Saturday, January 15, 2011

Toilet Training Part 2

Pada malam ini, diisytiharkan Dzariff buang air besar di toilet, yakni duduk di seat dan poo poo nya terus masuk ke dalam toilet bowl, dan bukannya di dalam seluar kecik atau di atas lantai bilik air lagi...

Yahhhhoooo...yabedabeduuuuu!!

Diharapkan, lepas ini dia akan terus buang air besar ke dalam toilet bowl terus dan tidak takut-takut lagi. 

Adakah rupa toilet bowl di rumah saya begini?
Tentu tidak!! Yang ni terlampau cantik, nak membuang pun sayang!

Tapi sebenarnya ada insiden lain, Dzariff terkencing dalam kereta Papa, bukan sekali ye puan-puan...2 kali!!
Kami mengikuti papa ke Saujana Apartment kerana ada potential tenant nak tengok rumah Pak Anjang..parking tak ada, so mama dengan Dzariff tunggu dalam kereta. 

Tiba-tiba mama bau semacam aje..pegang je seluar dia dah basah..haihh!! Mama suruh dia bukak seluar atas seat belakang, bukak aje seluar kecik terus terpancut air kencing seround lagi...hadoooii anakkk! Nasib baik kat bonet kereta ada air buat basuh kencing. Bila papa naik kereta, mama pun ceritala...Nasib baik papa tak marah, dia kata sejuk aircond, Dzariff cepat kencing...hihihihi..Esok kena la operasi bersihkan kereta papa pulak.

3 comments:

  1. dila, kitorang sampai sekarang ada spare air sebotol buat cebok buang air. accident di dalam kereta?oh, kami pun prnah biasa...parts and parcel of toilet training. u go mama & dzariff too :)

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan..
    jenguk2 dzariff.. Alhamdulillah..bagusnya.. Lama x train dzariff spy boleh membuang kat toilet tu?

    ReplyDelete
  3. wsalam azma...

    tq sudi jengok kami kat sini. lama tak lama jugak dzariff tu start toilet training cuti sekolah lepas. bab buang air kecik dah ok.. tapi buang air besar on off kejap toilet kejap dalam seluar...tengah gigih berusaha lagi ni

    ReplyDelete