang sanggup berhenti/tidak bekerja semata-mata menemani anak mereka bersekolah walaupun peraturan sekolah tak membenarkan mereka masuk ke bilik darjah. Mereka benar-benar kental semangat dan saya iktiraf mereka sebagai our SUPERMOMMIES. Tabik spring SUPERMOMMIES!

Doa saya semoga saya dapat menjadi isteri yang solehah kepada Enche Suami dan ibu yang terbaik untuk Teddy Bear saya. Walaupun saya tahu jauh lagi gelaran supermama untuk saya (sebenarnya tak pernah terpikir pun...juta-juta orang lagi yang lebih layak), namun saya akan pastikan saya berikan yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat di sekeliling saya.

4 comments:

  1. Yeah...thats right Dila...akak pun macam tu kot...hehe..tapi akak memang wajib keje...kalau tak sapa nak bg kami makan...Bila kita buat sesuatu yg kita suka...hati kita puas...kan...

    ReplyDelete
  2. Ye la kak nani. Selalu rasa bersalah bila ada meeting atau latihan rumah sukan waktu petang. Nak kena ke sekolah Dzariff jugak. LAgi pening bila suami pun tak dapat keluar ke sekolah Dzariff. selalu rasa bersalah...tapi kawan2 kat sekolah selalu back up dila..

    ReplyDelete
  3. Dila, as long as u can balance ur life, there is no harm working. lagipun anakmu baru Dzariff sorang, so insyAllah masih mampu lagi kelam kalibut bekerja dan menguruskan rumahtangga. u go mummy! :D

    ReplyDelete
  4. Kak syida..biasala agaknya, umur pun dah makin senja gitu...sikit2 penat, kalau dulu2 dari pagi sampai tengah malam pun boleh gelak-gelak lagi. Sekarang tak sampai maghrib dah kiok. Harap-harapnya apa yang kita buat untuk anak-anak kita ni dapatla ganjaran setimpal dari ALLAH. As for the time being, bila ada improvement, kecik-kecik pun, dah boleh buat kita senyum lebar seminggu kan!

    ReplyDelete